FB Facepile boleh saya katakan adalah untuk tunjukkan siapa rakan-rakan anda yang menyokong blog anda menerusi Fanpage. Menerusi Facepile, rakan-rakan FB yang sama like, sama menyukai blog anda boleh berinteraksi dan add as friend sesama sendiri - selagi kuota 5000 friends tidak dipenuhi. Hanya klik pada gambar, dan anda dah boleh 'jabat tangan' dan say hi hi .. :)
Cara Letak FB Facepile Dalam Blog

Menerusi Facepile, ia akan tunjukkan wajah pemilik akaun FB yang menyertai blog anda menerusi Fanpage. Ia juga menyediakan link terus ke pemilik akaun terbabit. Jadi, katakanlah ada gambar awek cun dalam Facepile tu, maka bolehlah klik gambarnya dan muncullah FB kepunyaan awek tersebut .. hehehe ...
Facepile juga menunjukkan bilangan pengikut Fanpage. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, manusia cukup teruja dengan nombor. Bila nampak jumlah pengikut yang ramai di Fanpage blog anda, tak mustahil mereka akan turut bersama 'jemaah' yang ada.
Nak pasang dan letak dalam blog anda? Ikutilah langkah-langkah berikut:
- Pergi ke Facepile
- Anda akan diketemukan dengan paparan di bawah ini:

- Isikan bahagian URL dengan URL Fanpage blog anda.
- Isikan kelebaran widget di bahagian width.
- Isikan ketinggian widget di bahagian height.
- Letakkan nilai maksima baris gambar profile pengikut fanpage.
- Saiz gambar profile pengikut Fanpage.
Cuba lihat variasi di bawah ini.


Anda kena lihat samada kod HTML bahagian A sudah ada di dalam blog. Jika sudah ada, tak perlu masukkan lagi. Selalunya blog yang ada pop up LIKE, atau ada paparkan Like Box dalam blog sudah ada kod HTML A ini. Jadi tak perlu letak benda sama dua tiga kali. Cukup satu untuk semua fungsi Facebook.
Paparan itu hanya akan muncul, jika pengunjung blog anda sudah login ke FB. Jika pengunjung biasa, yang tidak login FB, ia akan kelihatan kosong sahaja.
Semoga bermanfaat.
waaaaaaaaa
BalasPadamTerima kasih HH. Boleh dicuba ni..
BalasPadamSama-sama ... silakan .. :)
PadamThanks for sharing HH...bole la cuba nnt
BalasPadamThank.. Dah try pasang dekat blog :)
BalasPadamAmacam bro? Ok tak?
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.