Tips Buat Anak Bijak Matematik

Anak-anak adalah permata berharga. Siapa yang tak mahu anak bijak bukan? Namun, di sebalik bijak, terdapat perkara lain juga yang harus dititik-beratkan terutama mengenai kesihatan. Dalam beberapa statistik, kanak-kanak di zaman ini lebih banyak terdedah dengan gelaja obesiti.

Dalam satu kajian baru-baru ini, obesiti dikaitkan dengan kebijaksanaan seorang kanak-kanak. Menurut kajian itu, bijak dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.

Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.

Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.

Tips Buat Anak Bijak Matematik

Tips Buat Anak Bijak Matematik
Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.

Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.
Tips Buat Anak Bijak Matematik
Matematik memerlukan tumpuan yang lebih untuk menguasainya.

Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.

Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam. Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.
[Klik] Baca Panduan ini Jika Mahu Anak Anda Bijak Membaca Awal Usia..
Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.

Jadi, dah tahu fakta hangat ni, jangan dok biar sangat anak-anak main iPad, tablet atau komputer .... aktifkan mereka dengan senaman ... mana tahu, dengan tips ini boleh buat anak anda jadi bijak matematik.
[Baca] Rahsia Anak Saya Dapat UPSR 6A, Jadi Tokoh Pelajar dan Pelajar Terbaik Sains Matematik
Tak susah pun nak buat anak-anak ni bersenam, bawa je mereka ke taman permainan, bawa bola sebijik, dan biar mereka berlari ke sana ke mari kejar dan tendang bola. :)

{ 10 comments.. read them below or add one }

NURULHANIF NURULHANIF December 29, 2011
yeake..kena suh anak bersenam bile besar nanti cz sy minat sgt math.... hehe
BLADE EDGE BLADE EDGE December 30, 2011
semua org, xkira la obes atau tak, senaman tu semmgnya satu keperluan...
yang baik Ishak yang baik Ishak October 13, 2014
kalau dah sifat anak2 tak boleh duduk diam, macam maner...
yang baik Ishak yang baik Ishak October 13, 2014
bukan sahaja 40 minit... lebih dari itu deme boleh bergerak dan aktif. agaknya boleh jadi pakar matematik dah kot... hehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 13, 2014
Mungkin la kot, sbb anak saya dah 2 tahun jadi pelajar terbaik Matematik kat sekolah.
Denaihati Denaihati October 13, 2014
kena balancekan main ipad dan sebagainya kot, kena banyak senam lepas ni...
Ija Rased Ija Rased October 13, 2014
nice tips.insyallah masih dipraktikkan
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI October 14, 2014
Bersenam merupakan aktiviti yang sgt bermanfaat dalam hidup ni..bukan setakat pandai IQ tapi yang lebih penting untuk menjaga kesihatan diri terutama kita yang dah dewasa ni...
HOMESTAY MALAYSIA HOMESTAY MALAYSIA October 14, 2014
Anak blh berjaya melalui pelbagai cara cuma IQ cemerlang perlu dididik daripada pemberian pemakanan dan senaman..satu perkongsian menarik dan sangat bermanfaat utk kita semua...
Harimau Malaya Harimau Malaya October 14, 2014
Ye saya setuju sangat dengan senaman menambahkan kekuatan IQ terutama kanak2...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.