Hari ini saya nak kongsikan satu cara atau panduan untuk blogger meletakkan peta Google Map di dalam entri blog. Contoh cara ini saya ada buat untuk entri Jalan Pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu, jika anda baca, saya ada letakkan peta Google sebenar jalan pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu menerusi jalan Felda Aring dalam entri tersebut. Bukan dengan cara print-screen tetapi menerusi kod HTML yang ada disediakan menerusi aplikasi Google Map.

Print screen (kekunci PrtSc pada keyboard) adalah merupakan cara ramai gunakan untuk letakkan peta dalam bentuk imej dalam entri blog. Cara ini boleh je digunakan, tak ada masalah pun. Tapi panduan dan cara letakkan peta Google Map dalam entri blog yang akan saya kongsikan ini ada beberapa kelebihan tersendiri, khusus untuk pembaca blog anda.
Cara Letakkan Peta Google Map dalam Entri Blog
Teknik atau cara ini saya sangat syorkan kepada blogger-blogger travel dan blogger yang ada buat entri percutian atau blogger yang mahu tunjukkan lokasi tepat sesuatu tempat. Saya boleh katakan ia versi live terkini. Sangat relevan untuk entri-entri di dalam blog travel, percutian, review tempat makan dan seumpamanya. Ia akan update tersendiri, beza dengan kaedah print screen yang kaku dan tidak update terkini.

Cara Letakkan Peta Google Map dalam Entri Blog

Caranya mudah. Apa yang perlu anda buat ialah ikuti langkah-langkah di bawah ini.
  • Buka peta Google Map.
  • Taip lokasi yang anda mahu cari.
  • Bila dah dipaparkan, cuba lihat bahagian bawah peta tersebut ada butang setting berbentuk roda seperti ditunjukkan di bawah. Klik butang tersebut.
Cara Letakkan Peta Google Map dalam Entri Blog
Apabila anda klik, akan keluar menu seperti di bawah ini. Pilih Share and embed map. Anda akan diberikan satu kod HTML peta lokasi berkenaan. Pilih kesesuaian dari segi saiz peta untuk anda letakkan dalam entri blog anda. Salin kod yang diberikan.
Cara Letakkan Peta Google Map dalam Entri Blog
Cara Letakkan Peta Google Map dalam Entri Blog
Buka entri yang mahu anda masukkan peta lokasi tadi, klik editor, tukarkan Compose ke HTML. Masukkan kod HTML peta tadi dalam entri blog. Walla .. siap dah. Macam contoh saya berikan di awal entri ini ..

Apa kelebihan dia?

  • Pengunjung blog yang mahu lihat peta itu akan dapat lihat peta terkini lokasi.
  • Pengunjung dan pembaca blog boleh besarkan imej peta, boleh zoom sehingga nampak nama jalan dan sebagainya.
  • Peta boleh diubah jadi pandangan satelit.
  • Pengunjung dan pembaca boleh direction - petunjuk arah ke lokasi tersebut dari lokasi lokasi pembaca. 
  • Pembaca boleh rancang terus untuk ke lokasi berkenaan menerusi cadangan route yang diberikan.

Semua itu boleh dibuat hanya menerusi entri yang anda kongsikan. Amacam? Menarik tak?

Boleh cuba. In Sha Allah ia akan dapat berikan manfaat pada orang lain, khususnya kepada pembaca blog anda.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

21 Komen

Loading blog tak berat ke HH?

Reply

assalam...terima kasih berkongsi info...

Reply

oo. wordpress pun macam ni jugak. best jugak embed maps terus dalam entri blog. kalau letak gambar, lagi lambat loading nanti.

Reply

menarik juga buat camni..lebih mudah :)

Reply

terima kasih
perkongsian yang berguna

Reply

Kelebihan untuk yang berbisnes, ada kedai sendiri atau untuk yg buat majlis apa-apa. Tutorial yg memudahkan.

Reply

tak pernah buat entri mcm ni lagi..in shaa Allah nanti boleh try..

Reply

Benda yang dah lama rasanya gua abaikan... Terima kasih kerana ingatkan.

Nampak gaya kena edit semua entry berkaitan travel dan makan yang pernah gua publish di blog :)

Reply

owh, baru tau..cmtu rupanya..tq HH..

Reply

menarik sebenarnya nie..kalau unutk orang berniaga boleh buat petunjuk untuk lebih mudah hendak tahu lokasi kedai..tak pun jika buat event boleh guna ini sebagai peta

Reply

wow menarik Bro HH
Ini yang saya cari
terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna

Reply

tq lagi HH utk tips baru tau ni! :)

Reply

Loading blog ada berat skit..so ambil le servis server yang ok skit...

Reply

menarik entri ini dan membantu saya mempromosikan tempat yang saya pernah berkunjung

Reply

nice sharing.. senang nak share loaction

Reply

terima kasih untuk tips ni, memang senang nak follow step di atas ;)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.