Oh ya, saya ada akaun Instagram, jika nak follow boleh follow di sini - http://www.instagram.com/hasrulhassan. Pengikut saya dalam laman Instagram tak ramai, setakat entri ini ditulis baru ada 685 orang. Saya selalunya kongsikan gambar-gambar kejadian sebenar, gambar percutian, dan aktiviti saya sebagai seorang househusband dan blogger sepenuh masa. Tak menarik pun, tapi kalau nak ikuti saya di situ, saya alu-alukan dengan rasa berbesar hati.
Tips Tambah Follower Instagram
Berbalik pada tajuk, iaitu tips nak tambah follower di Instagram. Saya akan berikan beberapa tips mudah ini, dengan dua kaedah. Satu menerusi blog dan satu lagi menerusi akaun Instagram itu sendiri.3 Tips Tambah Follower Instagram Menerusi Blog
- Letak widget yang paparkan gambar-gambar dalam Instagram anda.
- Letak pautan ke akaun Instagram.
- Buat segmen khusus untuk tambah follower Instagram.
Daripada 3 tips di atas, saya ingin kongsi cara nak letakkan widget paparkan gambar Instagram di blog.
Papar Gambar Instagram di Blog Menggunakan Widget Iconosquare
Anda boleh gunakan Statigram atau sekarang dikenali sebagai Iconosquare. Ia ada widget khas untuk bolehkan gambar-gambar anda dikongsi dan dipaparkan di blog seperti ditunjukkan di bawah ini:

Ada 3 pilihan yang boleh anda buat, samada letakkan widget paparkan gambar dalam Instagram, atau gunakan RSS Feed, atau hanya letak butang follow Instagram. Kalau pilih photo gallery widget, anda akan dibawa ke bahagian ini:

Ada setting untuk widget tersebut. Masukkan dan ubah setting yang ada mengikut kehendak anda dan juga berpadanan dengan rekabentuk blog anda. Klik Get Code, dan anda akan diberikan kod HTML untuk anda letakkan dalam Add Widget - Add HTML/Javascript.
Mudah je kan?
Sebenarnya ada widget-widget lain yang boleh anda gunakan untuk papar gambar Instagram di blog. Tetapi cara yang saya kongsikan ini adalah yang paling popular digunakan oleh blogger Malaysia. Boleh juga cara ini - Letak Gambar Hot Instagram dalam Blog
Ok. Itu kaedah pertama.
Kaedah kedua ialah menerusi akaun Instagram anda sendiri. Kaedah ini agak tradisional sikit.... kena pandai dan bijak tanggani.
Guna Hashtag dan Tagging
Caranya ialah dengan menggunakan hashtag, dan juga tagging. Setiap kali anda kongsikan gambar di Instagram, pastikan anda letakkan hashtag yang sesuai. Hashtag ini perlu sebab dalam carian Instagram ini ada fungsi hashtag. Jika bernasib baik, dengan hashtag yang sesuai, gambar-gambar anda di dalam akaun Instagram akan direpublish atau repost oleh orang lain yang gunakan hashtag yang sama.Satu lagi ialah dengan tagging rakan-rakan yang sedia ada di dalam akaun Instagram anda. Atau boleh juga cuba tagging pemilik akaun Instagram yang ada ramai follower. Tapi awas, kadangkala cara ini tidak disenangi oleh pemilik akaun yang anda tag tersebut. Jadi, gunakan teknik ini dengan cermat dan tidak berlebih-lebihan.
Siap.
Itulah dia beberapa tips mudah untuk anda dapatkan, dan tambahkan follower Instagram anda. Cubalah. Mana tahu ia boleh berikan impak positif buat anda.