Susah Ke Jadi House Husband?

Susah ke jadi house husband ni? Dulu, saya tak terfikir pun akan jadi seperti sekarang. Yelah, duduk bekerja dari rumah dengan internet, dengan blog sambil menjaga anak-anak yang tiga orang. Sebelum ini, pernah merasa bekerja flexible time, tak perlu datang ke pejabat, bila ada kerja sahaja baru hadir. Punch card tak ada, tapi bila kena panggil; tak boleh tidak, mesti datang dengan segera.

Sudah lebih dari 5 tahun kot saya menjadi seorang house husband. Pernah merasa ulang alik dari Parit Buntar ke Taiping, bila si isteri ditugaskan berjawatan di sana. Dan saya pula, sehari-hari hantar anak pergi balik sekolah, ulang alik dari Taiping ke Parit Buntar. Tak lama, cuma setahun lebih. Namun, setahun yang penuh getirlah juga.

Susah Ke Jadi House Husband?

Susah Ke Jadi House Husband?
Getir sebab awalnya perlu berkongsi rumah dengan adik ipar yang bujang. Bila menumpang rumah orang bujang ni, faham-fahamlah keadaannya. Tak lama, kemudian akhirnya saya dan isteri ambil keputusan untuk cari rumah sewa sendiri. Apatah lagi tatkala isteri dah mengandungkan anak kami yang ketiga.

Dulu. Semasa saya masih lagi berjawatan dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM, hari-hari terasa meletihkan. Jam 8:30 pagi sudah perlu masuk ke pejabat. Nasib baiklah boss saya tu sudah sedia maklum keadaan saya yang perlu ulang-alik dari Parit Buntar ke Taiping.

Cuma pernah juga beberapa kali, dengan rasa terpaksa, saya terpaksa biarkan anak lama dalam jagaan si pengasuh. Ketika itu, dua anak saya dijaga dua pengasuh berlainan. Bila pengasuh lain-lain ni, dah kira 2 hati kena jagalah. Nasib baiklah satu pengasuh tu dah anggap anak saya yang sulong seperti anak mereka, jadi tak ada masalah sangat. Cuma kurang bernasib baik dengan pengasuh anak kedua saya, yang benar cerewet. Tak boleh ambil lebih masa, kalau tidak ditelefon berulang kali hatta saya dah berada di depan rumah pengasuh tu sekalipun. Dah tu, lebih masa dibayar kadar lain pula ...

Petang, ada masa habis kerja boleh balik dalam jam 5 petang. Kalau terlebih pun, dalam 5:30 petang. Cuma ada beberapa kali terpaksa sehingga jam 6 hingga 6:30 petang bila ada kerja urgent perlu disiapkan.

Mula Belajar Untuk Jadi House Husband

Dari situ, saya dah mula belajar untuk atur perjalanan hidup anak-anak saya. Saya mula belajar menjadi seorang house-husband. Ketika itu juga, saya sudah mula terfikir bahawa kerja kontrak saya bersama USM tak akan lama, bakal tamat bila masa sahaja ...

Saya kelak (ketika itu fikir) akan tiada kerja, dan bakal menjadi seorang suri rumah a.k.a house husband sepenuh masa. Jaga anak-anak, jaga makan minum, sekolah, dan sebagainya. Gamaknya bagaimana nanti ....

Jadi house husband perlu ada sokongan dari isteri
Susah Ke Jadi House Husband?
Saya perlu cari alternatif kerja yang boleh benarkan saya terus bersama anak-anak saya dengan lengkap, tidak lagi diberikan tanggungjawab pada pengasuh. Kerja yang boleh seiring dengan apa yang tinggal pada diri saya. Kerja yang ada minat mendalam. Kerja yang saya suka buat, dan bukan lagi bekerja atas kehendak orang.

Isteri saya ... tak boleh nak jadi surirumah sepenuh masa sebab nature kerjanya perlu tamatkan kontrak yang telah termeterai sekian lama.

Susah ke jadi house husband ni? In Sha Allah, nanti saya sambung cerita .. buat sembang blogger yang sama seperti saya, sama seperti Ben Ashaari yang sudah mula rasa perit menjaga dua cahayamata!


{ 8 comments.. read them below or add one }

TunSha Ayunie TunSha Ayunie September 06, 2014
awal2 syiok, lama2 perit ! sha pernah rasa jaga adik bongsu sha lepas arwah opah meninggal.. haha... house sister la kekdahnya !

semoga abg hasrul berjaya !!
Nadot Nadot September 06, 2014
X sabar tunggu next part nak bagi hasben baca.... hihi....
nOe suhaimi nOe suhaimi September 06, 2014
rasanya mula2 mungkin susah terutamanya dari segi kewangan...dah bila dah terkenal mcm hasrul ni...kewangan dah stabil...bab uruskan anak2 tu...mula2 rasa lain...tapi lama2 enteng jer..tul tak hasrul?? :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 06, 2014
Doakan .... saya adakala lelah juga bila fikir hal ni. Tapi inilah daya yang ada.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 06, 2014
Hmm dah kena mula fikir nak tulis menda ni Nadot .. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 06, 2014
Awal-awal memang peritlah pasal kewangan tu, tapi in Sha Allah, berjimat cermat awal boleh atasi masalah. Kena bijak berbelanja. Tak leh mewah2 sangat.
Kiz MySelf Kiz MySelf September 07, 2014
dapat peluang fulltime jaga anak hujung minggu je.. :)
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah September 09, 2014
cerita yang bestlah..teruja saya tuan!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.