Pembayaran Pertama Income RevenueHits

Dapat income daripada platform pengiklanan RevenueHits. Saya tak pasti bila saya daftar dan kat mana saya gunakan platform pengiklanan ini. Tergaru-garu kepala saya dibuatnya. Mungkin di salah satu blog saya yang lain.

Tak banyak yang saya dapat, tapi alhamdulillah, bertambahlah sikit pendapatan dari menulis blog ini. Lagipun dah lama saya tak isikan modal dalam akaun PayPal saya. Manalah tahu kot-kot nak beli belah secara online, bolehlah guna akaun PayPal saya nanti. Pada mereka yang belum mempunyai akaun PayPal, segeralah daftar dan buka satu akaun percuma PayPal.

Boleh rujuk entri ini - Cara Buka Paypal Terima Bayaran untuk buka akaun PayPal anda sendiri, atau anda boleh terus daftar di sini - Daftar Percuma PayPal Malaysia. Anda boleh gunakan akaun PayPal itu, samada untuk terima bayaran dan juga membuat bayaran. Dan jangan risau, ianya adalah selamat 100 peratus. Saya dah sekian lama guna sejak 2008 lagi.

Pembayaran Pertama Income RevenueHits

Dapat USD5.46 income dari RevenueHits.com. Ianya adalah salah sebuah medium pengiklanan yang membayar anda dalam USD. Cukup USD5, ia akan terus masukkan income ke dalam akaun PayPal. Anda tidak perlu mohon untuk keluarkan income. Lihat seperti apa yang saya dapat, sampai tak sedar dan tak tahu macamana boleh dapat.... hoho.

Pembayaran Pertama Income RevenueHits
Tiada sebarang bayaran untuk anda daftar dengan RevenueHits ini. Segalanya percuma. Anda boleh buka akaun, dan terus gunakan kod HTML pengiklanan yang disediakan di RevenueHits.com ini. Ada beberapa pilihan banner iklan yang boleh anda gunakan bagi mendapat income blog menerusi platform pengiklanan ini.

Berminat nak jana income blog menerusi RevenueHits? Daftar terus di RevenueHits.com



{ 17 comments.. read them below or add one }

Sentiasa Panas Sentiasa Panas September 25, 2014
Tahniah HH. Tumpang tanya, knp dgn lmn pgiklanan H12 tu ye? Takde masuk langsung. Mcm ada masalah je..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 25, 2014
Saya tak pasti, saya dah lama tak guna H12 walaupun ada income masuk. Mungkin sebab dah tak banyak pengiklan gunakan platform tu.
Sentiasa Panas Sentiasa Panas September 25, 2014
Mmm..tak tau masalah apa. Dlm tempoh sebulan lebih sy dpt $26 dolar, lps tu 1sen pun takde.
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI September 25, 2014
Ini satu lagi tambah duit poket secara pasif walaupun slow, tapi tuan pun tak perasan pasal incomenye tu hehehe...dah banyak sumber lain tuan kite ni..yang ini celah gigi je...alhamdulillah Tahniah tuan..
Marou Apple Hijau Marou Apple Hijau September 25, 2014
alhamdulilah.. kena ushar jugak ni
siti hazreen siti hazreen September 25, 2014
hurmmmm, info baru ni...kena cuba ;)
kayyana kayyana September 26, 2014
kne ada akaun paypal ke? nnt tak effect ke status di nuffnang?
encikarman encikarman September 26, 2014
eh boleh try nih... tapi ruang plak sempit hu2
ainun m ainun m September 27, 2014
tahniah HH, ada syarat ke nak apply ni.
Denaihati Denaihati September 27, 2014
tahniah bro, insyaAllah banyak lagi menanti tu...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 27, 2014
Ohh tak effect Nuffnang ... sbb caranya berbeza
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 27, 2014
Letaklah kat blog lain lak .. :P
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 27, 2014
Setakat yang saya tahu, tk ada syarat nak apply ...
UmmuAyyash UmmuAyyash April 23, 2016
Letak sekali Revenue dengan nuffnang takpe ke?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.