Tak pernah saya alami situasi ini di dalam blog, cuma tempoh hari entah kenapa blog saya jadi jem. Trafik masuk sehingga zahirkan lebih daripada 30 ribu pageviews dalam sehari. Memang terkejut saya dibuatnya. Ianya berlaku tanpa sedar. Trafik tinggi tak disangka itu buatkan blog saya tak boleh nak masuk, walaupun kepada saya sebagai empunyanya.

Memang jarang berlaku. Saya tak pasti blog blogspot mana yang pernah hadapi situasi seperti ini. Saya ingatkan blogspot tiada masalah bandwidth sampai tak boleh nak akses.

Adakah benar blog saya kejung sekejap dek kerana trafik mencurah tak henti-henti?

Atau sekadar saya yang perasan blog hebat ada trafik banyak.

Apa yang berlaku ketika itu adalah paparan berikut keluar bila saya nak akses ke blog. Ntah sapa punya gambar yang Google keluarkan pun saya tak tahu.

Trafik Tinggi Buat Blog Jadi Jem ....

Blog trafik tinggi
Error 509 ini keluar tanpa disangka-sangka. Saya lihat dashboard blogspot saya dan tinjau Google Analytics, memang ketika itu ada yang online terlebih.

Mungkinkah disebabkan saiz blog saya agak berat sampai gagal untuk diakses?

Ada sesiapa tahu apa maksud Error 509 ini?


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

12 Komen

pernah jadi jugak kat saya encik HH, tapi traffic saya tak tinggi sangat pun. Page view rat rat je. Tahlah..Tp lepas satu hari dia elok balik

Reply

Belum pernah lagi jumpa error 509. Saya pernah juga merasa trafik tinggi sehingga mencecah pv melebihi 7K satu jam dan hampir 100K sehari tetapi belum pernah jumpa error 509 ini berlaku pada blogspot. Mungkin ketika itu, pada masa yg sama kebanyakkan blogspot juga menerima trafik yg tinggi...server jem! hehe!
Belum pernah dengar tentang bandwidth pada pengguna blogspot...mungkin ada kot.

Reply

hurmm tak pandai mungkin agaknya kot terlalu ramai yg nak pageview tu yang jagi sebegitu..harap2 sekejap je lah masalahnya..

Reply

Ohhh ye, jadi benarlah ada masalah ni berlaku pada blog blogspot ehh .. saya pun baru tahu ni.

Reply

Wow .. tinggi trafik tu, leh la kongsikan camner nak dapat trafik giler kentang macam tu wahai BM yang kacak .. :)

Reply

Yeap, perkara ni berlaku sekejap je. Sehari. Lepas tu ok. Mungkin berlaku kat setgh pengunjung yang nak masuk blog. Tak semua rasanya.

Reply

orang baru spt saya memang belum rasa macam tu...hehehe kurang pageview la katakan... sehari just seratus lebih sahaja... hurm malah kadang-kadang xsampai seratus hehe

Reply

Laa... belajar dari tuan le... ilmu seo! Terima kasih diatas segala ilmu... Tapi dalam contest xboleh lawan sifu, nanti kurang ajor... hehe.
(tapi masih kurang ilmu sebenarnya... apa yg saya tahu dan pelajari, semuanya ada didalam entri dibawah label:info dan panduan blogger)

p/s: Biasa la kan, guru kencing berdiri...anak murid kencing berlari... :)

Reply

wah... blog femes memang trafik mencanak naik ;)

Reply

wow...trafik tinggi hasil SEO..best tu..tapi yg jem ni tak pernah la pulak kena..

Reply

peh..30K pv..humang punya dasat..:D

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.