29 Ogos 2014

Tempias Trafik Ribuan Sehari Menerusi Bloglist

Tempias trafik dari blog-blog yang sudah establised dan dapat ratus ribu pageviews sebulan, anda perlu rebut dan ambil peluang. Saya sendiri telah mendapat puluhan ribu malah ratus ribu trafik hanya menerusi bloglist dan backlink dari blog-blog hebat.

Saya beritahu perkara ini sebab saya nampak kelebihannya dan saya telah mendapat manfaatnya. Saya kongsikan tips ini kerana saya mahu blogger baru yang sukar nak dapat trafik boleh dapatkan tempias trafik, kalau tidak jana ribu pun, ratus pun sudah ok sebagai permulaan untuk dikenali dalam dunia blog Malaysia.

Tempias Trafik Ribuan Sehari Menerusi Bloglist

Tahukah anda, saya agak beruntung kerana merasa sekejap berada di dalam bloglist beberapa blog yang ada trafik tinggi. Antaranya blog Ben Ashaari, blog Maziul Akmal, blog Rina Salleh, blog Irene Marcelo ... dan beruntung sebab dapat backlink menerusi beberapa entri dari blog Beautifulnara, blog Fatin Liyana, blog Hanis Zalikha, blog AbangEnsem, blog Denaihati ....
Tempias Trafik Ribuan Sehari Menerusi Bloglist

Jadi, jika ada mana-mana blogger yang buat segmen, jangan lepaskan peluang untuk sertai sebab ia sedikit sebanyak akan bantu blog anda mendapat perhatian di dalam dunia blog Malaysia. Jika rajin lebih, dengan tinggalkan komen ... akan ada extra bonus dengan cara tersebut.

Tak dilupa, ada blog yang walaupun trafiknya tidak tinggi, tetapi disebabkan perkongsian yang dibuat, blog yang dirujuk turut mendapat trafik tidak dijangka.

Lakukan teknik ini, cari jalan dan cara supaya blog anda berada di dalam bloglist rakan blogger lain. Samada secara sukarela, secara sertai segmen, atau mungkin pikat dengan penulisan anda yang ada niche tertentu.

Semua tips telah saya berikan, terpulang pada anda untuk mendapat tempias trafik ribuan sehari menerusi bloglist, segmen dan komen.

Semoga berjaya.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

52 Komen

banyak juga tempias tu... hebatlah bro..

Lepas ni kena join.. yeahhhh! Terima kasih

thanks untuk tips nie HH,setakat ni join segmen yang simple sahaja...

Kalau rasa2 tak idea nak tulis apa dalam blog, lebih join segmen atau pun GA. Setidak2nya bolehlah naikkan PV blog dan tambah kenalan baru.

thanks for sharing...^_^

betul2.. lihat di blog saya Calrasepatrick kebanyakan entri ialah join segmen...hehehe maklumlah blogger baru.. mahu perkenalkan blog dulu..

kuasa blogging memang best pun! selain tambah kawan di alam maya dan alam nyata ^_^

wah wah... mendadak dadakkkk

Bila la...nak dapat tempias trafik ribu-riban cenggitu...

meriah sungguh.. nak jugak~!

Malah mampu meningkatkan alexa rank blog kita juga. Jadi, dikesempatan membaca artikel dari pakar SEO kita HH, semua dijemput untuk bertukar link di ruangan BLOGLIST saya ye.. format dofollow..:)

terima kasih atas perkongsian ini.. LeYa akan lebih byk dapat ilmu dari abg HH... Semoga blogger Malaysia semakin dikenali ramai

memang untung la dpt jadi bloglist dekat blog bro

Selamat blog gua xbanyak tempias orang berikan he...23x

nak jugalah merasa tempiassebegitu, terima kasih abg HH, sangat banyak ilmu yang dikutip kat sini.

Perkongsian yang menarik tu tuan Hasrul, A maklumlah saya pun masih hijau dalam blogging ni. Terima kasih atas perkongsian ini.

tempias hujan den dapat la.. haha

Semua orang mahukan blog mereka di klik dan dibaca. Kena buat entri yang berkualiti dan dapat menarik pembaca untuk diikuti. Perkongsian dan tip2 di sini memang betul dan paling mudah untuk dilaksanakannya. Tq bro....

Pergh! Dasyatnya trafik blog Bro HH :D

wah...banyak juga tu tempiasnya. memang puas hati

seronoknya jika sering ditempiasikan?Rezki tu...

Komitmen & network pun penting juga sebenarnya kan bro utk dpt backlink dari blog hebat2 tu...

Bro HH ni mmg banyak share tips dlm blogging..antara nak dgn x nak je nak follow tips yg dikongsi..

tips terbaik nak kena follow ni

thanks sifu HH

Assalammualaikum... bro HH,

best tempias nie.. tips yang bro bagi nie boleh dipraktikkan...

mselim3

Tak adanya hebat mana pun. Saya cuba bernasih baik sahaja. Timing tu yang mengena.

In Sha Allah, boleh dipraktikkan nanti.

mcm mana tu.. saya pun nak gak.. ;)

pasni kene rajin join laaa...tq bro

Bila la blog cn boleh masuk dlm bloglist En. HH ye?;-)

Ini betul2 punya tempias ni... hebat betul!
harap2 satu hari nanti boleh jadi hebat macam Tuan Hasrul jugak

Nasib je tu, itupun atas ehsan kawan2 blogger yang lain juga.

wah boleh betul betul menarik ni...

Perkongsian yang menarik sgt! Tips pun bagus...blh aplikasikan utk blog sendiri...hrp lepas ni blh dpt backlink mcm bro HH.

Salam tuan Hasrul,

Saya dah banyak study tips-tips yg tuan bagi dlm blog tuan ni. Terima kasih byk2, sbb tak sampai dua mingggu saya baru setup blog, google analytic dah show 3,350 pageviews. Nuffnang pulak ada 1500+ UV dan 2300+ visitors. Hardcore tak hardcore lah tips2 yg tuan share-kan bersama kami. Itu pun saya x habis study lagi tips2 lain yg tuan bagi dlm blog tuan ni.

Terima kasih, Tuan Hasrul. :D

shafrizal,
http://serbaalah.blogspot.com/

Tiada usaha maka tiada trafik..tiada teknik yang betul maka tak banyak le trafik masuk...semoga kita beroleh keeberuntungan bersama2 ya..tkasih tuan admin.

Terima kasih bagi idea..maklumlah saya org baru..:)

Haa itulah pasal ... kalau dapat masuk bloglist blog yang ada trafik tinggi memang untung.

Terima kasih Eellee Nana .. :)

Alhamdulillah, suka saya terima komen begini, setidaknya ada manfaat yang benar berkesan untuk blogger Malaysia.

Sama-sama, saya harap dapat memberi lebih kepada komuniti blogger Malaysia.

Hmm jangan selalu sangat buat entri macam ni .. join kontest semua bagai, tak elok juga untuk 'kesihatan' blog ..selang seli juga dengan entri kita.

Sama-sama, perkongsian ini sekadar dari pengalaman. Kalau dah lama, in Sha Allah, anda pun akan tahu benda2 cam ni ..

Sama-sama ... saya kongsikan pengalaman sebenar saya sahaja dalam dunia blog ini .. sebagai panduan.

Salam Tuan HH, entri ini sangat bermanfaat untuk blogger baru macam saya :) Terima kasih Tuan.


http://www.norisnalydiasalleh.com/

Alhamdulillah. Dulu, saya pun macam anda. :)

Salam bro..... memang berada di bloglist blog-blog yang PR tinggi banysk kelebihannya. Semoga blogger lain pandai mencari trafik sebegini.

Untung blog dalam banyak blog list. Blog kawe satu blog pun tak mahu simpan dlm blog list mereka.. isk isk isk :D


EmoticonEmoticon