Langkau ke kandungan utama

Tips Teknik Viral Entri Blog Dari Brado Kapak

Tips Teknik Viral Entri Blog Dari Brado Kapak. Siapa yang tidak kenal dengan blogger Brado Kapak ni. Namanya mula dikenali semenjak peristiwa MH370 menjadi topik hangat, bukan hangat biasa, hangat yang sampai buat duduk pun rasa tak senang. Blognya mencanak naik dengan trafik ribuan malah puluh ribu setiap hari. Angka-angka pageviews blog Brado Kapak berdetik tanpa henti mendapat kunjungan dari semua arah dunia internet.

Hebat bukan?

Tips Teknik Viralkan Entri Blog Dalam Masa 24 Jam

Tips Teknik Viral Entri Blo
Saya telah berkesempatan untuk mendapatkan satu ilmu bagus daripada Brado Kapak yang penuh misteri ni. Walaupun umurnya jauhhh lebih muda daripada saya, ilmu yang dikongsikan memang cukup bermanfaat untuk blogger tua seperti saya. Yelah, tua-tua .. dah tak larat nak kejar ramai blogger hebat lagi terkenal dan popular. Saya cuma blogger biasa je yang hanya layak untuk berbuka puasa bersama Fatin Liyana seadanya .. hoho .. .. oppppsss ..

Terima kasih kepada blogger Brado Kapak yang menukilkan tips teknik viral entri blog. Teknik viral ini penting supaya entri dalam blog kita akan sentiasa dapat trafik daripada pengunjung dan pembaca. Selalunya pembaca setialah yang akan bantu viralkan entri di dalam blog, maka sebagai blogger jangan lupa untuk menghargai pembaca-pembaca ini.

Brado Kapak telah membuktikan keberkesanan teknik viral entri blog yang digunapakai. Dalam masa singkat sahaja, entri-entri di blognya mendapat sambutan dan kunjungan yang bertali arus. Dalam masa singkat sahaja, blog yang baru diwujudkan khas untuk isu misteri kehilangan MH370 mencanak sehingga mendapat lebih 1 juta pageviews tak sampai pun sebulan!

Saya sendiri ambil masa setahun untuk blog ini dapat angka 1 juta pageviews tu ... jadi memang tabiklah dengan Brado Kapak dengan teknik viral entrinya.

7 Tips Teknik Viral Entri Blog

  1. Gambar top haruslah catchy...
  2. Artikel generate sendiri dgn pengetahuan dan olahan sendiri. jangan copy paste.
  3. Kalau copy paste, kita hanya tumpang cerita org bukan create our own brand.
  4. Letak like & share button dalam artikel kita di bawah tajuk dan di akhir artikel.
  5. Boleh selitkan di tgh2 artikel yg anda mahu.
  6. Jangan lupa buat kotak komen via facebook atau retweet di ruangan bawah artikel. (yg ni berat sikit)
  7. Mulakan dengan share artikel di wall sendiri dan kesemua social media yg anda ada.
Haaa .. amacam? Tu ayat sebijik-sebijik yang diberikan kepada saya, tak ubah sedikit pun. Adakah anda setuju? Like apa yang diberikan ini?


Daripada tip-tip yang diberikan itu, saya akui ia merupakan teknik dan cara yang boleh membantu sesebuah entri atau blog post yang kita tulis mendapat perhatian dan viral di media sosial, khususnya di Facebook dan juga Twitter.
Teknik blog dapat pembaca 500k sehari

Ulasan Teknik Guna Kotak Komen Facebook Untuk Viral Entri

Ok, ada sedikit ulasan tambahan yang telah diberikan oleh Brado Kapak. Ulasan ini bagi menerangkan tips ke enam (6) iaitu meletakkan kotak komen facebook di entri blog. Saya akan copy paste sahaja ulasan dari Brado Kapak ini... biar nampak original dan sebagai tanda saya hargai apa yang ditulis.
Sy nak ulas nombor 6... berdasarkan pengalaman saya, sblm ini sy hanya letak 2 button like facebook dalam artikel sy. Hasil paling tinggi adalah sebanyak 350ribu viewers dalam tempoh 12 jam.

Setelah saya mengkaji pelbagai sudut dan aspek pemikiran pembaca, saya mendapati, sekiranya saya 'expand' like button kepada like & share dalam pelbagai bentuk, sudah pasti trafficnya lebih tinggi.

Maka, hasilnya, terkini sy mampu meraih lebih 500 ribu pembaca dalam tempoh 11 jam.

Namun, setelah lebih 14 jam artikel itu dipublish dengan jangkaan lebih 100 blogger telah mengcopypastenya, maka sy mendapati....

Sekiranya sy meletakkan ruangan facebook comment dan retweet pada bahagian bawah artikel sy, sudahpasti angka 500 ribu dlm 11 jam itu boleh berganda mungkin menjadi 1 juta pembaca dlm 11 jam.

Akan tetapi, satu perkara yg amat sy concern... kepantasan dan juga kelajuan speed load pada blog sy yg mana ia hanya memakan masa sekitar 2.45 second untuk pengguna broadband. Kalau guna unifi atau fiber optik connection, sy kira tak ada masalah nk buka blog sy.

Jadi, sy tidak meletakkan facebook comment dan retweet pd blog sy.  Ini bertujuan untuk mengekalkan kedudukan speed load bagi blog sy.

Dan alhamdulillah, live counter tidak putus2 semenjak artikel dipublish.

Okay, sekarang terpulang kepada anda dalam cara2 menyusun artikel anda dengan social engagement anda tersendiri. Ada yg prefer guna facebook comment dan retweeet pd artikel masing2, tp sila pastikan speed load anda selaju web Sinar Harian baru sesuai letak function tsbt. jgn jadi mcm Harakah Daily, speed load gila slow tapi letak jugak function tsbt....

Pesanan ini ditaja khas oleh saya sendiri, Pengkaji SEO dan Social Traffic Engagement yang sy lalui sendiri dari pengalaman2 sy. Terima kasih kepada semua sifu yg pernah mengajar sy yg mana mereka pun ada dlm ni. Tanpa perlu menulis nama mereka dan tidak mengurangkan hormat sy pada mereka, sy ucapkan jutaan terima kasih utk mereka atas segala ilmu yg dah dicurahkan.

Kejayaan sy hari ini bukanlah ada apa2 jika tidak dimulai dengan banyak siri kejatuhan.

Sekian perkongsian drpd sy.... - Brado Kapak

Perghh panjang. Tapi saya harap anda boleh faham apa yang telah cuba disampaikan oleh Brado Kapak. Saya baca dua kali, dan alhamdulillah saya dah mula praktikkan mana yang disarankan.

Sekarang terpulang kepada anda untuk lakukan teknik yang serupa bagi membolehkan entri anda viral dan mendapat ribuan, malah jutaan Like ... lalu memberikan trafik sangat kencang ke blog anda.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. dah... faham. bolehlah apply sekarang ehhh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu teknik juga untuk dapat ranking yang baik dalam SERP .. :) tips seo blogspot yang mudah.

      Padam
    2. alamak...lupa pulak letak share button... kne praktikkan ni... - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. otai jugak BK ni...power..power..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa.. jika kita rajin cari ilmu dan perdalamkan ilmu kita, in Sha Allah ... tak rugi pun kongsi ilmu begini, hasilnya nanti dapat kat kita gak .

      Padam
  3. paham ada tutorial nak letakkan komen facebook?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, saya pernah tulis tutorial letak komen facebook sebelum ini.

      Padam
  4. Jom kita pakat2 buat sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom.. tapi kena pastikan dulu blog tak terlalu berat nak handle benda ni .. hoho

      Padam
  5. terbaik larh... boleh diteruskan dn disebarkan

    BalasPadam
  6. Dulu pernah juga letak komen facebook dalam blog, tapi macam berat je.. so terpaksalah buang semula.. hehe

    BalasPadam
  7. panjanggggg..eheh nice sharing bro....tp like dia bapak banyak....mesti fan page dia power nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. LIKE tu salah satu daripada teknik yang boleh guna pakai, tapi nak LIKE pun kena masuk blog juga dan kena promosi juga ... tak gitu?

      Padam
  8. dia punch satu point je pasal isu semasa, terus viral. dari mulut ke mulut. share dan share.

    BalasPadam
  9. Fuhh.. memang terbaik.. buat saya makin bersemangat nak target trafik ratus ribu.. perghhh

    BalasPadam
  10. Saya rasa yang paling penting point no 2 ngan no 7 tu... Cukup bersemangat nak aplikasikan tips2 nih.

    BalasPadam
  11. Brada Kapok memang power, boleh ilut saranan yg diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, tapi kena ingat pesanan dia tu .. :)

      Padam
  12. Teknik yang sangat baik terutamanya page loading..

    BalasPadam
  13. Bagus gak tips nie. Alhamdulillah, dapat ilmu baru mlm nie. Terbaikla brader HH nie.

    BalasPadam
  14. ingin nak kenal blogger mistei ni...:)

    BalasPadam
  15. kalaulah siap dengan link tutorial cara letak like and share kan....

    BalasPadam
  16. tq bang,,,, masih bertatih lagi even dekat 8 tahun berblogging.. ni kena restart balik.. hihihihi

    BalasPadam
  17. adeyhh byk lagi nk kena belajar ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…