SEO Bantu Lariskan Jualan

Teknik SEO boleh bantu lariskan jualan. Ini adalah antara sebab mengapa ramai blogger yang ada bisnes dan mahu jana income online menitik-beratkan soal SEO (Search Engine Optimization). Ia merupakan satu alat atau teknik yang dapat bantu bukan hanya untuk penjemaan tertentu tetapi juga untuk melariskan jualan satu-satu produk tersebut.

Bagi blogger seperti saya, yang bekerja dari rumah sepenuh masa, SEO adalah satu mata pencarian rezeki. Dan cabaran dalam bidang ini, bukan kecil malah sangat tinggi. Saya terpaksa bertungkus-lumus siang dan malam bagi memastikan apa yang saya kongsikan dalam blog ini memenuhi kriteria SEO yang dikehendaki.

SEO Bantu Lariskan Jualan

SEO Bantu Lariskan Jualan

Teknik dan cara SEO bekerja sentiasa berubah. Ia berubah apabila algorithma atau robot enjin carian mempunyai konsep baru untuk membolehkan satu-satu entri dalam blog itu mendapat kedudukan yang baik di enjin carian. Apabila ia berubah, maka akan keluh kesahnya ramai pengamal teknik SEO ini, termasuklah diri saya sendiri.

SEO telah berjaya memberikan income yang cukup baik bagi diri saya menerusi blog. Malah, ia bukan hanya memberikan income secara bulanan, tetapi juga membolehkan blog menjana income setiap hari tanpa anda sedari!

Ramai Pakar SEO Malaysia

Cabaran dalam teknik SEO ini makin padat apabila semakin ramai pakar seo dilahirkan. Pakar SEO Malaysia bukan hanya terdiri dari mereka yang dah lama berblog, malah yang baru bina blog juga sudah bijak cekap menggunakan teknik SEO ini bagi meningkatkan pageview blog masing-masing. Saya sendiri terkedu apabila ada blogger muda yang berjaya menghasilkan income menerusi jualan produk sehingga empat angka hanya dari satu blog post sahaja!

Ramai pakar SEO yang memberikan servis berkaitan teknik ini. Anda boleh Google dan dapatkan sendiri servis ini.

Servis SEO

Bagi saya pula, saya lebih kepada membantu usahawan, blogger blog niaga, peniaga kecil, pengeluar produk untuk penjenamaan dan pengenalan produk atau servis. Saya suka menulis berkaitan produk dan servis yang bagus dan bermanfaat. Entri-entri ini saya hasilkan dengan teknik SEO tertentu supaya membolehkan apa yang saya tulis ramai yang akan baca, dan seterusnya memberikan panduan buat mereka yang mencari.
Panduan SEO Bantu Lariskan Jualan

Niat saya, dengan servis ini, bolehlah saya bantu lariskan jualan produk dan servis mereka; atau setidak-tidaknya memberitahu satu dunia bahawa produk mereka boleh dijadikan pilihan terbaik. SEO bantu untuk jenama mereka diperkenalkan.

Ehemm .. jika berminat nak dapatkan servis saya, boleh hubungi saya di Facebook (supaya lebih mesra dan dapat berhubung di kemudian hari).

Tak pasti?

Cuba lihat contoh yang saya tempekkan di atas, nampak tak bagaimana saya bantu sebuah laman web Muzik Islamic Hub untuk mempromosikan servis yang ada di laman web tersebut. Dengan kata kunci tertentu, saya bantu Loonaq.my ini untuk diperkenalkan menerusi penulisan entri yang punyai seni SEO tersendiri. Maka, mereka yang mungkin mahu muat turun muzik islamik, atau artis yang mahu pasarkan muzik ke peringkat lebih luas boleh gunakan Loonaq.my sebab platform terbaik.

Ini antara cara SEO boleh bantu untuk lariskan jualan dan perkenalkan jenama.

Itu sebab saya selalu tekankan kepada rakan blogger supaya cari ilmu berkaitan SEO ini, dan terapkan dalam blog supaya nanti bukan sahaja dapat berikan kualiti dan entri terbaik, tetapi juga bantu orang lain untuk diperkenalkan.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Faizal Nizam Faizal Nizam May 05, 2014
Sedang juga improve dengan SEO. Good tips bro. Terima kasih.
Hero Borneo Hero Borneo May 05, 2014
kandungan entri yang berkualiti dan bermanfaat membantu kecekapan SEO blog..
nurfaizuddin fuad nurfaizuddin fuad May 05, 2014
salam abg HH , saya selalu menjadikan blog abg sebagai rujukan untuk SEO , boleh tak ingin minta jasa baik abg untuk menilai tahap keberkesanan SEO blog saya..
perlukan sifu untuk guide :)
Brohantu Brohantu May 05, 2014
Sampai sekarang saya masih pening bab SEO
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2014
Gunakan sahaja SEO checker ... saya ada kongsikan di blog ini ...
Sabree Hussin Sabree Hussin May 08, 2014
SEO ini boleh upah orang je kalau tak dapat nak buat sendiri. Tak perlu nak susah-susah nak pening-pening nak belajar semua sendiri
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 08, 2014
Ya, upahlah saya .. hehehehe ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 08, 2014
Terima kasih, berbahagilah ilmu ini kepada orang lain sama ye ...
Ahmad Zu Mal Md Rayi Ahmad Zu Mal Md Rayi May 11, 2014
Zumal pun datang nak berguru dengan HH :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.