Malulah Nak Promosi Blog

Malu nak promosi blog sendiri? Habis tu, nak siapa tolong promosikan? Elakkan sifat malu untuk mempromosikan blog sendiri, hatta kepada mak ayah, isteri, suami, rakan-rakan, jiran tetangga. Jika bukan diri anda yang mempromosikan blog sendiri, siapa lagi yang anda mahu harapkan?

Malulah Nak Promosi Blog Sendiri

Setengah dari kita, blogger Malaysia segan dan malu untuk promosikan blog sendiri. Kata mereka, "blog aku tak ada apa-apa pun, biasa je ..." ... ok. Habis tu, kenapa anda buat blog? Tak malu ke buat blog tayang dan cerita macam-macam benda kat dunia? Siap ada gambar berbaring atas katil, gambar kepit-kepit dengan pakwelah, dengan makwelah ... yang tu tak tahu malu la pulak eh. Tapi bila bab promosi bagi membolehkan blog dapat trafik, jana income, dapat ramai follower, segan silu pulak...
Teknik promosi blog sendiri

Ini kesilapan saya dulu. Malu segan. Segan nak bagitahu mak, segan nak bagitahu kawan-kawan, segan nak beritahu jiran. Segan nak singgah blog orang lain join aktiviti, segmen dan promosi percuma. Jadinya, blog dok tang tu jugak. Usah jadi macam saya dedulu .. rugi ooo ...

Jeles Pula Kejayaan Blogger dan Blog Lain

Bila blogger lain dok tunjuk kejayaan blog, kita dok garu kepala, pastu tertanya-tanya bagaimana mereka boleh buat. Ada tu, siap tinggalkan komen sinis lagi ... "Ala blog kau leh la .. dah popular ... banyak la dapat itu ini .." Tapi ... mereka yang ada sifat-sifat dengki dan jeles ni tak pula nak ikut nasihat blogger lain untuk promosi blog. Dan lagi, alasan sama diberikan ... "Ala .. blog aku bukan ada apa-apa pun, blog kau lain la .. dah popular..."

Dey tambi ... ingat blog jadi popular tu macam magik ke? Kena usahalah sikit untuk promosi blog. Jika anda tak yakin dengan blog sendiri, bagaimana nak maju dan jadi terbaik? Setiap apa yang kita buat, kena ada keyakinan, barulah ada kejayaan. Kata nak tiru dan contoh, tapi tak ikut pun apa nasihat blogger yang dah berjaya buat dan buktikan. Asyik dok tongkat dagu .... haishhh ...mana jadi apa dik oi.

Saya tak suka berleter, konon macam blogger baguslah sangat, tapi hakikatnya ada blogger yang dok tanya saya .. bagaimana nak berjaya ... jadi kali ini saya bagitahu dengan jelas lagi terang. Promosi.
Teknik promosi blog sendiri

Kenapa Perlu Promosi Blog Sendiri?

Kenapa nak promosi? Supaya orang tahu blog anda wujud. Supaya orang baca blog anda. Supaya ada yang ikuti blog anda. Supaya blog dapat trafik. Supaya blog boleh jual barang dan servis. Supaya blog boleh bantu anda untuk jana income sampingan.

Malu nak promosi blog, takkan bawa apa-apa faedah jangka pendek mahupun jangka panjang.

Ada dua cara anda boleh promosi blog anda - satu secara percuma ... dan kedua cara berbayar. Ikutlah kemampuan dan kebijaksanaan anda.

Blur? Baca blog saya ... dan follow di Facebook, in Sha Allah, ada teknik, petua, nasihat, rahsia blog yang dikongsikan untuk jadikan blog anda lebih berjaya daripada blog orang lain, terutama menjadi lebih baik daripada blog-blog saya ...

In Sha Allah.


{ 34 comments.. read them below or add one }

sYiRa LoKMaN sYiRa LoKMaN May 12, 2014
blog terbaik ni bro hh :)
MaMa MuRsYiD MaMa MuRsYiD May 12, 2014
Saya pon malu nak perkenal blog kat kengkawan n famili.. Buat senyap2 je.. Tapi beranikan diri share entry kat fb.. Alhamdulillah feedback dari kengkawan memberangsangkan.. Jadi Lebih bersemangat .. Skrg tak segan2 dah nak share entry blog kat fb..
mama amir mama amir May 12, 2014
Sama dengan mama mursyid...pada awalnya memang malu dan segan...tapi satu hari bila terdetik sampai bila nak macamni je...jadi mulakan dengan langkah berani share di FB...
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal May 12, 2014
Assalamualaikum... bro HH,

bagus2 tips nie... mselim3 pun kena promote blog jangan malu2 yer tak?.. blog mselim3 nie pun ramai yang tak tahu..lagi, kena promote lebih nie.. Insaallah boleh mencuba tips2 nie..

mselim3
Faizal Fredley Faizal Fredley May 12, 2014
saya segan nak promote kat kawan2 ngn family sebab tu saya byk fokus kat SEO...hehhe jadi yg masuk blog saya tu bukn dari kalangan kawan2 ngn family..
Brohantu Brohantu May 12, 2014
Dulu buat blog untuk rujukan kawan2 dan client jer.. sekarang pun sama juga.. Tak fokus lagi nak buat personal blog
Rabiatuladawiah Mustapha Rabiatuladawiah Mustapha May 12, 2014
Yup...dulu memang saya malu sangat nak promosi blog saya....dan masa tue sya tak tau ...dgn blog kita boleh buat duit ....

Alhamdulillah ...dgn teknik2 dr Blog En cik hasrul...blog En Titan.... segala info dan tips ...saya praktikkan.... Tima kasih banyak2
Are_Rull Are_Rull May 12, 2014
sy mmg segan nk promosi blog kt personal fb..certain kwn je sy gtaw sy ad blog..family x thu lgsung..bkn apa, blog sy blog personal..so kdg ad pkra yg dorg kdg suka ptikaikan pe sy tulis/luah di blog sy..kdg rsanya smpai blh bt gaduh..walaupn sy x specific kan pd spe2 entri tersebut..huhuhu
Hanim Hashim Hanim Hashim May 12, 2014
memula dulu malu nak bagitau kat mak saya ada blog. Tapi, sekarang mak saya plak suka saya ada blog hehe. Ipar duai, sahabat handai dan opismate pun dah tahu. Takkan boleh malu selamanya, kena up sikit keberanian tu, lagipun bukan saya cerita benda lucah ye dak? :)
Jia Rizaira Jia Rizaira May 12, 2014
Buat masa ni family yg tau sy ada blog, adik bongsu saya je. Sbb sy ada pernah suruh dia menulis dalam blog sy tentang pape je dan nak menggalakkan dia menulis.

Kawan² pula semua dah tau. Tp masa mula diorang tahu tu segan gak la.
Sylarius Yusof Sylarius Yusof May 12, 2014
Buat masa ni saya masih rasa malu lagi untuk promosi blog. Tunggu dah betul-betul mantap baru ada bran nak promote kat family member & kengkawan dekat.
Ali Wowberita Ali Wowberita May 12, 2014
cara penulisan kita tak cantik sbb tu malu nak rekemen kat kawan2.. :(
Linda Ishak Linda Ishak May 12, 2014
Memang kena kat saya ni.. jadi lepas ni saya bertekad akan mempromosikan blog saya sehabis mungkin...
Nao Mei Nao Mei May 12, 2014
hihi...segan memang segan lah...maklumlah takut penulisan tak bagus...hihi
Faizal Mohamad Twon Tawi Faizal Mohamad Twon Tawi May 12, 2014
saya pun dulu malu juga..tapi terpaksa juga mempromosi, kalau tidak siapa nak tahu
Hanny Abdullah Hanny Abdullah May 12, 2014
Dulu memang ada perasaan malu tp bila pikir balik sampai bila nk jd pemalu...rugi kalau malu2 ni kan HH
Atikah Sismoon Atikah Sismoon May 12, 2014
PROMOSI!!! SAYA TAK SEGAN UNTUK BUAT PROMOSI BLOG SAYA SENDIRI :-)
TQ SO MUCH EN.HASRUL UNTUK SEMANGAT INI :-)
husna zahidi husna zahidi May 12, 2014
hahaha..macam kena kat batang hidung husna je taw..>_<
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah May 12, 2014
Promosi mmg sgt2 pentg,mk try gak la buat car sticker tu

huhu
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin May 12, 2014
haha..yang saya ni pula malu/segan nak share link entri2 terbaru kat group2 FB blogger yang ada..takut semakkan news feed orang lain.

lepas ni nak kena buang perasaan tu.. :D
Khir Khalid Khir Khalid May 13, 2014
Mmg betul tu tuan HH.. klu kita sendiri pun dah malas nak promosi blog sendiri, orang lain lagilah malas hehee.. Perkongsian yg bermanfaat.. t kasih.. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 13, 2014
Pendekatan kena dan mesti seiring dengan cara kita nak promote ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 13, 2014
Terima kasih terima kasih ... moga moga apa yang dikongsikan oleh saya, titan akan berikan manfaat pada semua ... walaupun hakikatnya titan lebih baik daripada saya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 13, 2014
Teknik promosi tak sama dengan jenis atau niche blog kita, in Sha Allah, nanti saya kongsikan sedikit sebanyak bab ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 13, 2014
Tapi Syuhada kena buat cara dan teknik yang betul, kena elakkan tu semak semak pada wall fb orang lain, guna juga pendekatan twitter dan page sendiri.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 13, 2014
Errkkk batang idung saya pun kena gak ni Husna .. hahahaha... :P
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 16, 2014
Promote kena ikut target, tak leh nak promote sebarangan sebenarnya MSelim..:)
Julie M Julie M June 17, 2014
tinggalkan komen kat sini pun bole kira promote blog kan? ;)
mohon singgah
http://mywonderfultimezonlinestore.blogspot.com/
menjual buku murah2..
PaanDe London PaanDe London November 10, 2014
Ada masa lawat lah my blog...

paandelondon.blogspot.com
Rubik's printing Rubik's printing November 27, 2014
jom singgah.... mcm2 ada

http://rubiksprinting.blogspot.com/
modayu modayu December 05, 2014
satu kata2 yg menusuk kalbu//kena buang malu mulai sekarang...

sekadar adanya
www.dadiydoo.com
aisya humaira aisya humaira May 22, 2015
Assalamualaikum..saya pon bru lg dlm dunia blog ni..tjuan berblogging pon sbb tkot lupa moment2 dlm hidup..cumanya saya masih belum pandai dlm mengendalikan blog ni..ATU SOALAN NAK TNYA...mcm mna kita naktau ada org baca blog kita???...tlg blas...tq..:-)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.