12 Senaman Depan Komputer - Kurangkan Stress

12 Senaman Depan Komputer Untuk Kurangkan Stress mesti menjadi satu perkara perlu setiap kali anda menghadap dan bekerja menggunakan komputer. Tentu sekali sebagai seorang blogger yang akan habiskan banyak masa depan komputer, senaman-senaman regangan ini sangat elok bagi mengelakkan tekanan atau stress melampau.

Saya sering sakit bahu, tengkok dan pinggang bila bekerja di depan komputer. Mana tidaknya, masa dihabiskan buat kerja depan komputer memang lebih daripada 8 jam. Kadangkala sampai 12 jam hanya semata nak selesaikan masalah blog, dan juga menyiapkan kerja-kerja advertorial serta review.

12 Senaman Depan Komputer - Kurangkan Stress

Senaman Depan Komputer - Kurangkan Stress
Bayangkan saya perlu urus lebih daripada 2-3 blog satu-satu hari. Memastikan setiap blog ada trafik, dan income dijana menerusi setiap blog tersebut. Bukan mudah. Usaha keras dan tekun mesti nak ada. Lagi-lagi dalam keadaan di mana terlalu banyak persaingan dunia blog yang ingin mencapai matlamat yang sama.

Nak tak nak, masa depan komputer memang melampau-lampau. Ada satu waktu, saya habiskan masa sehingga dua hari mengadap komputer sahaja, dengan tidur minima; tapi bukan sebab buat blog ... :) tapi hal lain yang ada kaitan dengan penerbitan sebuah buku manual. Stress; perghhh jangan cakaplah .. sakit seluruh badan dibuatnya.
Senaman Depan Komputer - Kurangkan Stress

Mudaratkan Kesihatan Jika Berada Lama Depan PC

Berada lama depan komputer juga boleh mudaratkan kesihatan. Ada kajian menyatakan ia boleh jadi penyumbang kepada dua penyakit berbahaya, iaitu darah tinggi dan kencing manis. Ia mungkin secara tidak langsung kerana berada di depan komputer, selain tekanan atau stress, ia juga membuatkan kita kurang berpeluh, dan agen-agen perkumuhan kurang efektif. Maka, banyaklah toksin dalam badan sehingga jejaskan sistem pertahanan, perkumuhan dan benda lain.

Senaman Depan Komputer - Kurangkan Stress atau Tekanan

Jadi, saya nak kongsikan sedikit bagaimana nak kurangkan tekanan atau stress bekerja di depan komputer. In sha Allah, kita sama-sama boleh amalkan setiap hari. Boleh ikuti 12 senaman depan komputer yang ditunjukkan di bawah ini ye ..
12 Senaman Depan Komputer
Pssssttt .. saya juga pernah tampilkan satu entri senaman automatik untuk blogger Malaysia. Yang ni mudah, hanya baca apa yang ditulis, anda secara automatik dah buat senaman khas untuk leher dan bahagian tengkok anda...

[Baca] Senaman Automatik Depan PC Anda

Semoga sama-sama boleh amalkan ehh .... kongsikan kepada rakan-rakan lain yang mungkin anda kenal sangat stress bila buat kerja depan PC ni ...

Semoga bermanfaat. In sha Allah.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Rabiatuladawiah Mustapha Rabiatuladawiah Mustapha May 28, 2014
Dulu sya slalu wat senaman mcm tue....kerja sebagai typist n kerani pentadbiran banyak tekanan terutama klu kerja di audit firm...byg kan 1 hari kena taip audit report sebanyak 20 company ..fuh ..lenguh segala otot2....termasuk jari jemari sya....
Aziela Aziela May 28, 2014
Saya selalu buat macam nie. Atau pun setiap setengah jam saya akan bangun berjalan. Ke toilet ke, ke tempat punch card ke...janji melangkah. Tapi kadang2 kalau terlalu sibuk, sampai terlupa nak buat senaman juga.
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ May 28, 2014
Ena kalau mengadap lappy je, memang sakit betul belakang dengan tengkuk. Itu baru satu blog nak kena handle. Apapun, minta izin nak share gambar senaman automatik depan PC tu ye. Cam best pula
perubatan khalifah perubatan khalifah May 28, 2014
yup, betul tu, bila dah hadap depan komputer, memang tak ingat dunia...
sampai perjalanan darah pun jadi tak lancar akibat terlalu banyak duduk..
apa-apa pun, syukurlah, time azan yang selalu mengingatkan...
bersolat sambil bersenam...
Yuyu Zaza Yuyu Zaza May 31, 2014
hardcore 8 jam sehari? perghhh masa muda dulu boleh la... sekarang ni nak stay 4 jam sehari pun susah dah haha

VIDEO: Cokelat Haram? Haram Mak Kau.. Kata Pondan Ini
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/05/video-cokelat-haram-haram-mak-kau-kata.html

Emma Maembong Bidas Dakwaan Jadi Punca Zizan Razak Kalah
http://syokbah.com/emma-maembong-bidas-dakwaan/
azzahairi sulaiman azzahairi sulaiman May 13, 2016
Boleh buat dpn laptop sambil update blog. Izin share ye :-)
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah May 14, 2016
sekarang kurang masa bersama laptop..kadang-kadang lebih masa pula dengan telefon pintar..
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz May 14, 2016
selalu lupa utk buat senaman. biasanya rehat dengan makan jajan. hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.