Sistemic Lupus Erythematosus (SLE) bukan satu penyakit biasa. Ia merupakan penyakit kronik yang melumpuhkan sistem imun badan. Ramai orang tidak tahu akan penyakit Lupus atau lebih dikenali sebagai SLE ini. Untung diri saya kerana isteri saya merupakan antara ramai yang tahu mengenai penyakit ini, al maklumlah dia bekerja dalam bidang yang ada kaitan dengan penyakit. Jadi, saya agak aware akan SLE.

Rakan blogger saya ada yang mengidap penyakit ini, +D Deno Dia seorang blogger yang cukup kuat dan tabah dalam mengharungi penderitaan SLE yang dihadapinya. Dan kesungguhan dia dalam memberi kesedaran dan pengetahuan penyakit SLE ini terbukti apabila Deno merupakan bendahari Persatuan S.L.E Malaysia Chapter Terengganu.

Program Walk-a-Payung 2014 - Prihatin untuk Pesakit SLE

Walk-a-Payung

Saya dan Dayang Deno telah bekerjasama untuk mewar-warkan mengenai satu aktiviti menarik yang boleh anda sekalian sertai dalam memberikan prihatin anda terhadap pesakit dan penyakit SLE ini.

Walk-a-Payung 2014 - satu program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan SLE Malaysia untuk membantu pesakit-pesakit SLE di Malaysia.

Mengapa program ini dinamakan Walk-a-Payung?

Awal tadi saya ada mengatakan bahawa penyakit ini berkaitan dengan sistem imun badan. Dan salah satu cabang penyakit SLE ialah mereka tidak boleh terdedah dengan sinaran matahari kerana boleh mengakibatkan pesakit SLE terkena radang kulit. Walk-a-Payung adalah satu kesedaran bahawa masyarakat perlu prihatin akan keperluan pesakit SLE.

Anda boleh rujuk catatan blogger Dayang Deno untuk aktiviti Persatuan SLE Chapter Terengganu (cawangan) dan menjadi sebahagian daripada program ini di sini - Dayang Deno - Walk-a-Payung-2014

Jadual program walk-a-payung terengganu

Mengenali SLE dan Pesakit SLE

Bagaimanakah cara paling baik untuk anda kenal akan penyakit SLE ini? Tentu sekali adalah dengan mengenali pesakitnya. Mereka lebih arif dan lebih tahu. Untuk lebih memahami apakah SLE dan juga yang beakaitan dengan program ini, anda boleh rujuk ke blog Dayang Deno di sini - Dayang Deno - Walk-a-Payung-2014

Contact : DayangDeno (017-7944104)
Email : pinky_deeno@yahoo.com
FB : Dayang Deno

Banyak yang boleh anda tahu mengenai SLE, dan seterusnya kenal siapakah blogger Dayang Deno yang menjadi antara penggerak Persatuan S.L.E Malaysia Chapter Terengganu. Kepada rakan-rakan yang ada kelapangan, boleh berikan sokongan anda, tunjukkan anda prihatin.

Blogger Dayang Deno bersama Mia Liana
Blogger Dayang Deno bersama Blogger Mia Liana (mialiana.com)

Persatuan Lupus Malaysia

Anda juga boleh dapatkan maklumat lain mengenai aktiviti Persatuan SLE Malaysia di laman web ini - http://www.lupusmalaysia.org

Program Walk-a-Payung 2014 diadakan seluruh Malaysia, anda boleh rujuk dengan pihak Persatuan SLE untuk sebarang maklumat dan informasi lebih lanjut.

Kredit Foto: Dayang Deno, Mia Liana

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. adik saya deno ni memang aktif... marilah kita sama2 berikan support dan bekerjasama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat Dayang Deno. Dalam sakit dia pun leh bantu orang lain .. yang kita ni..yang sihat ni .. hurmmm...

      Padam
  2. menarik..dah dekat dengan tempat sy :)
    TQ HH!

    BalasPadam
  3. terima kasih uncle HH :)

    p/s: uncle HH, boleh deno tahu font yang digunakan untuk entri blog ni font jenis apa ya? tq ^_^

    BalasPadam
  4. InsyaAllah kalau ada rezeki, saya akan pergi sana support mereka..
    Mai la turun ganu..

    BalasPadam
  5. baru ke sini.... wahhh ada gambar mia dalam entri ni.... touching..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement