Langkau ke kandungan utama

Tips Trafik Menerusi Fanpage - SERP

Tips trafik menerusi fanpage dan kaitannya dengan SERP (Search Engine Result Page) - Ramai yang tak sedar bahawa fanpage juga boleh terhubung-kait dengan SEO, sehingga membolehkan ia dipapar di SERP atau halaman keputusan enjin carian. Cara ini juga saya gunakan untuk menambah trafik ke blog ini, dan juga salah satu cara untuk membina backlink ke blog saya.

Teknik ini mungkin tidak terlalu ketara dalam memberikan blog anda trafik yang diinginkan tetapi ia salah satu cara supaya ada backlink daripada satu laman page yang cukup kuat PR dalam Google iaitu Facebook. Dengan ini, di kemudian hari in Sha Allah ... entri blog anda yang mempunyai backlink samada dari blog ke fanpage dan dari fanpage ke blog, akan meningkatkan lagi kredibiliti blog dan memperbaiki kedudukan Google Pagerank.

Tak pasti apa itu Google Pagerank? Boleh baca entri saya di sini - Beza Google Pagerank dengan Alexa Ranking

Tips Trafik Menerusi Fanpage - SERP

Teknik ini mudah sahaja.

Pertama sekali, anda perlu wujudkan fanpage untuk blog anda. Cara nak wujudkan, anda boleh lakukan langkah demi langkah di sini - https://www.facebook.com/pages/create/

Kemudian, apabila sahaja telah selesai, maka bermulalah perkongsian setiap entri blog anda ke fanpage blog anda. Untuk itu, bagi membolehkan ia terpapar atau berada di enjin carian (SERP), anda perlu memastikan tajuk dan perenggan pertama blog anda yang ada kata kunci yang diinginkan mestilah diletakkan bersama dalam fanpage tersebut.
Panduan Blogger Blogspot - Tips Trafik Menerusi Fanpage - SERP
Ia mungkin tidak berada dalam enjin carian secepat 30 saat tetapi in Sha Allah, lama kelamaan selepas backlink berjaya ditingkatkan dari sehari ke sehari, anda akan nampak hasilnya seperti di bawah ini.
Panduan Blogger Blogspot - Tips Trafik Menerusi Fanpage - SERP

Anda akan dapat 2 kelebihan. Satu, pengunjung akan LIKE fanpage blog anda, kedua trafik ke blog akan diperoleh samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Teknik ini hanya akan berjaya memikat pencari maklumat di Google jika dan hanya jika anda membuat satu fanpage yang berkait dengan latar belakang pencari maklumat sahaja. Nanti, saya ceritakan bab ini. Ini adalah kerana untuk kelangsungan facebook fanpage itu relevan, ia perlu diwujudkan sesuai dengan tema sesebuah blog.

Selamat mencuba.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. satu lagi perkongsian ilmu yang bermanfaat dari Tuan HH, terima kasih dan akan cuba mengikuti saranan ini.Fan Page blog sendiri pon masih suam-suam kuku..hoho..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya cuba bagi tips untuk naikkan LIKES fanpage cara betul.

      Padam
  2. Perkongsian ilmu yg bermanfaat HH. T kasih & salam ceria selalu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Khir ... ingat ehh petua ni ada longgarnya juga. Tapi tak salah mencuba.

      Padam
  3. perkongsian ilmu yang bermanfaat dan menarik...

    BalasPadam
  4. bleh terus intergrate blog ke page fb ikut twitter.

    BalasPadam
  5. dah ada juga...memang ada kelebihan secara langsung dan tak langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika pandai gunakan ... gunakanlah sebaik-baiknya .. in Sha Allah.

      Padam
  6. okay thanks untuf inafo ni :)

    BalasPadam
  7. wah.. memang info terbaik :D

    BalasPadam
  8. tp facebook dah jahat sekarang.., reach dari fanpage dh kecik skrg.., nk byk kena bayar...=(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm saya pun perasan gak tu ... nak buat camner ... lom cukup kaya lagi nak beli saham Facebook ni ...

      Padam
  9. menarik ni :) terima kasih utk semua ilmu yg bermanfaat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Syira kerana tak jemu-jemu singgah sini dan baca apa yang dikongsikan. Moga beri manfaat terbaik buat Syira dalam dunia blog Malaysia.

      Padam
  10. salam..satu artikel yang sangat bagus untuk meningkatkan lagi trafik ke blog!
    Saya pon nk share satu cara untuk korg smue dptkan trafik yg lbih banyak ke blog korg.

    Cara yang sy slalu gunakan ialah setiap link artikel yg saya post dlm blog sy,sy akan ping dkat website kakiping .Memang best kakiping ni,kbanyakan trafik blog saya datang dari kakiping.com .Korg cuba la ye :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…