Hebat blogger dari Indonesia ni. Saya memang cukup kagum dengan mereka. Kagum bukan apa, sebab di kalangan mereka mudah dan suka benar berbagi ilmu berkaitan blogging ni. Tak payah seru nama mereka untuk terbitkan tips blogging, mereka sendiri akan hulurkan tanpa minta apa-apa. Dalam blog post ini saya akan menyingkap kehebatan blogger Indonesia supaya kita semua, blogger Malaysia boleh belajar sesuatu dari mereka.

Oppss sebelum itu, saja nak peringatkan, yelah manalah tahu kot-kot ada yang nak tinggalkan komen di entri ini, pastikan anda baca sampai habis ehhh ... jangan tengok dua perenggan ni je, dah mula buat kesimpulan, kasihanilah saya yang dok menulis dan buat 'kerja' ni. Catatan yang anda akan baca ini merupakan pengalaman dan pendapat peribadi saya sahaja, mungkin anda lain nada dengan saya.
Kehebatan Blogger Indonesia

Kehebatan Blogger Indonesia Perlu Anda Tahu

Tak Kejar Trafik Terkinja-Kinja

Berlainan dengan kebanyakkan blogger Malaysia, mereka tidak kejar ranking sangat macam kita ni, terutama sekali macam sayalah .... hahaha. Apa yang mereka kejar ialah cara mereka mahu jadi terdahulu berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat semua.

Trafik Berkualiti

Blogger Indonesia mementingkan trafik berkualitas, apabila saya periksa blog mereka secara rambang, kebanyakkan blog blogger Indonesia punyai bounce rate cukup rendah. Walaupun trafik atau pageview tak tinggi mana.
Kehebatan Blogger Indonesia
Blog Fatamorgana - Salah Seorang Rakan Blogger Disegani

Kemas Teratur Menyenangkan

Blog blogger Indonesia lebih kemas dan teratur. Semuanya tersusun rapi dan menyenangkan. Selesa buat pengunjung nak baca blog, dan selesa juga buat enjin carian nak indeks.

Jarang Header Gambar Sendiri

Yang ini saya paling nampaklah, ramai blogger Indonesia jarang menggunakan gambar mereka untuk header blog. Header lebih kepada penekanan mengenai apa yang terkandung di dalam blog mereka. Gambar tentang mereka hanya wujud di profile, samada blogger profile atau Google profile.
Top Blog Indonesia - Pakar SEO Malaysia
Antara Blogger Popular Indonesia - Diana Rikasari

Tiada Paksaan Untuk Suka

Setiap kali saya singgah ke blog-blog rakan blogger Indonesia, amat jarang sekali saya ketemui blog yang ada pop up. Tak kiralah pop up LIKE Facebook atau iklan. Sekali klik, terus masuk blog mereka tanpa ada halangan yang memaksa. Jarang juga saya nampak mereka merayu untuk diikuti atau dirayu mohon menjadi follower.

Tiada Widget Merapu

Ketara gak ni, tak pernah setakat inilah saya masuk ke blog blogger Indonesia yang ada pasang lagu-lagu automatik. Tak ada widget burung terbang sebagainya, tak ada widget merapu yang tiada kesan langsung ke atas blog. Semua clean and clear sound .... senyapppp je masuk blog derang ni.

Wordpress

Kebanyakkan Top Blog adalah Platform Wordpress. Mungkin mereka lebih senang berblog dalam platform ini, berbanding dengan blogger Malaysia yang memilih blogspot untuk blogging platform percuma atau untuk newbie.

Berbahagi Ilmu Cara Terbaik

Yang bab ni saya memang suka sangat. Blogger Indonesia tak kedekut ilmu. Walaupun entri mereka dilakarkan bukan milikan original, tapi mereka suka berikan backlink dan pautan ke sumber. Ada sekali saya pergi ke satu blog tutorial, ada pautan sumber diberikan, ikut punya ikut punya ikut punya ikut ... akhirnya pautan itu kembali ke blog yang asal yang saya mula ikut tu ... macam satu kitaran, entri hampir serupa, tapi setiap titip blog saya singgah ada benda baharu saya belajar. Dan mereka saling hormat antara satu sama lain, dan sering ucap terima kasih pada penulis asal atau sumber yang mereka dapat.

Inilah yang saya ingin katakan mengenai kehebatan blogger Indonesia. Walaupun negara Indonesia cukup luas, dan saya fikir jumlah blogger juga lebih ramai, namun secara rambang ... saya lihat mereka adalah lebih baik dalam beberapa perkara nak dibandingkan dengan blogger Malaysia.

Pemerhatian saya terbatas, mungkin anda boleh tambah sesuatu jika pernah dan rajin blogwalking ke blog-blog rakan blogger Indonesia. Apa ditampilkan hanyalah jangkauan rambang saya selama ini.

Oh ya, mereka juga tak macam blogger Malaysia yang suka gah-gah terhadap sesuatu, ala macam sayalah dok gedik keyword Pakar SEO Blogspot Malaysia.... dan buat income online dari blog....hahaha...

In Sha Allah, kita boleh belajar sesuatu dari mereka.

Oh ya, saya acapkali juga jumpa beberapa blogger Malaysia yang dikenali suka meninggalkan komen di blog-blog dari Indonesia .... tak perlulah saya sebut, sebab saya pasti seandainya mereka baca entri ini akan angguk dan tersenyum. Patutlah blog mereka jadi popular dan dimesrai oleh blogger dari seberang laut. Syabas ehhh ...

p.s: Sejak dua menjak ni ramai juga blogger dari Indonesia yang sering komen blog ini, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Jika boleh komenlah entri ini juga .... terima kasih ya gannn ...



15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betulah blogger malaysia perlu anjakan paradigma.. nawaitu berblog kena tengok semula.. dari berorientasi klik iklan kepada kualiti content

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dunia blog Malaysia semakin berkembang ... ramai dah yang ada blog, tapi agak malang ..masing-masing buat blog sebelum ada ilmu mengenainya, macam saya mula2 dulu.

      Padam
  2. Sungguh baik ulasan Cik, semoga kita dapat luruskan nawaitu kembali.... I've follow this site...

    BalasPadam
  3. Saya amat bersetuju dgn entri tuan HH ni, terutama bab berbagi ilmu... mmg ada perasan bila setiap entri yg diambil dari sumber lain mmg disertakan backlink. Klu tutorial pun mcm tu.. Perkara yg baik mmg sepatutnya dicontohi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tu memang perkara yang paling saya nampak ... tiap awal dan akhir entri terutama melibatkan tutorial, mesti ada ucapan terima kasih dan diberikan backlink .. perkara yang blogger Malaysia tak ramai suka buat.

      Padam
  4. ooo mcm tu ya caranya...
    thanks,berkongsi ilmu,
    saya masih baru lagi...

    BalasPadam
  5. kalau saya pribadi sebaga Narablog Indonesia, malah juga lebih banyak menalar ilmu dari temen2 narablog malaysia, sekalipun saya g pernah komentar saya juga silent reader, yang saya suka dari Narablog Malaysia adalah kehebatan dalam menuliskan entry yang rata2 sesuai dengan bahasanya sendiri, jarang terdengar content copas atau di copas, karena masing2 punya gaya penulisan sendiri. banyak inspirasi yang saya dapatkan dari rekan2 narablog malaysia.

    BalasPadam
  6. saya pun setuju dengan ulasan bro.....cara berblogging......perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  7. Tak rugi kongsi ilmu sesama kita dan apa yg blogger Indonesia ni adalah sgt bagus. Mungkin kita boleh terapkan pada blog kita nnt.

    BalasPadam
  8. yup..memang ramai yang hebat...IM IM mereka pun ramai yang jutawan..forum mereka salah satunya merupakan salah satu yang terkenal..Kaskus kalau tak silap namanya..:D

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. betul jugak pendapat HH. Saya sendiri pun banyak merujuk dan belajar dari blogger indonesia. Terutamanya blog maskolis.com. sejak 2009 lagi.

    BalasPadam
  11. Sy dari indo; saya suka belajar dengan munawar dari malaysia,,,hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement