Borong Produk Gamat Asli di Nusantara Maju Langkawi

Gamat (Sea Cucumber) atau Timun Laut. Bagi rakyat Malaysia, ia satu spesies haiwan laut yang tidak asing lagi. Dijadikan sebagai bahan dan sumber untuk produk-produk kecantikan dan kesihatan, ia boleh dikatakan agak popular terutama mereka yang percaya akan khasiat Gamat ini. Nama saintifik untuk Gamat ialah Stichopus horrens. Menariknya, 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia.

Salah satu Gamat atau Timun Laut yang paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan terdapat di perairan Malaysia terutama di Langkawi. Gamat ini lebih dikenali sebagai Gamat Emas; iaitu dari spesies Stichopus horrens Selenka melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii).

Produk Gamat Asli di Nusantara Maju Langkawi

Nusantara Maju - Pengusaha produk gamat asli Langkawi Malaysia
Ok. Baru-baru ini saya dan keluarga telah berkesempatan untuk bercuti di Pulau Langkawi. Walaupun kami pergi bercuti di waktu luar puncak (bukan cuti sekolah), ramai juga pelancong yang datang ke pulau lagenda ini. Terutama pelancong-pelancong dari Eropah yang mahu menghabiskan cuti musim sejuk di negara mereka. Ramai yang datang mahu merasai kehangatan dan bahang mentari Pulau Langkawi.

Tempat menarik pertama kami singgah semasa tiba di Pulau Langkawi ialah tempat penjualan borong produk Gamat asli. Tempat yang kami singgahi itu ialah Nusantara Maju yang terletak di Kampung Bayas, Jalan Padang Matsirat. Agak besar tempatnya, dan ada tempat memasak Gamat disediakan. Tempat memasak itu disediakan bagi menunjukkan demonstrasi membuat minyak Gamat yang memang popular di Langkawi.
Tempat memasak minyak Gamat Asli Langkawi Kedah Malaysia

Replika Botol Minyak Gamat Terbesar

Lagi satu yang istimewa di Nusantara Maju, ada replika botol minyak Gamat yang pada firasat saya adalah yang paling besar pernah wujud di Malaysia (mungkin di dunia). Kata rakan saya yang menetap di Langkawi (yang juga pemandu pelancong kami pada hari tersebut); Nusantara Maju adalah kedai Gamat paling besar yang ada di Langkawi. Malah, antara kedai yang ada demo buat minyak Gamat untuk pelancong-pelancong yang datang.

Di kedai Nusantara Maju, ada beraneka produk berasaskan Gamat anda boleh peroleh. Ada produk kecantikan, ada produk kesihatan, malah ada produk-produk cenderahati disediakan. Saya bagai teruja melihat banyak produk yang boleh dihasilkan daripada Gamat ini. Nyata Gamat adalah spesies yang pelbagai guna dan banyak manfaat pada manusia.

Minyak Gamat Secara Tradisional

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Saya dan isteri sempat juga beli beberapa produk Gamat. Tak borong memandangkan tujuan utama kami ke Langkawi adalah untuk bercuti dan bersantai. Cuma adalah shopping sedikit sebagai cenderamata dan buat ingatan kami sekeluarga.

Dimanakah tempat kami menginap? Ok, di entri lain saya akan ceritakan pula.

3 comments.. read them below or add one

Kucing Hitam Kucing Hitam March 03, 2014
nice hari tu pi langkawi xbeli pun minak gamat sbb borong coklat je rhahah
Aku Penghibur Aku Penghibur March 04, 2014
kedai nie memang famous... pemandu pelancong akan bawa ke sini ^_^
BUMI LANGKAWI BUMI LANGKAWI May 31, 2014
Kedai Gamat Nusantara Maju mmg best di Langkawi. Rugi kalau datang Langkawi x singgah kedai ni (^_*)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.