Video Iklan vs Realiti Produk McDonald's

Seringkali sebagai pengguna kita akan terpedaya dengan iklan. Dalam konteks pemasaran, iklan perlu perfect! Ia mesti sempurna dalam semua segi - atas, bawah, tepi, dalam, luar. Jika tidak, iklan itu akan hanya satu paparan pembaziran yang tidak membawa keuntungan. Tujuan iklan adalah untuk menarik minat orang untuk membeli - walaupun mahal mana sekalipun produk itu! Saya ingin kongsikan satu video iaitu video pengiklanan produk McDonald's dengan realiti produk itu apabila kita membelinya di outletnya.

Video Iklan vs Realiti Produk McDonald's


Video ini saya ambil daripada laman web Yahoo Inc. Ia memaparkan perbandingan antara produk McDonald's yang sering kita lihat di papan-papan iklan, iklan tv dan media cetak. Dan ia akan buat anda terfikir akan kebenarannya.....

Fakta atau Auta?

Ok. Adakah ianya satu fakta atau auta untuk cuba memberikan gambaran buruk mengenai McDonald's? Saya fikir tidak, kerana realitinya memang benar. Apa yang kita nampak di iklan ... perghhh bukan main lagi sedap lazat gebu cantik padat segar ... tapi hakikatnya, selepas membayar ... tidak jauh beza dengan produk-produk yang dijual Pak Cik Leman, Mak Gayah, Uncle Jani, Usin ataupun Mek Su Lawa. Yang beza adalah harga dan cukai yang dikenakan.

Fikir. Berbaloi atau tidak? Sebagai pengguna anda bijak memilih.

Tetapi, jika apa yang disiarkan sama seperti apa yang dihidangkan, kredit patut diberikan.

Saya dah lama tidak menikmati hidangan McDonald's walaupun satu ketika dahulu saya memang minat gila dengan Big Mac. Ada 3-4 tahun jugaklah. Bukan saya sahaja, seluruh keluarga saya sudah lama tidak menikmati hidangan daripada restoran makanan segera ini.

Bukan apa, sudah ada pilihan yang lebih menarik dari segi harga dan kualiti.

Mana anda akan pilih untuk menikmati burger yang anda nampak cara pembuatannya dengan burger yang bila tiba di depan anda sudah berada di dalam kotak recycle?

Saya bukan nak memburukan jenama ini. Video dipaparkan adalah untuk membandingkan antara kebenaran dan fakta - dengan iklan. Pengaruh iklan itu penting dalam memberikan keputusan. 

Ini pendapat saya sahaja. Saya tahu, ramai pembaca blog ini sukakan McDonald's ... saya tak salahkan anda untuk pilih. Lagipun, saya dulu pun makan McD ni ... kan kan ...

p.s: Menari-nari lak iklan McD dalam blog ni .. ... perli saya la tu .. hahahaha...

p.s.s: Nak cari burger best di Malaysia? Boleh baca ini - Saji.my - Mudahnya Cari Burger Bakar Nasi Arab


4 comments.. read them below or add one

Wafi Remli Wafi Remli February 18, 2014
Dah tak makan McDonalds sekarang. Apa yang tahu pasal iklan sebegini, diorang sebenarnya nak menonjolkan segala kandungan yang ada dalam burger tu, sebab tu nampak lebih tebal daripada yang biasa kita dapat...
Zamani Abe Zamani Abe February 18, 2014
ni penangan kamera 360 ni.. haha
Khalid Kyle Khalid Kyle February 18, 2014
HH ape yer pilihan yang lebih menarik dari segi harga dan kualiti tu. kongsikan ler hihi
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 18, 2014
Saya ada buat advertorial .... boleh tengok di entri ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/11/sajimy-mudahkan-cari-burger-bakar-nasi-arab.html

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.