6 Tips Undi Blog Berkategori Minggu Media Sosial Malaysia 2014

Ramai blogger Malaysia khususnya dah tahu mengenai Minggu Media Sosial Malaysia 2014 atau MSMW2014. Ia bakal berlangsung pada 24 Februari sehingga 1 Mac 2014, bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre. Ia merupakan acara tahunan yang mengumpulkan ramai penggiat laman sosial termasuklah blogger dari serata dunia. Acara penuh gemilang ini dianjurkan oleh Malaysia Social Media Chambers buat kali keempat.

Antara salah satu agenda menarik dalam Minggu Media Sosial Malaysia 2014 ialah penganugerahan kepada penggiat laman sosial dan blogger. Ada anugerah untuk blogger disediakan, dan anugerah ini diberikan berdasarkan undian popular (80 peratus) dan undian para juri (20 peratus). Undian popular ini adalah berdasarkan kategori-kategori tertentu yang telah disediakan.

Sebanyak 13 kategori dipertandingkan, dan saya melihat ramai rakan blogger yang hebat-hebat bertanding dalam merebut anugerah disediakan.

Tentu dalam dilemma apabila meihat rakan-rakan blogger terbaik cuba meraih undi. Saya sendiri tak tahu mahu pilih siapa dan blog yang mana. Semua blog yang telah memasuki senarai adalah blog yang ada pengikut dan punyai kelebihan masing-masing.

Bagaimana nak undi blog dalam kategori masing-masing ini?

6 Tips Undi Blog Berkategori Minggu Media Sosial Malaysia 2014

Ok, secara amnya saya boleh sandarkan tips undian seperti berikut.

  1. Pilih blog yang benar-benar mewakili kategori tersebut.
  2. Pilih blog yang memenuhi niche sepenuhnya dan bukan separuh cerita A, separuh lagi cerita B.
  3. Pilih blog yang mudah anda nak dapat informasi berdasarkan kategori blog pilihan.
  4. Undi blog yang ada kekuatan SEO, yakni apabila anda gelintar (search) di enjin carian pada kategori tersebut, maka blog itu akan keluar.
  5. Undi blog yang mesra kepada pengunjung, kerana itulah tujuan Minggu Media Sosial Malaysia - engagement.
  6. Jangan undi blog yang suka copy paste.

Ini merupakan tips peribadi saya. Sekadar pendapat yang dikongsikan. Jika anda ada cara lain, silakan untuk berkongsi. Anda berhak memilih blog yang anda sukai, tetapi biarlah suka itu kena pada tujuan MSMW2014 ini dianjurkan.

Oh ya, untuk membuat undian blog mana yang layak terima anugerah hebat MSMW2014 ini, anda boleh rujuk ini - Social Media Week Malaysia - Awards Category dan lakukan undian anda. Undian hanya dibenarkan mulai 1 - 10 Februari 2014 sahaja!

p.s: Saya dah pernah merasa MSMW2013 ..... tapi tak menang, cuma berada di top 3 sahaja.




6 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid February 04, 2014
thanks for sharing the tips abang HH...
Fizi Zaidi Fizi Zaidi February 04, 2014
betul tu bro, ada jgk blog rojak,,huhu
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim February 04, 2014
Buatlah pilihan yang bijak. Selamat mengundi.
FAIZAL KAMARULZAMAN FAIZAL KAMARULZAMAN February 08, 2014
wah gituhhh..selamat mengundi semua..pilih betul2 na..
Azri Johan Azri Johan February 09, 2014
undi tanggungjawab semua. hahaha

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.