Bila blogwalking, ada sahaja ternampak komen yang tak sedap dibaca. Kasihan blogger yang menulis. Blogger hanya luahkan pendapat dan rasa, kalau itu salah ... jadi bagaimana? Nak suruh blogger Malaysia berpiket dan buat demonstrasi jalanan pulak ke? Tak puas hati dengan blogger Malaysia tinggalkan komen yang tak sedap dibaca - janganlah begitu, ada akal cubalah pakai.

Kerana mulut, badan binasa.

Kerana komen, segala kebaikan jadi sia-sia.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata diri merana.

Fikir dahulu sebelum anda, sebagai pengunjung dan pembaca sesebuah blog berikan komen. Anda kena bertanggungjawab dengan komen anda. Apa yang anda tulis boleh mencerminkan peribadi anda. Jika mahu penulisan anda dianggap sebagai sebuah nasihat yang baik, maka tulislah dengan hemah dan berbudi.

Kita semua lahir ke dunia dari perut ibu. Tak kasihankah anda meninggalkan komen yang apabila dibaca oleh ibu anda akan membuatkan mereka merasakan bahawa salah didikan telah diberikan. Kasihan ibu bapa kita yang mencorakkan kita dari kecil. Jika komen busuk hati dan dengki khianat kita tinggalkan, tidakkah nanti ia akan mempalitkan bintik hitam di air muka mereka?

Hormatilah mereka.

Agama juga tak mengajar umat Manusia berbuat keburukan. Apatah lagi dalam agama Islam. Ada cara dan kaedah untuk memberikan nasihat serta teguran. Adab kata dan bahasa bukan muncul tanpa akar, ia wujud supaya manusia pandai menggunakan ayat yang terbaik dan penuh sopan santun.

Jadikan agama sebagai asas berbicara.

Mungkin ada ketidakpuas-hatian. Kalau rasa ada perkara tidak betul, sila komen dengan penuh rasa rendah diri, kerana komen sebegitu ada nilai hebat dan impak mendalam ke hati. Jika penuh maki, kata kesat .... malaikat pun akan geleng kepala.

Saya ini bukanlah layak nak menegur mana-mana insan, sebab khilaf diri pun banyak yang tak tertampung. Tapi saya tetap berpegang bahawa manusia perlu saling nasihat menasihati, tetapi dengan cara hikmah dan dengan senyuman. Bukan menegur dalam imarah yang adakala terbuai emosi melampau dan bisikan syaitan.

Ini bukan pertama kali saya menulis berkaitan perkara ini. Malah dah banyak kali. Tapi seperti saya kata tadi, kita perlu saling mengingati dan menasihati. Papan yang dibuat titian pun lama-lama akan mereput, perlu diganti dengan yang baru agar mereka yang baru mahu meniti boleh berjalan dengan selamat.


17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tak sanggup nak tinggalkan komen yang bukan bukan kat blog orang...faham perasaan orang..at least tegur dengan cara baik dan tidak mengaibkan..

    BalasPadam
  2. Tq kerana saling mengingatkan...Biarlah kita tinggalkan kebaikan sebelum kita mati..kasihanlah mak ayah kita. Alfatihah.

    BalasPadam
  3. can't imagine how serious it is. But surely 'teguran' and 'makian' are two different things based on the purpose behind them. That's why I was called to explain that condemning others for GOOD reasons is more on condemning rather than doing good things... I guess, there's no 'teguran' comes with 'makian'...

    Allahualam bissawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu dua benda ni adalah berlainan. Kalau ianya berbentuk teguran apa salahnya utk diterima. Kritikan pun sama juga, boleh terima selagi ianya bermanfaat. Tapi berlainan pula dgn makian.

      Padam
  4. peringatan utk kita semua..
    berwaspada pada komen kita sbg seorg blogger

    BalasPadam
  5. Peringatan yang berguna Bro HH. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. tinggalkan komen yang baik2 sahaja.. Jika ada salah di mana2, tegur dengan berhikmah. :D

    BalasPadam
  7. Kena berhati-hati dlm berkongsi pendapat di kotak komen. Walau tidak sama arahnya jgn diaibkan penulis tu. Wallahualam

    BalasPadam
  8. Betul tu kena ada sifat tanggungjawab

    BalasPadam
  9. Assalam
    Blogwalker perlu menulis komen sebaik mungkin.

    BalasPadam
  10. peringatan untuk semua dan juga diri ku sendiri.. alhamdulilah.. terima kasih HH..

    BalasPadam
  11. Saya sokong tu. Setiap orang ada pendapat sendiri. Kita hanya perlu bagi pendapat kita dengan cara yang baik. Tak perlu sampai memaki hamun. =)

    ZH Blogger

    BalasPadam
  12. Mmg betul tu HH.. biarlah kita menghormati setiap org.. penat2 dia buat entri.. klu tak setuju pun sampaikanlah dgn cara terhormat.. klu tak boleh, lebih baik jadi silent reader je... itu yg sebaiknya dari menambahkan sengketa & dosa.. :)

    BalasPadam
  13. tegur biar beralas dan berlapik......

    BalasPadam
  14. Setuju... kita hanya memberi pendapat dan berkongsi info... at the end tak pasal2 kena hentam... in fact entry kita tu bukan ditujukan untuk sape2 pun...
    kita patut hormat orang kalau nak orang hormat kita....

    BalasPadam
  15. saya filter semua komen yang masuk bukan sebab takut di kutuk atau di maki tapi saya tak suka perkataan keterlaluan macam maki hamun & lucah kat blog saya. nak kutuk saya tak kisah sangat... kutuk jer make sure perkataan yang di gunakan tak sensor sangat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement