Petua Kuno Dapat Anak

Tadi saya ada singgah satu blog ini yang saya follow, seorang ibu muda yang menantikan kelahiran baby. So; dia tertanya-tanya tentang kemungkinan nak dapat anak. Jadi, tetiba saya terfikir, bukan dia seorang sahaja yang tercari-tercari dan dalam kebuntuan. Artikel ini saya tulis untuk kongsi petua ortodoks dapat anak yang banyak diamalkan di Malaysia.

Kata orang, rezeki itu tetap ada cuma belum masanya lagi. Kena banyak bersabar. Kadangkala Tuhan nak uji kita samada kita dah sedia atau belum untuk menjadi seorang ibu dan bapa. Ujian ini kadang kala didatangkan samada sebelum, semasa dan selepas mendapat kurnianNYA. Dan apabila dinamakan ujian .. mesti ada result; dan result itulah yang sebenarnya yang perlu kita target - cemerlang? Gemilang? atau Terbilang?

Petua Ortodoks Untuk Pasangan Senang Mendapat Anak


Kepada mereka yang ingin memiliki anak; tetapi ditakdirkan untuk belum mendapatnya lagi (belum masa), banyakkan bersabar. Namun, jangan duduk diam saja, ikhtiarkan diri dan pasangan untuk cuba mendapatkannya. Ada perkara kita perlu usaha untuk dapatkan, dan bila dah dapat - ia bagai satu nikmat yang tiada tolok bandingnya.

Dan saya nak berikan satu ikhtiar mudah atau lebih tepat satu pendekatan petua yang bagi saya agak ortodoks (tiada bukti saintifik dan kuno) untuk pasangannya yang dambakan tangisan dan gelak tawa seorang anak.

Timang Bayi Orang Lain

Cubalah - jika ada anak sedara, anak jiran atau anak sesapa sahaja terutama baby kecil; dan bermesralah dengan baby ni. Contoh: timang2, dukung2, agah-agah dan bermain dengan baby. Dan sebolehnya ia dilakukan oleh kedua-dua pasangan isteri dan suami. Ada banyak kebetulan (ye ke?) yang saya sendiri saksi, tunjuk dan bukti tanpa rekod tentang kaedah ini - bila selalu bermain dengan baby - in sya Allah, akan diberikan laluan untuk mendapatkan cahaya mata sendiri. Cubalah.

 Kita usaha apa yang terdaya. Ada banyak petua dan ilmu perbidanan dalam nak dapat anak ini. Jika anda bijak, boleh cari dan dapatkan.


2 comments.. read them below or add one

mr & mrs mikko mr & mrs mikko December 01, 2010
aku ada sorg aunty..
after dah berikhtiar..
dorg dh kawin 15 tahun..
bru dpt anak....

anak angkat dorang pun dah masuk tgkatan..
dorang jaga dari baby..
rezeki akan ada kalo ikhtiar
hasrul hassan hasrul hassan December 01, 2010
Salam .. ye kadangkala Allah nak uji sejauh mana kita tahan dan sabar dengan ujian. Kadangkala benda dah nak nampak mustahil untuk dapat anak sendiri, hingga ambil anak angkat ... namun akhirnya Allah membalas kesabaran itu dengan mengurniakan anak kandung sendiri.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.