Dah cantik. Dah dapat peluang. Dah pun dikenali ramai. Malah ada peminat tersendiri, jadi tidak pelik jika blogger cantik jelita ini berada di dalam calon top 5 ABPBH2013. Blogger ini memang terkenal. Bukan blogger biasa. Saya boleh katakan dia sudah menjadi idola ramai blogger di Malaysia. Dan saya pasti, 9 daripada 10 pengunjung blog ini mesti pernah walaupun sekali singgah dan baca blog Hanis Zalikha.

Ya, tahniah diucapkan kepada blogger yang mempunyai paras dan wajah mempesona ini. Tahniah kerana berjaya menjadi top 5 kategori artis baru wanita popular dalam ABPBH2013. Satu pencapaian peribadi cukup manis saya fikir untuk Hanis Zalikha.

Blogger Cantik Calon Top 5 ABPBH2013

Blogger Cantik Calon Top 5 artis baru popular ABPBH2013

Saya tak nak komen pasal kerjaya artis Hanis Zalikha. Maaf, saya tidak arif.

Tapi, kalau bakat menulis blog. Memang Hanis Zalikha hebat. Itu sebab dia popular. Jadi, kalau ada kategori blogger wanita popular ABPBH2013 ... mungkin boleh menang dan memang sesuai dengan dirinya.

Menerusi blog, saya fikir dengan mudah Hanis Zalikha boleh meraih sokongan daripada pengunjung dan pembaca blognya. Ramai tu yang nak lihat si Hanis naik pentas .....

Dunia blog dah makin meriah. Saya juga sering ketengahkan blog-blog selebriti tertentu. Bukan setakat pelakon, penyanyi .. malah ada blogger di kalangan penulis lirik, penggubah lagu, penulis skrip drama. Antara yang saya nak sebut seperti Bicara Mak Dara, Zarul Umbrella, Nizam Ijam dan beberapa lagi.

Sekali lagi tahniah pada blogger cantik Hanis Zalikha atau lebih mesra dipanggil KekNis kerana berada dalam top 5 pelakon baru wanita popular ABPBH2013.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

16 Komen

Untunglah badan..pakej semua lengkap..huhu

Reply

Betul kalau pakej x lengkap x naik punya hanis zalikha tu..

Reply

Oh... ada jugak contest 'Blogger Cantik' bukan setakat blog yang cantik..tapi blogger dia pun? :D
Maaf saya masih baru... dan ini maklumat baru yang saya dapat :) dan belajar... Tahniah juga kepada blogger Hanis Zalikha kerana dicalonkan Top 5 Blogger Cantik ABPBH2013 :D

Reply

tahniah untuk KekNis kita tu...

Reply

Rezeki dia.. alhamdulillah.. semoga menjadi inspirasi kpd yg lain.. tahniah!!

Reply

Harap disebarkan kebaikan dan manfaat

Reply

Ya, tahniah pada dia .. rezeki dia nak jadi popular kot gitu

Reply

Cuma ada satu benda yang tak lengkap pada Hanis Zalikha .. :)

Reply

Allah kurniakan bakat dan rupa paras.. semoga akan bertudung suatu hari nanti. =)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.