Ini merupakan salah satu teknik untuk umpan pembaca, iaitu teknik gantung entri. Masih tak ramai yang guna teknik ini iaitu 'gantung' entri bagi mengumpan pengunjung untuk singgah lagi dan lagi ke blog. Teknik ini saya lihat berkesan pada sesetengah blog yang mempunyai banyak jalan cerita bercirikan pengalaman peribadi. Ia salah satu teknik yang mampu membuatkan pengunjung pertama yang dah terpikat dengan cerita untuk singgah buat kali seterusnya.

Gantung Entri Umpan Pengunjung Datang Lagi

Teknik untuk buat pembaca datang berkali-kali

Apakah dia teknik gantung entri ini?

Haa... tak perlu garu kepala. Saya nak cerita pada anda, agar nanti boleh dipraktikkan dalam blog. Sebenarnya ada dua teknik gantung cerita atau gantung entri ini. Kedua-duanya boleh digunakan dalam beberapa perkara berikut:

Mengapa Hasilkan Entri 'Tergantung'?

  • Perkenalkan blog baru kendalian anda (blog selain daripada blog yang papar entri tersebut)
  • Umpan pengunjung baru ke blog untuk singgah lagi
  • Menghasilkan entri-entri dominan dan cipta tema serta niche blog anda
  • Menambah pengikut blog
  • Menambahkan pageviews blog
  • Meningkatkan authority blog
  • .... dan banyak lagi kelebihan yang dihasilkan secara tidak langsung.
Apa yang saya nak tekankan dalam entri kali ini ialah bagaimana nak gantung entri anda supaya pengunjung datang lagi?

Tips Mudah Hasilkan Entri Teknik Gantung

Tips mudah - Jangan siapkan entri anda sepenuhnya. Ada ketika, seorang penulis blog sangat ghairah menghasilkan sesebuah entri sehingga ia menceritakan segalanya hanya menerusi satu entri! Cara ini bukan tidak bagus, tetapi alangkah baik kalau cerita 1000 patah perkataan dijadikan 3 entri dengan 300 patah perkataan?

Teknik ini bukan teknik baru. Saya lihat ramai blogger hebat melakukan teknik seperti ini. Contoh mudah ialah Shakiddo dan Eyriqazz. Mereka ada buat entri-entri tergantung yang membuatkan pengunjung mahu tahu cerita selanjutnya. Mereka hasilkan entri yang punyai rentetan cerita, dan antara satu entri dengan entri yang lain punyai 'penyudah' diselitkan.

Katakan anda cerita mengenai kisah anda jumpa seekor anak kucing comel di tepi jalan dengan kaki tempang dan luka bernanah. Bagi peminat kucing, mereka tentu nak tahu kesudahan cerita. Maka, dari satu entri yang cerita anda jumpa anak kucing, anda sudah boleh ada idea untuk hasilkan entri berikutnya ... iaitu kisah anda ubati anak kucing tersebut, atau kisah anda menjaga kucing tersebut menjadi kucing peliharaan anda.

Cerita pertama, anda hanya kisahkan penemuan anak kucing. Anda gantung cerita anda setakat anda bawa balik anak kucing tersebut. Anda biarkan pembaca tertanya-tanya......  anda tulis persoalan-persoalan di akhir entri, supaya buat mereka berfikir dan mahu baca kisah selanjutnya.

Cerita kedua, anda ceritakan mengenai bagaimana anda 'layan' anak kucing yang anda baru jumpa. Apa reaksi ahli keluarga dan seterusnya. Buat cerita yang cukup-cukup untuk menggambarkan tajuk cerita, cukup dengan 300 lebih perkataan ... cukup dengan satu dua gambar.

Cerita tergantung ini boleh juga dianggap sebagai teknik menulis entri berepisod.

Fahamkan, apa maksud teknik gantung entri ni? Ia teknik anda hasilkan entri tanpa kesudahan khusus. Kesudahan sesebuah entri mungkin berada di entri lain, samada di pertengahan cerita, atau di akhir cerita yang dihasilkan dari beberapa entri berkait.

Cubalah, dan anda lihat hasilnya nanti.

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. satu ilmu baru bagi saya.. terima kasih abg HH

    BalasPadam
  2. teknik ni memang digubakan oleh sesetengah blogger... ^_^... terima kasih abang HH atas perkongsian yang bermanfaat ni...

    BalasPadam
  3. Betul tu. Teknik ni memang sangat berkesan. Umpama cerita drama kita tengok. bila best ramai yang nak tengok sambungannya.. =)

    ZH Blogger

    BalasPadam
  4. good info......sangat berguna.......kalau pegi bercuti banyak hari........asingkan by day atau part utk setiap entry.......thanks bro

    BalasPadam
  5. ho.. fahamm.. itu maksudnya.. ingatkan nak gantung kat blog ke apa tadi.. hu2.. hemm.. yea betul.. cotohnya kalau kita masak sesuatu yang sedap.. kita buat entri tapi letak gambo aje.. dan bawah tu kita tulis.. nak resepi ? tunggu entri akan datang.. betul tak HH apa yang teman fahamkan ni? kalau salah sila betulkan yea.. tq HH, banyak sgt tips yang bagus teman dapat dari blog HH ni.. memang idola teman lea HH ni.. hee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak layak dijadikan idola .... cuma ikuti sahaja perkongsian bermanfaat yang ada. Mana yang tak elok tu campak jauh-jauh.

      Padam
  6. aah bagus cara ni..lgpun ianya lebih ringkas. mudah utk dibaca difahami. jg membuat pembaca excited nak tahu cerita seterusnya.
    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    BalasPadam
  7. wahhh tak pernah terfikir pula sblom ni..tq2 ^^

    BalasPadam
  8. erm..menarik tu...leh praktikkan..jom singgah ke blog ShamFariz Iskandar

    BalasPadam
  9. Menarik. Cuba jg jadikan Abg ben tu contoh dalam bt entry :D nampaknya Budu kena asah bakat lg la lepas ni :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement