Gantung Entri Umpan Pengunjung Datang Lagi

Apakah dia teknik gantung entri ini?
Haa... tak perlu garu kepala. Saya nak cerita pada anda, agar nanti boleh dipraktikkan dalam blog. Sebenarnya ada dua teknik gantung cerita atau gantung entri ini. Kedua-duanya boleh digunakan dalam beberapa perkara berikut:
Mengapa Hasilkan Entri 'Tergantung'?
- Perkenalkan blog baru kendalian anda (blog selain daripada blog yang papar entri tersebut)
- Umpan pengunjung baru ke blog untuk singgah lagi
- Menghasilkan entri-entri dominan dan cipta tema serta niche blog anda
- Menambah pengikut blog
- Menambahkan pageviews blog
- Meningkatkan authority blog
- .... dan banyak lagi kelebihan yang dihasilkan secara tidak langsung.
Tips Mudah Hasilkan Entri Teknik Gantung
Tips mudah - Jangan siapkan entri anda sepenuhnya. Ada ketika, seorang penulis blog sangat ghairah menghasilkan sesebuah entri sehingga ia menceritakan segalanya hanya menerusi satu entri! Cara ini bukan tidak bagus, tetapi alangkah baik kalau cerita 1000 patah perkataan dijadikan 3 entri dengan 300 patah perkataan?Teknik ini bukan teknik baru. Saya lihat ramai blogger hebat melakukan teknik seperti ini. Contoh mudah ialah Shakiddo dan Eyriqazz. Mereka ada buat entri-entri tergantung yang membuatkan pengunjung mahu tahu cerita selanjutnya. Mereka hasilkan entri yang punyai rentetan cerita, dan antara satu entri dengan entri yang lain punyai 'penyudah' diselitkan.
Katakan anda cerita mengenai kisah anda jumpa seekor anak kucing comel di tepi jalan dengan kaki tempang dan luka bernanah. Bagi peminat kucing, mereka tentu nak tahu kesudahan cerita. Maka, dari satu entri yang cerita anda jumpa anak kucing, anda sudah boleh ada idea untuk hasilkan entri berikutnya ... iaitu kisah anda ubati anak kucing tersebut, atau kisah anda menjaga kucing tersebut menjadi kucing peliharaan anda.
Cerita pertama, anda hanya kisahkan penemuan anak kucing. Anda gantung cerita anda setakat anda bawa balik anak kucing tersebut. Anda biarkan pembaca tertanya-tanya...... anda tulis persoalan-persoalan di akhir entri, supaya buat mereka berfikir dan mahu baca kisah selanjutnya.
Cerita kedua, anda ceritakan mengenai bagaimana anda 'layan' anak kucing yang anda baru jumpa. Apa reaksi ahli keluarga dan seterusnya. Buat cerita yang cukup-cukup untuk menggambarkan tajuk cerita, cukup dengan 300 lebih perkataan ... cukup dengan satu dua gambar.
Cerita tergantung ini boleh juga dianggap sebagai teknik menulis entri berepisod.
Fahamkan, apa maksud teknik gantung entri ni? Ia teknik anda hasilkan entri tanpa kesudahan khusus. Kesudahan sesebuah entri mungkin berada di entri lain, samada di pertengahan cerita, atau di akhir cerita yang dihasilkan dari beberapa entri berkait.
Cubalah, dan anda lihat hasilnya nanti.
waaaa.... mcm menarik...
BalasPadambetul3.....masih blur ttg blog. Kena rajin2 buat entry
BalasPadamklik sini untuk ke entri terbaru pakar
satu ilmu baru bagi saya.. terima kasih abg HH
BalasPadamteknik ni memang digubakan oleh sesetengah blogger... ^_^... terima kasih abang HH atas perkongsian yang bermanfaat ni...
BalasPadamBetul tu. Teknik ni memang sangat berkesan. Umpama cerita drama kita tengok. bila best ramai yang nak tengok sambungannya.. =)
BalasPadamZH Blogger
good info......sangat berguna.......kalau pegi bercuti banyak hari........asingkan by day atau part utk setiap entry.......thanks bro
BalasPadamSama-sama .. :)
Padamho.. fahamm.. itu maksudnya.. ingatkan nak gantung kat blog ke apa tadi.. hu2.. hemm.. yea betul.. cotohnya kalau kita masak sesuatu yang sedap.. kita buat entri tapi letak gambo aje.. dan bawah tu kita tulis.. nak resepi ? tunggu entri akan datang.. betul tak HH apa yang teman fahamkan ni? kalau salah sila betulkan yea.. tq HH, banyak sgt tips yang bagus teman dapat dari blog HH ni.. memang idola teman lea HH ni.. hee..
BalasPadamSaya tidak layak dijadikan idola .... cuma ikuti sahaja perkongsian bermanfaat yang ada. Mana yang tak elok tu campak jauh-jauh.
PadamSatu teknik yang menarik.
BalasPadamaah bagus cara ni..lgpun ianya lebih ringkas. mudah utk dibaca difahami. jg membuat pembaca excited nak tahu cerita seterusnya.
BalasPadamAyu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
wahhh tak pernah terfikir pula sblom ni..tq2 ^^
BalasPadamerm..menarik tu...leh praktikkan..jom singgah ke blog ShamFariz Iskandar
BalasPadamMenarik. Cuba jg jadikan Abg ben tu contoh dalam bt entry :D nampaknya Budu kena asah bakat lg la lepas ni :D
BalasPadamooo. Nak cubalah.
BalasPadamterima kasih.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.