Ramai antara kita suka kongsi entri di medium sosial terutama Facebook. Tetapi, ramai yang tidak tahu cara yang terbaik untuk membolehkan setiap entri yang dikongsikan itu mendapat klik yang sewajarnya. Kali ini, saya nak kongsikan satu petua, iaitu bagaimana entri yang dikongsi di laman sosial seperti Facebook itu akan diklik yang kemudiannya menjana trafik untuk blog anda.

Kesilapan yang ramai blogger Malaysia lakukan ialah tidak menerangkan apa yang dikongsikan itu. Semua perkongsian dibuat sambil lewa tanpa bersungguh-sungguh. Hanya copy dan paste link atau URL entri dalam blog. Tak diletakkan caption, tak diletakkan penerangan, tak ada sebarang ayat pun yang diberikan bagi membuatkan pemilik-pemilik akaun Facebook mahu klik pautan entri tersebut.
Petua Klik Entri Menerusi Facebook

Petua Klik Entri Menerusi Facebook

Cara yang betul yakni petua ramai blogger berjaya dapat klik menerusi Facebook ialah dengan membuat ayat-ayat pemikat, yang membolehkan orang tak sabar-sabar nak klik pautan yang diberikan. Ayat-ayat pemikat ini pernah saya kongsikan sebelum ini menerusi teknik menjana trafik blog dari Facebook.

Petua yang perlu anda ikut ialah,
  • Sila tuliskan serba sedikit mengenai entri anda itu. Cara paling mudah ialah dengan ambil perenggan pertama entri anda dan letakkan di Facebook, letakkan pautan atau URL entri anda untuk mereka yang mahu tahu untuk klik.
  • Pastikan ada gambar menarik yang boleh bantu orang lain untuk klik entri anda tersebut. Gambar tersebut samada anda muat naik sendiri di Facebook, atau guna gambar yang ada dalam entri. Untuk membolehkan gambar dalam entri itu keluar di Facebook, pastikan ia berada antara awal dan tengah entri anda.

Selamat mencuba.


22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas perkongsian yg sgt bermakna ni

    BalasPadam
  2. perkongsian menarik...boleh praktikkan :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih, nice sharing.. gambar n ayat menarik lebih menarik perhatian orang tuk baca apa yang kita kongsikan ^_^
    Dari Aminin[dot]My

    BalasPadam
  4. Thankz atas perkongsian.. in shaa Allah lepas nie praktik..

    BalasPadam
  5. good sharing. InsyaAllah, akan dipratikkan selepas ini.. :)

    BalasPadam
  6. bg sy gmbar yg slalu menarik minat selain dr tajuk...ehehe

    jom bg idea..bole dpt hadiah free - http://eirza.blogspot.com/2014/01/nak-hadiah-free-tak-jom-grab-peluang-ni.html

    BalasPadam
  7. terima kasih perkongsian fb ini sifu HH. saya suka.

    BalasPadam
  8. nak try letak ayat pancing perhatian tapi masih dalam lingkungan tajuk asal pun boleh kan :)

    BalasPadam
  9. umpan ku selama ni tak menjadi lah yer..huhu..anyway, perkongsian yang menarik dan berguna untuk blogger mcm saya..

    BalasPadam
  10. Betul juga apa yang dikatakan oleh HH. Lepas ni kena letak description

    BalasPadam
  11. yezza~ thanks untuk informasi :))

    BalasPadam
  12. Betul tu bro, kena terangkan sedikit apa yang kita kongsikan itu, lagi satu tumpukan pada page tertentu, macam artikal saya berkaitan motorsikal saya kongsikan di fan page motorsikal

    BalasPadam
  13. Terima kasih utk tip nya. Insyallah akan diperbetulkan kesalahan ini .

    BalasPadam
  14. assalamualaikum hh...perkongsian info yg menarik...:)

    BalasPadam
  15. thank bro..nanti saya letakkan ayat-ayat menggoda sikit..sebelum ni kalau rajin letak ayat-ayat tu..kalau malas pakai paste url link sahaja..hehe

    BalasPadam
  16. Thanks HH..tips yang berguna ni coz fB hits memang rendah kat blog kita!!!

    BalasPadam
  17. selalu jugak tak letak caption atau ayat pada entry yang di post di fb..thanks ingatkan sy...Tips yang amat berguna..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement