Label Pada Blogspot Tidak Diindeks
Agak mendukacitakan label dalam blogspot hanyalah sekadar label tanpa ada kesan langsung pada SEO (Search Engine Optimization). Berbeza dengan fungsi tag yang ada dalam blog wordpress, yang walaupun fungsinya lebih kurang sama, tetapi dibenarkan terindeks dalam enjin carian.URL pada blogspot yang menggunakan label seperti contoh ini - http://www.hasrulhassan.com/search/label/PANDUAN%20MENULIS%20BLOG hanya akan jadi sebuah URL tanpa impak positif dalam SERP. Letaklah berapa banyak label pada satu-satu entri dalam blogspot, ia hanyalah sebuah cara untuk mengkategorikan sahaja entri tersebut. Ia langsung tidak akan beri kesan pada SEO atau SERP.
Jadi, ia agak mendukacitakan sebenarnya. Yelah, anda dah label baik punya keyword, tapi tak terindeks. Rugi banyak tu ... sebab ada entri yang benar bermutu dengan label yang cukup baik tidak berada di enjin carian.
Tips Optimasi Label Blogspot
Untuk atasi perkara ini, dan membolehkan label turut diambil sebagai salah satu entri untuk terindeks di enjin carian ialah dengan meletakkan breadcrumbs dalam blog. Anda boleh Google cara nak letak breadcrumbs ini dalam blogspot anda ...Satu lagi cara ialah dengan menjadikan semua link atau URL berkaitan label sebagai no follow. Ini termasuklah link label di menu, di sidebar mahupun di kaki blogspot anda.
Caranya ialah dengan hanya meletakkan "rel=nofollow" di penghujung setiap URL label tersebut.
Dengan ini, akan membolehkan lebih banyak URL lain mendapat perhatian oleh robot enjin carian apabila mahu mengindeks blog kita.
Robot carian lebih suka kepada link yang ada dofollow untuk cari kata kunci tertentu dan indeks dalam pengkalan data carian, selain salah satu faktor untuk berikan Google Pagerank yang lebih baik buat sesebuah blog.
jadi kalau tak buat label pun tak apalah sebenarnya ek untuk blogspot... bukan satu keperluanlah kalau kita tak nak...
BalasPadamYa, hanya untuk kemudahan sendiri sebenarnya ...
Padambaru tahu.... tq HH
BalasPadammemang mengecewakan buat pengguna blogspot
BalasPadamoo..kalau gitu adakah bila guna wordpress,maka x akan ada lagi blogspot.com dibelakangnya...gitu?
BalasPadamOhh bukan.. silap faham ni Kak Tie . bukan berkaitan wp kalau guna tak ada blogspot kat belakang tu. WP memang lain dari Blogspot ... jadi memang tak sama pun .... WP ni ada macam2 plugin untuk SEO tak mcm blogspot yang kena usaha sendiri oleh blogger
Padamoo macam tu ea..ingatkan google indek gak.
BalasPadamTak .. dia tak indeks, saya perasan benda ni semasa tgk Google Authority
Padamoo..macam tu ya HH..sorry lama tak komen kat sini. tapi baca hari2..hehehe
BalasPadamBaru tau. wp memang banyak kelebihan tp lebih berminat dgn blogspot.
BalasPadamAssalammualaikum..bro HH,
BalasPadamnice sharing...
mselim3
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.