Salam Tahun Baru 2014. Nampaknya 2013 sudah meninggalkan kita. Cepat betul masa berlalu, dan blog ini juga sudah menjangkau usia hampir 4 tahun. Suka duka tahun 2013 kini terlipat dalam memori. Dan kita, yang ada blog cukup beruntung kerana setiap cerita dan kisah telah kita catatkan dalam blog sebagai kenangan di alam maya. Banyak perkara telah berlaku di tahun 2013. Dan entri ini nak membawa anda kembali kepada beberapa peristiwa dan kisah dunia yang dicari menerusi enjin carian Bing.

Kisah Dunia 2013 Paling Dicari di Bing

Menduduki carta teratas dalam carian Bing untuk peristiwa atau kisah dunia 2013 paling dicari oleh pengguna internet ialah ...

1. Royal Baby Born (Kelahiran Putera Sulong Duke dan Duchess of Wales)

Kelahiran putera sulong kepada pasangan Diraja Wales (Duke and Duchess of Wales) William dan Kate pada 4:24 petang 22 Julai 2013. Bayi lelaki pasangan tersebut dilahirkan di Hospital St Mary yang terletak di Paddington, barat London, dengan berat 3 kg.

2. Boston Marathon Bombing (Pengeboman Marathon Boston)

Antara kejadian yang paling mengejutkan dunia apabila ledakan bom berlaku di sebuah acara marathon yang berlangsung di Boston, Amerika Syarikat. Kejadian letupan yang melibatkan 2 butir bom buatan sendiri yang dibuat menggunakan periuk tekanan meletup pada 15 April 2013 jam 2:49 petang. Ia mengorbankan 3 orang dan dianggarkan lebih daripada 260 orang cedera dalam kejadian. Dua bom tersebut meletup dengan jarak antara 190m sesama sendiri, berdekatan dengan garisan penamat di Boylston Street.

3. Cleveland Kidnapping (Penculikan Cleveland)


Pada 6 Mei 2013, 3 wanita dari Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat iaitu Amanda Berry, Georgina "Gina" DeJesus, dan Michelle Knight telah diselamatkan dari kurungan sebuah rumah yang dipunyai oleh penculik bernama Ariel Castro. Wanita tersebut telah diberitakan hilang sekitar tahun
2002 dan 2004.
Pada 26 Julai 2013, penculik bernama Castro mengaku bersalah kepada 937 jenayah termasuklah merogol. menculik dan percubaan membunuh. Penjenayah ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, dengan tambahan 1000 tahun penjara.

4. George Zimmerman Trial (Perbicaraan George Zimmerman)

Ia merupakan perbicaran kes berprofil tinggi yang berlaku di Florida. Ia mendapat liputan meluas dan mendapat perhatian 24 jam daripada televisen kabel di Amerika Syarikat. Perbicaraan ini berkaitan dengan pembunuhan Trayvon Martin yang telah berlaki pada 26 February 2012.

5. Gun Rights (Hak Penggunaan Senjata Api)

Antara perdebatan paling hangat pada tahun 2013. Ia berkaitan pemilikan senjata api oleh rakyat Amerika Syarikat. Kerajaan Amerikan telah membuat beberapa pindaan kepada akta senjata api negara tersebut yang menyekat 'kebebasan' pemilikan senjata api untuk rakyatnya. Pindaan akta tersebut mendapat tentangan ramai.
Begitulah 5 carian teratas dalam Bing pada tahun 2013. Dan berikut pula adalah carian tertinggi yang lain, termasuklah berkaitan Tesla, Syria, Anthony Weiner, kenaikan harga minyak serta Fiscal Cliff.

Kredit: Bing.com


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement