Harga ikan naik memang tidak boleh dielakkan. Bukan masalah harga petrol naik, bukan masalah cukai naik. Ianya masalah biasa dalam pasaran. Ia masalah yang berlaku apabila nelayan tidak turun ke laut. Ia masalah apabila cuaca menjadi penyebab. Maka, harga ikan naik secara 'automatik' apabila permintaan melebihi pengeluaran.

Beli Ikan di Pasaraya Lebih Murah

Jika di bandar besar, mungkin perkara ini dilihat disebabkan perkara lain. Tetapi di bandar-bandar kecil terutama yang berdekatan dengan laut, yang selalunya bekalan ikan segar diterima daripada nelayan tempatan, harga ikan yang melambung seoalah dapat diterima dengan rela hati oleh masyarakat setempat.

Seperti saya yang menetap di Nibong Tebal  berdekatan dengan Parit Buntar, harga ikan, udang, ayam serta daging di sini dianggap sering berubah-ubah mengikut permintaan semasa. Adakala, anda boleh dapat ikan kembong di pasar basah biasa dengan harga serendah RM2 sekilo. Ada masa sehingga RM10 sekilo.

Macamana leh jadi begitu? Berlaku apabila lambakan ikan kembong terdapat dalam pasaran, terutama apabila banyak nelayan pantai turun ke laut dan mendapat hasil lumayan serupa. Begitu juga dengan harga daging segar, adakala semurah RM15 sekilo, ada masa melambung sehingga RM25-30 sekilo.

Harga ayam segar juga disini banyak variasi. Di kawasan Parit Buntar dan Nibong Tebal, banyak ladang ternak ayam. Jadi, harga ayam segar boleh serendah RM5.50 dan boleh menjadi semahal RM7.90 sekilo. Perbezaan harga yang jelas selalunya berlaku di pasar basah biasa, dan juga di kedai runcit basah yang ada di sekitar sini.
Berbeza dengan beberapa pasaraya yang ada. Selalunya harga ikan, udang, daging atau ayam lebih rendah. Di Parit Buntar ada beberapa pasaraya basah yang menjadi kunjungan masyarakat setempat - Econsave, SK Fresh Mart, 99 Fresh Mart serta Pasaraya Roshaniza.

Ikan Segar Harga Semasa

Jika mahu dapatkan ikan segar yang masih lagi menguap-nguap atau melompat-lompat, ada jeti nelayan dan peniaga ikan basah kecil tepi jalan yang menjual. Beza harga tak banyak , sekitar RM1-3 untuk sekilogram, malah ada masa harga ikan segar di jeti jauh lebih murah dengan di pasaraya atau pasar basah sedia ada.

Tips Beli Barangan Basah Murah

Apapun, secara amnya terdapat pilihan yang pelbagai untuk mendapatkan barangan basah. Dan apabila keadaan harga tidak menentu berlaku, saya akan beli ikan di pasaraya yang ada, kerana harganya lebih murah - ini mungkin disebabkan kapasiti sesebuah pasaraya itu yang mengambil bekalan jauh lebih banyak dari peniaga pasar biasa, lalu dapat menawarkan harga yang lebih baik.

Jika pasaraya A jual ikan lebih kurang harga peniaga tempatan biasa, boleh lihat pasaraya B. Yang penting, kena buat perbandingan harga, jika tidak secara terperinci, lakukan sahaja secara kolektif.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

Kuasa beli kita semakin berkurangan.

Reply

Assalam
Pemodal besar biasanya menang.

Reply

Tapi kena berhati2 juga beli di pasaraya

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.