Langkau ke kandungan utama

Belajar Kesabaran Pemancing Udang Galah

Bila anda berada di dalam dunia blog Malaysia, kesabaran adalah perkara utama untuk berjaya. Anda tidak boleh mengharapkan kejayaan diraih dalam masa singkat. Anda perlu belajar untuk merangkak, berdiri, bertatih, berjalan dan kemudian berlari ke garisan kejayaan. Jika mahu belajar mengenai kesabaran, cuba contohi pemancing udang galah.

Seorang pemancing udang galah adakala perlu berada sehari semalam untuk meraih tangkapan. Bukan mudah nak memancing satu spesies hidupan air yang bernilai tinggi ini. Peralatan, kaedah semuanya berbeza daripada pemancing biasa.

Tips Memancing Udang Galah Mudah

Sebagai seorang pemancing udang galah, anda perlu ada joran spesifik untuk memancing udang, bukan joran biasa. Pemancing udang perlu menggunakan joran yang hujungnya mudah melentur dan melentik, perlu lembut supaya dapat mengesan udang galah yang sedang makan umpan.
Lokasi popular menjerat udang galah di Nibong Tebal/Parit Buntar
Umpan pula bukan umpan sebarangan. Ada tempat perlu guna umpan hati ayam, ada lubuk kena guna umpan cacing tanah atau umpun-umpun. Ada pula tempat yang gunakan hanya tepung, belacan dan kunyit. Malah ada tempat si pemancing perlu mencari perut ayam sebagai bahan menawan si sepit biru.

Sabarnya Si Pemancing Menunggu Umpan Dimakan Udang

Itu satu hal. Nak menunggu udang galah makan umpan pula satu hal yang lain. Anda perlu ada banyak joran, paling minima seorang pemancing udang mesti nak ada 5 batang joran. Mata kail mesti jenis bulan sabit yang halus. Kalau mahu menduga sesuatu lubuk, perlu ada 2 jenis umpan berlainan.

Ada sifu udang galah memberitahu saya, sebelum memancing udang, anda perlu taburkan belacan untuk menarik perhatian si sepit biru. Ada pula yang mengesyorkan untuk taburkan kelapa parut yang digoreng dengan udang geragau. Ada yang berpetua kempal-kempalkan tanah cacing dan lemparkan ke bahagian tempat memancing.

Kesabaran Pemacing Udang dalam Semua Hal

Semua kaedah, petua dan teknik yang digunakan memerlukan kesabaran. Nak menunggu udang galah memakan umpan juga ambil masa. Jika anda bukan seorang yang sabar, 1-2 jam berlalu tanpa hasil, pasti akan bosan.

Tapi bagi mereka yang benar-benar mahu menjerat si sepit biru, pasti akan mencari jalan terbaik supaya joran yang dipasang menjerat sepit biru yang sedap dibuat lauk masak lemak cili api atau rendang udang menyelerakan.

Pemancing Sabar Ditertawakan

Ada pemancing udang galah yang awalnya tewas ditertawakan oleh mata melihat. Al maklumlah, sehari suntuk panas meremang, hasil dari 13 batang joran yang dipasang hanya seekor yang dapat. Tak mengalah. Tak pula menjerkah. Esok pemancing udang galah datang lagi ... menduga lubuk yang sama atau mencari tempat lain demi mengumpan si sepit biru.
Dengan usaha, dengan sabar ... ada pemancing udang galah yang tersenyum riang dan gembira kerana boleh makan sepit biru hasil keringat sendiri. Apatah lagi dapat merasa masakan enak udang galah fresh bersama anak-anak serta isteri. Terasa berbaloi.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Ada cara lain untuk mempercepatkan hasil tangkapan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna umpan percuma tu ... taburkan tanah cacing, kelapa masam ... 30 minit sebelum memancing .... pastikan air tidak mengalir deras, lebih elok dapatkan tanah dasar sungai dan kepalkan bersama ramuan tersebut.

      Padam
  2. Cara memancing yang terbaik untuk di amalkan..hehehe.

    BalasPadam
  3. lokasi pancing udang galah yg dah lama sy tinggalkan , Sungai Kerian ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …