Langkau ke kandungan utama

3 Tips Tulis Entri Ribuan Facebook Likes

Aha, saya dah lama nak kongsi tips dan panduan blogger blogspot ni iaitu cara nak tulis entri yang boleh mendapatkan ribuan likes. Sebenarnya, saya baru je nampak keberkesanan kaedah ini di blog saya. Walaupun sebenarnya dah banyak blog yang telah melakukannya; tapi kalau belum dibuktikan, takkan saya nak war-warkan kepada anda  ... ye tak?

Dan tak sangka percubaan saya memang berjaya. Saya ingat ia satu kebetulan, tetapi saya buktikan menerusi dua entri yang baru-baru ini saya terbitkan. Dua-dua entri tersebut berjaya mendapat lebih daripada ribuan facebook likes tanpa saya sangka!

3 Tips Menulis Entri Yang Mendapat Ribuan Facebook Likes

Lihat dua entri saya yang berjaya mendapat ribuan facebook likes ini ...
Tips Tulis Entri Dengan Ribuan Facebook Likes
Tips Tulis Entri Dengan Ribuan Facebook Likes

Tiada trik, tiada penggunaan software bagai. Apa yang saya buat ialah menulis entri tersebut ikut sesedap rasa dan kemudian kongsikan di Facebook. Dan perkongsian saya itu telah membuahkan hasil. Serius berbaloi.

Entri ini akan mendedahkan teknik dan cara saya sehingga membolehkan dua entri saya mendapat lebih daripada 3000 likes menerusi Facebook. Anda boleh praktikkan cara ini, namun saya nasihatkan anda ... tak semestinya dua tiga kali buat cara ini anda akan berjaya ya ... banyak aspek lain diambil-kira, tetapi saya kongsikan mana yang ada di ingatan dan berdasarkan pengalaman sebenar saya.

Tips 1 - Pendapat Ikhas dan Bernas Anda

Tulis entri berkaitan pendapat. Selalunya pendapat ini ada dua kategori, satu untuk memuji, satu lagi untuk menghentam ... tapi, saya lebih suka buat entri berdasarkan pendapat ikhlas. Dan untuk memberikan impak, lihat isu, cerita, serta berita terhangat yang sedang diperkatakan. Pertuturkan pendapat anda seikhlas mungkin berdasarkan apa yang difikirkan betul dan benar. Jangan terlalu bercerita soal isu, tetapi bercerita tentang apa yang anda fikirkan, fakta-fakta anda, bukti-bukti anda, pengalaman-pengalaman anda.

Tips 2 - Berikan Jawapan Kepada Masalah Ramai

Tulis entri berkaitan informasi yang boleh memberikan jawapan kepada masalah orang lain. Bermaksud anda berikan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Saya nampak banyak blog hebat yang kongsikan informasi seperti tips, tutorial berjaya mendapat facebook like kerana entri-entri yang disediakan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk lebih cepat mendapat perhatian, saya syorkan anda melihat permasalahan sekeliling ... apa yang sering orang ramai rungutkan. Sebagai contoh, servis Maxis, servis Astro kurang memuaskan, dan anda cuba selesaikan ikut cara anda, kongsikan pengalaman anda itu dan berikan penyelesaian kepada orang lain untuk hadapi masalah itu.

Tips 3 - Mudahkan Orang Lain Mengetahui Mengenainya

Tulis entri yang memudahkan orang lain mengetahuinya. Contohnya macam anda pergi ke laman web organisasi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan .... dalam laman web itu ada banyak informasi berguna yang boleh anda kongsikan. Cuba cari mana-mana bahagian penting yang nampak susah nak akses, tetapi anda buat satu entri mengenai bahagian tersebut. Hmm macam inilah, dalam laman web Kementerian Pendidikan, ada portal untuk semak keputusan peperiksaan sekolah, maka anda ambil butiran bahagian tersebut dan jadikan entri anda. Buat menggunakan bahasa anda sendiri, dan kalau boleh ... anda tunjukkan cara dan kaedah berdasarkan pengalaman anda sendiri menggunakannya.

Ok. Saya fikir cukuplah 3 tips ini yang dapat saya berikan. In Sha Allah, lain kali jika termuncul dalam kepala otak saya lagi ... akan saya kongsikan kepada anda.

Teruskan singgah hari-hari dan godeklah segala ilmu blogging yang telah saya kongsi dan serah kepada anda untuk dipraktikkan. In Sha Allah, anda akan berjaya buat.

p.s: Entri ini republish

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Itu adalah antara tips yang baik..Selamat Mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bermanfaat buat semua

      Padam
  2. terima kasih diatas info ini tuan...

    BalasPadam
  3. terbaik la bro HH.. Nanti nak try

    terima kasih :)

    BalasPadam
  4. terima kasih tuan HH atas tips

    BalasPadam
  5. menarik ni..boleh cuba...

    BalasPadam
  6. terima kasih..tips yang sangat berguna..teknik ini saya cuba pada entri yang saya tulis..tp mungkin blog saya masih belum dikenali..sebab itu masih kurang like...tak mengapa..usaha tangga kejayaan..dari www.tepakku.com

    BalasPadam
  7. T kasih diatas perkongsian tips HH.. :)

    BalasPadam
  8. Thanks Bro HH sangat2... Tips yg sangat berguna.. Sebab LeYa nak naikkan kembali blog LeYa yg dah lama menyepi ni

    BalasPadam
  9. Pawa tu... ribu riban punya engagement.

    BalasPadam
  10. ya betul, entri macam tu la yang orang duk cari..bukan entri macam majalah..ahaha

    BalasPadam
  11. perkongsian yang amat baik sekali..
    Jarang sekali penulis yang sudi berkongsi ilmu seperti ini..

    Posting terbaru AM
    5 bahaya MSG kepada badan manusia


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam
  12. memang benar sekali ... tips tips seperti itulah yang banyak dicari di FB

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …