Langkau ke kandungan utama

Kaut Untung Blog Entri Sama

Saya tengok banyak sangat dah blog yang tulis benda sama, benda berulang. Yang bestnya ... dari susunan ayat, tanda seru, tanda noktah, huruf besar, huruf kecil, malah kesilapan ejaan pun sama. Hmmm saya fikir positif .. mungkin blog itu dari penulis yang sama. Yelah, ramai blogger sekarang buat blog dengan cara cukup mudah, ada banyak blog .. isi sama. Tujuan mereka, nak kaut untung dengan iklan - samada Nuffnang, Advertlets, ChurpChurp, Adsense dan semua-semua itulah.

Kaut Untung Blog Entri Sama

Hmm kaedah nak dapat duit online menerusi blog tu .. memang betul. Ada banyak blog, leh letak banyak iklan dari platform pengiklanan. Campur-campur earnings daripada blog-blog tu, busuk-busuk pun leh bayar bil internet .. ye tak?

Tapi sayanglah, cara macam ini hanya akan buatkan dunia blog Malaysia dicemari dengan blog-blog sampah. Maaf kata, ini bukan isu baru ... malah sekitar tahun 2010 dulu, dah hangat diperkatakan mengenai blog-blog sampah ini. Semak je. Yang jadi kecewa adalah pengunjung blog. Mana tidaknya, nak baca entri ... tapi baca benda sama yang pernah mereka baca dari blog lain. Yang nampak catchy mungkin sebab tajuk entri tersebut yang disensasikan.
blog sampah dalam dunia blog Malaysia

Blog sampah. Ya, memang agak keras. Tapi itulah hakikatnya. Seorang blogger boleh ada sehingga 5-10 blog yang semuanya blog guna pendekatan sama - copy dan paste. Mudah. Nama blog lain, penulis sama, entri salin bulat-bulat. Boleh kata effortless. Tak pernah dengar mereka mengeluh pun sebab tak ada idea nak tulis entri ...

Orang lain buat entri hasil idea dan fikir sendiri, berhempas pulas usaha nak naikkan blog. Andai kata budaya ini berterusan, ramai yang mahu blog mereka diketahui ramai tak dapat nak buat dah .. langsung kecewa, lalu tutup blog. Ramai kawan-kawan blogger yang dah tutup blog ... saya tahu dan saya nampak.

Sebab nak kaut untung, nak buat income menerusi blog punya pasal, ada buat jalan mudah. Kasihan rakan blogger yang ada passion tinggi nak menulis blog kerana minat sebenar.

Macamana nak dapat respect, macamana orang nak tabik dengan kita, jika kita tak layak untuk mendapatkannya. Maka, elakkan dari menghasilkan blog yang dihasilkan sebab nak untung sorang-sorang ni .... elakkan jadi penyumbang kepada lambakan blog sampah yang ada dalam dunia blog Malaysia.

p.s: Saya dulu penulis blog sampah, serius cakap ... tapi bertahun berblog tak hasilkan apa-apa, jika ada pun kejap je .. lepas tu? Hmm .... jangan buat kesilapan yang telah saya buat ...




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Sangat setuju bang. Saya perasan benda ni. Masa awal2 berjinak sekitar 2008/2009 dulu, isi blog di Malaysia lebih berilmu. Penulis berilmu, pengomen berilmu, pembaca bertambah ilmu. Sekarang, gayanya seakan duk share status FB sahaja. Maaf cakap, yang komen pun disebabkan nak "pertalian" kunjung-mengunjung tak putus, memaksa diri untuk komen juga walau sepatah "good". Bagus memastikan perhubungan antara bloggers erat..tapi bagi saya, saya cukup hargai dan sangat mengharapkan komen y membina bukan yang membunga saja. Thanks sebab approve komen ni.

    BalasPadam
  2. Berkemungkinan mereka ini hanya sekadar ingin mengikut untuk berblog..hanya terikut-ikut sahaja..tanpa mempunyai matlamat tersendiri semasa menghasilkan blog..dari www.tepakku.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah yang mahu diperbetulkan, jangan terikut-ikut. Nanti masalah yang wujud dewasa ini akan menular dalam dunia blog.

      Padam
  3. fenomena ni saya dah nampak pada 1 blogger yang mula meningkat naik dengan membuka banyak blog tapi kandungan entri bukan saja banyak entri copy paste tp kebanyakkan sama jer dalam setiap blog dia. biarpun dia memilih konsep blog informasi.. tapi rasanya berblog dengan ikhlas. keikhlasan dia menyampaikan informasi tu dah tak nampak biarpun infomasi dia pada saya kadang2 berguna cuma tu la.. kalau niat & cara tu baik.. 1 blog tu dah cukup untuk sampaikan informasi tak perlu bukan 5 - 10 blog semata2 nak meraih pendapatan lebih tp isi setiap blog sama je. yup setuju dengan gelaran blog sampah

    BalasPadam
  4. tabik spring dengan entry ini..

    BalasPadam
  5. Nak buat blog banyak - banyak lah haha

    BalasPadam
  6. saya ada terbaca juga beberapa entri yang memang sama 1 artikel ..copy paste 100%..ish ish ish...

    BalasPadam
  7. Assalam
    Banyak kali jumpa sedemikian rupa

    BalasPadam
  8. ptt la sy penah bce 2-3 blog ayat yg same..xpenah terpikir kemungkinan penulis nye same..sy cume pikir maybe copy paste org lain punye...erm sy berblog dh lame...sjak zaman study tp lebih kpd personal blog..time tu setting "private"...cume thn ni baru open to public... =)

    minat tulis blog...tp pengisian lbh kpd hal2 diri sndiri yg sy fikir mungkin satu ari nnt ade pengajaran yg sy bole kutip dr sejarah idup sndiri..or skdar kenang2an di mse akan datang =)

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum...bro HH,

    Blog copy paste nie.. mmg tak pernah berkesudahan...

    mselim3

    BalasPadam
  10. setuju dengan entri ini, copy paste satu hal, satu lagi saya juga kurang gemar dengan penggunaan bahasa atau ayat "merapu" yang kita susah nak baca apa lagi nak sebut.cthnya jew,skunk dan macam-macam lagilah..

    BalasPadam
  11. saya tak kisah jika blog tu perkongsian peribadi... dapat juga bertambah kenalan... tapi bila blog informasi boleh dikatakan hampir semua isi yang sama..... copy paste.... pada pendapat saya lebih baik jika kita ulas isi blog rujukan dan cuba beri pendapat menggunakan ayat sendiri... lebih genuine orang kata... sekadar pendapat saya... =)

    BalasPadam
  12. blog informasi memang ada yang copy paste, kesian jika tidak di beri kredit asal.. tetapi pada saya jika pada saya tidak memberi kesan kepada blog saya kira ok walaupun dia hanya mencuri gambar ataupun maklumat..

    BalasPadam
  13. kalau nak ckp pasal copy paste..memang penomena blog skerang..

    kadang 2...langsung tiada yg di edir..full2 di copy

    myb dia setakat nak dpt income berdasarkan perkongsian ilmu yang di share dr blog lain..huhu

    BalasPadam
  14. setuju sangat dengan entri ni. Ramai orang yang berblog tapi copy dan paste artikel orang bila tak ada idea nak tulis. Lebih parah lagi tak berikan kredit pulak tu....memang sampah!

    BalasPadam
  15. belajar dari kesilapan..ada blogger tertentu suka copy paste berita @ informasi yang sama jalan ceritanya abgi meraih populariti.,...

    BalasPadam
  16. walaupun visitors ramai tetapi blog macam tu tak ada sentuhan peribadi, pengiklan akan mengelak blog seperti itu...

    jadi, fikirlah keuntungan jangka panjang

    BalasPadam
  17. blog2 informasi la selalu sangat ada entri copy paste ni...ayat memang sebiji2 salin bulat2...dan lagi satu blog macam tu memang penuh iklan...nak kaut untung ke apa?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…