Bila Blogger Berlagak Sebagai Wartawan

Hentikan berlagak seperti seorang wartawan. Cukup-cukuplah entri yang kaut bulat-bulat dari media massa. Saya nampak ramai blogger yang ambil jalan mudah dengan cekup dari A sampai Z sesuatu berita, walhal mereka tiada sedikit pun informasi sebenar mengenainya.

Saya pernah melakukan kesilapan ini. Naif. Hanya kerana mahukan trafik mudah, saya cedok bulat-bulat berita, tak ada ungkapan atau tulisan yang saya tulis sendiri. 100 peratus tiru. Memang mudah, tak perlu nak susah payah fikir ayat, tak susah payah nak pergi dapatkan maklumat terperinci.

Itu kesilapan pertama, kesilapan dan salah kedua saya ialah tiada backlink diberikan, malah nama penulis asal artikel tersebut saya tak nyatakan. Kasihan pada yang penat lelah tulis berita dan cerita tersebut. Semua ini kerana gara-gara mahu menempatkan blog di carta trafik blog dan laman web Malaysia. Oh ... alangkah salahnya saya ketika itu.

Tulis entri, yang ambil dari sumber berita, ambil dari blog orang lain ... lepas tu tutup mata, dan kaku jari untuk tulis sumber dari mana. Apabila kena tanya dek pengunjung blog; tak dapat nak menjawab, diam senyap ... nyata ketika itu saya tidak bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis dan sebarkan.

Berlagak seolah inilah tulisan milik saya. Berlagak seperti seorang wartawan, tapi haram ... tak ada satu nota yang ada di atas meja pun apabila menulis entri tersebut. Hanya menggunakan Ctrl-C dan Ctrl-V. Mudah cepat buat entri. Siap terus terbitkan, kemudian hebah sana sini di laman sosial.

Jangan lakukan kesilapan ini. Jika anda mahu menjadi seorang blogger yang dihormati, disegani, dan mempunyai kredibiliti sebenar, hentikanlah buat entri yang berlagak seolah anda seorang wartawan yang terkejar sana-sini mencari berita.

Jika mahu sebarkan berita dan isu semasa sekalipun, buat secara betul, buat seperti seorang blogger dan bukan seperti seorang wartawan. Anda ada pendapat sendiri - nyatakan. Anda ada pengalaman unik - ceritakan. Anda mahu ulas - buatlah ayat sendiri. Keunikan menjadi blogger, ialah anda menulis bukan atas arahan, anda tulis tanpa perlu ke meja editor dan anda menulis kerana ia luahan, pemikiran, serta emosi anda.

Yakin dengan kemampuan diri anda dalam menulis dan menerbitkan entri sendiri. Mengapa perlu bergantung kepada orang lain? Mahu jadi blogger sebenar, maka belajarlah jadi blogger ... dan bukan berlagak sebagai seorang wartawan.


COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Sistem Saham
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,126,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,10,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,150,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,367,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,818,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,334,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,34,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,59,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,607,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,564,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,9,Inspiration,5,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,44,Kekeluargaan,128,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,92,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,361,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,406,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,24,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,78,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,54,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,524,Semesti,2,SENI,3,Shopping,129,Shopping Online,4,Sihat Cantik,9,SIHAT SOKMO,18,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,193,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,111,Tips Blogging,323,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,54,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,48,widget blog,35,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,114,Work From Home,13,
ltr
item
BLOG HASRULHASSAN.COM™: Bila Blogger Berlagak Sebagai Wartawan
Bila Blogger Berlagak Sebagai Wartawan
BLOG HASRULHASSAN.COM™
https://www.hasrulhassan.com/2013/12/bila-blogger-berlagak-sebagai-wartawan.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2013/12/bila-blogger-berlagak-sebagai-wartawan.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy