Video Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama Hot FM

Bukan rahsia lagi, Faizal Ismail, pengendali segmen #AMKrew di Hot FM bersama Farah Fauzana dan A.G meninggalkan stesen radio berkenaan sebagai deejay untuk menguruskan bisnes FBI Entertainment. Ia menjadi antara bualan ramai memandangkan Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI adalah merupakan antara ramai deejay yang popular dan mempunyai karisma tersendiri.

Video Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama Hot FM

video hari terakhir faizal ismail di hot fm

Berhenti dari Hot FM ketika nama sedang dalam kemuncak adalah cara terbaik buat Faizal Ismail melakukan sesuatu bagi memastikan masa depan terus terjamin.

Siapa tak nak jadi boss ye tak? Impian ramai tu. Ia merupakan satu anjakan paradigma buat beliau, yang saya sendiri setuju. Bukan menidakkan rezeki yang ada dalam Hot FM tetapi dalam satu perjalanan hidup manusia, akan perlu ada perubahan seperti ini. Adalah lebih baik melakukannya sekarang sebelum kemudian nanti diri dilupakan. Dengan populariti yang ada, yang masih panas ini ... saya fikir tidak akan ada masalah besar buat Faizal Ismail memajukan perniagaan yang diceburinya.

Meh saksikan video hari terakhir Faizal Ismail (FBI) di konti radio Hot FM yang telah dirakamkan ini.


Makanya selepas ini tiada lagi dengar suara Faizal Ismail di corong radio Hot FM. Hari ini 15 November 2013 merupakan hari terakhir secara sah ... secara rasminya Faizal Ismail tidak lagi bekerja dengan Hot FM.

Tahniah buat Faizal Ismail dengan perniagaannya, dan semoga selepas ini boleh berjaya dengan lebih lagi, dan memberikan manfaat kepada orang lain dengan cara tersendiri. In Sha Allah.

Dan satu lagi video daripada rakan-rakan di Hot FM yang telah dirakamkan sebagai tanda terima kasih buat Faizal Ismail yang telah bersama selama 7 tahun dengan stesen radio tersebut.



p.s: Saya mengenali secara umum Faizal Ismail ini sewaktu dia bertugas dalam Hot FM zoomers, yang bagi hadiah2 tu .. dan saya pernah secara peribadi bertemu dengannya sekitar tahun 2010.

{ 7 comments.. read them below or add one }

kucha lana kucha lana November 16, 2013
dia nk mencari cabaran baru dlm hidup dia
Hairul Hafiz Hairul Hafiz November 16, 2013
Betullah apa yg dia buat tu berhenti ketika berada diatas...
mrhanafi mrhanafi November 17, 2013
semoga beliau terus maju jaya!
mahmud thalut mahmud thalut November 17, 2013
Assalam
Selamat meningkat ke satu tahap lagi

http://perjumpaanmeeting.blogspot.com/2013/11/hadiah-istimewa.html?m=1
Azim Aris Azim Aris November 17, 2013
uhuk2 sedihnye aku...uhuk...Blog saya :
Azim Aris

Tak Mungkin Benar

Muhasabah



follow ya :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.