Bukan rahsia lagi, Faizal Ismail, pengendali segmen #AMKrew di Hot FM bersama Farah Fauzana dan A.G meninggalkan stesen radio berkenaan sebagai deejay untuk menguruskan bisnes FBI Entertainment. Ia menjadi antara bualan ramai memandangkan Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI adalah merupakan antara ramai deejay yang popular dan mempunyai karisma tersendiri.

Video Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama Hot FM

video hari terakhir faizal ismail di hot fm

Berhenti dari Hot FM ketika nama sedang dalam kemuncak adalah cara terbaik buat Faizal Ismail melakukan sesuatu bagi memastikan masa depan terus terjamin.

Siapa tak nak jadi boss ye tak? Impian ramai tu. Ia merupakan satu anjakan paradigma buat beliau, yang saya sendiri setuju. Bukan menidakkan rezeki yang ada dalam Hot FM tetapi dalam satu perjalanan hidup manusia, akan perlu ada perubahan seperti ini. Adalah lebih baik melakukannya sekarang sebelum kemudian nanti diri dilupakan. Dengan populariti yang ada, yang masih panas ini ... saya fikir tidak akan ada masalah besar buat Faizal Ismail memajukan perniagaan yang diceburinya.

Meh saksikan video hari terakhir Faizal Ismail (FBI) di konti radio Hot FM yang telah dirakamkan ini.


Makanya selepas ini tiada lagi dengar suara Faizal Ismail di corong radio Hot FM. Hari ini 15 November 2013 merupakan hari terakhir secara sah ... secara rasminya Faizal Ismail tidak lagi bekerja dengan Hot FM.

Tahniah buat Faizal Ismail dengan perniagaannya, dan semoga selepas ini boleh berjaya dengan lebih lagi, dan memberikan manfaat kepada orang lain dengan cara tersendiri. In Sha Allah.


p.s: Saya mengenali secara umum Faizal Ismail ini sewaktu dia bertugas dalam Hot FM zoomers, yang bagi hadiah2 tu .. dan saya pernah secara peribadi bertemu dengannya sekitar tahun 2010.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement