Ranking Alexa OHBlogger November 2013 Mengujakan

Erkk.... tak sangka pula boleh capai sampai ke tahap ini. Masa menjenamakan blog ini daripada nama asalnya - Bangku Kosong; saya ingat akan ambil masa bertahun-tahun untuk naik dan berada di dalam kelompok blog yang punyai trafik tinggi. Tapi, alhamdulillah ... hari ini pecah rekod, ranking Alexa blog ini sudah berada di tahap 181 antara 500 laman web dan blog tinggi trafik di Malaysia.

Bukan mudah nak berada di kedudukan ini. Serius. Letih. Penat.

Tapi rasanya tak ramai yang akan perasan, memandangkan esok lusa kedudukan ini akan berubah. Tak percaya, tengoklah nanti. Jadi, ia bukan perkara yang boleh didabik dada sangat. Malah, saya tahu ramai blogger lain yang boleh capai lebih baik.

Ranking Alexa OHBlogger - 181/500 Top Sites in Malaysia


Namun begitu, entri ini diterbitkan adalah untuk anda sebagai seorang blogger yang lebih kurang macam saya - yang tak begitu popular, yang tak ramai follower, yang tak macam Maheir Zain; dijadikan sebagai satu bentuk dorongan dan motivasi. Diterbitkan buat diri saya ingat detik-detik ini yang mungkin tak akan dirasai lagi.

Hari ini naik, esok turun. Hari ini diingat, esok dilupakan. Lumrah.

Mungkin satu hari nanti, anda pula akan berada di atas; lalu terbitkan entri serupa ini - paparkan kejayaan manis yang ada telah dapat setelah susah payah dengan blog sendiri.

Ranking Alexa OHBlogger - Panduan Blogspot Blogger Malaysia yang terbaharu November 2013 ini memang mengujakan saya. Walaupun ia hanya sekadar angka, tapi ada rasa puas dalam diri yang membuatkan rasa lelah berblog itu ada nampak hasilnya.

Harapnya dengan ranking ini, ada pihak yang beri peluang dan kesempatan untuk bekerjasama ... :)

Dan ....

Terima kasih kepada anda semua, yang sudi baca entri ini dari awal sehingga akhir, dan yang telah banyak menyumbang ke arah kejayaan blog ini. Jasa kalian memang tidak dapat saya balas.

Kerana itu, jika anda mahu blog anda disenaraikan di bloglist, sila tinggalkan URL blog anda di ruangan komen, dengan syarat anda berikan sebab kenapa anda membaca blog ini.

In Sha Allah, saya akan masukkan URL 10 blog paling awal diletakkan di ruangan komen oleh anda. Hanya 10 ... dan paling awal yang berikan URL serta sebab mengapa baca blog ini.


{ 22 comments.. read them below or add one }

Eraz Fadli Eraz Fadli November 26, 2013
Tahniah bro.. Teringin nak capai ranking tu jugak.. :)
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal November 26, 2013
Assalammualaikum..bro HH,

adalah blogger otai yg kaya dengan ilmu2 yang tersendiri... unik dan ada keistimewaannya. santai ...

mselim3

pls: blogger rajin mmg mudah dapat tahap nie...181/500 di malaysia.
Khir Khalid Khir Khalid November 26, 2013
Assalam... saya berhasrat nk tinggalkan URL sy di sini.. antara sebabnya, HH telah membuka minda sy terhadap matlamat berblogging. Sy suka menulis tp x berapa pandai ttg ilmu blogging ni & bnyk juga yg sy belajar ttg dunia blogging dari entri2 HH.. kdg2 silent reader je. Hari tu x sempat nk joint bloglist sbb sibuk sikit, bila sedar dah terlambat.. maaf.. :) disertakan url di sini. T kasih HH..
http://khirkarya.blogspot.com/
Sharifdez Sharifdez November 26, 2013
OhBlogger ada dalam senarai bloglist Sharifdez. Selalu teruja dengan penulisan Bro HasrulHassan. Banyak ilmu selalu dikongsi.

Tahniah untuk rekod cemerlang ini. Moga terus maju.

sharifdez.blogspot.com
Cikgu Hailmi Cikgu Hailmi November 26, 2013
masa mula-mula join benda blogging nih, memang xdak blog lain dah saya jadikan rujukan, dari dulu sampai ler sekarang. boleh tengok entri 100 hari dan 365 hari saya berblogging. tahniah HH.. pencapaian hebat nih!

www.cikguhailmi.com
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 27, 2013
Tahniah OH. Terus maju ke depan.
Bin Muhammad Bin Muhammad November 27, 2013
Tahniah HH...Melonjak tuuu!
Blog ini adalah rujukan terbaik blogspot, terima kasih...

http://relakssminda.blogspot.com/
Khalid Kyle Khalid Kyle November 27, 2013
Tahniah MH, love reading this blog coz lots of information for newbies + noob blogger haha. Moga diperbanyakkan lagi perkongsian bermanfaat di masa akan datang :)

Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!
baby comel baby comel November 27, 2013
tahniah Tuan HH, hebat, memang betul2 hebat.. Terbaik utk dijadikan satu kekuatan dorongan ni..
baby comel baby comel November 27, 2013
nak jugak la tinggalkan url kat sini. boleh kan Tuan HH? sekadar mencuba, ada rezeki adalah..

Jujurnya saya selalu je jadi silent reader kat sini, godek2 entri lama tuan. Mencari kekuatan ilmu yg ada kat sini utk dijadikan rujukan utk terus perbaiki kekurangan blog yg ada. Anak murid mesti kena ada cikgu sbb setiap langkah tu pasti akan ada benda baru yg kita jumpa. Dan pastinya proses pembelajaran takkan pernah terhenti.
Dan lagi satu.. dalam setiap entri2 tuan HH, takde satu pun ayat yg bangga diri atau megah serta riak. Semuanya low profile.. kita yg membaca pun rasa yeah sini lah tempatnyya..

(sbb tu jarang nk tinggal komen sbb takut nanti saya buat mcm entri sendiri -terlebih emo) Terima kasih,

http://babyaimacomel.blogspot.com/
Kak Ros Kak Ros November 27, 2013
Salam,

Blog ini antara blog rujukan saya yang terawal untuk belajar tentang trafik ke blog. Banyak maklumat baru dan mengguna Bahasa Malaysia standard. Saya pun masih belajar untuk improve ranking alexa ini. Tahniah tuan.

http://nashfesyen.blogspot.com
Salam Yahya Salam Yahya November 27, 2013
blogger otai yg awesome........tak lokek untuk berkongsi ilmu.......u deserve it bro
Salam Yahya Salam Yahya November 27, 2013
singgah2 blog saya juga http://alamslegacy.blogspot.com/
Amirul Bin Ramli Amirul Bin Ramli November 27, 2013
Sangat-sangat kagum dengan blog2 di malaysian yang ber-ranking tinggi di alexa ni. Salah satu sebab saya suka berkunjung ke sini bila dapat tahu kepentingan ranking blog. Sebelum ni saya tak kesah pun main buat je entri. Bila baca blog ni dapat banyak info untuk naikkan rank blog. Terima kasih. =)

http://www.amirulbinramli.com
Sukma Haron Sukma Haron November 27, 2013
tahniah....semoga terus kekal berjaya...
http://ceritamayapersada.blogspot.com
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy November 27, 2013
tahniah HH...moga terus success..
http://www.kisahsidairy.com
Nadia Dscarnia Nadia Dscarnia November 27, 2013
Wah.. Tahniah HH..181 tu permulaan yg baik.. semoga ranking blog HH terus meningkat seiring dengan perkongsian HH dengan para blogger.. :) 
bai zura bai zura November 27, 2013
teringgin nye nak macam nie jugak... Taniah bro... terima kasih ilmu yang dikongsi

http://warneewarnii.blogspot.com/

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 27, 2013
Terima kasih semua, blog-blog anda telah saya masukkan dalam bloglist50 ...

Untuk mereka yang lain, terima kasih kerana menyokong blog ini. In Sha Allah, peluang akan datang untuk blog anda dimasukkan ke dalam bloglist, jangan lupa lihat dan baca status terkini di Fanpage untuk peluang tersbeut.
Cik Matahariku Cik Matahariku November 27, 2013
wahh..tahniah HH, tumpang seronok dan gembira tahu psl ni..semoga terus maju dan cemerlang!
Shark Kay Shark Kay November 27, 2013
mmg layak blog HH berada disitu,
tahun depan rasanya boleh tu bawah 100.
Mia Liana Mia Liana November 27, 2013
Congratssss HH.... terbaik sangat ni...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.