Tips Mencari Pengunjung dan Pembaca Blog
Pengunjung datang dan pergi tetapi pembaca .... ia akan teliti setiap inci blog anda. Mana entri berkaitan yang menarik minat, maka mereka akan terus membaca. Apa yang mereka lakukan ini, membolehkan blog anda sentiasa ada trafik dan pageviews blog anda akan meningkat.
3 Tips Cari Pengunjung dan Pembaca Blog
Tips saya mudah, untuk menerima kunjungan, ada 3 perkara penting.- SEO - Blog terima trafik menerusi enjin carian seperti Google, Yahoo mahupun Bing.
- Facebook - Pengunjung yang teruja dengan entri dan merasakan ia bermanfaat akan kongsikan entri menerusi butang Like dan Share.
- Laman Web Ping Agregator - Mudah mendapat trafik berterusan daripada laman web sebegini, jika entri anda bersifat informasi dan malar segar (evergreen).

Blog yang punyai ciri-ciri SEO akan mudah mendapat trafik menerusi enjin carian. Ciri SEO penting supaya entri berkualiti anda akan mendapat tempat di enjin carian, dan anda akan menerima kunjungan daripada mereka yang benar-benar mahu membaca entri tersebut.
Pengunjung menerusi enjin carian kebanyakkannya adalah pengunjung pertama kali. Dan mereka ini selalunya akan teruja dengan entri yang penuh informasi yang berguna untuk pengetahuan mereka. Jika anda bertuah, mereka akan kongsikan entri ini kepada rakan-rakan mereka yang lain, samada secara lisan mahupun menerusi media sosial seperti Facebook dan juga Twitter.

Facebook adalah platform terbaik untuk anda kongsikan entri anda. Kongsikan entri di group-group serta fanpage yang ada potensi untuk baca entri anda. Contohnya, jika anda tulis mengenai tips blogging, maka carilah group Facebook yang ahlinya kebanyakkan blogger. Atau kongsi petua dan tips blogging anda di fanpage mengenai blog dan blogger. Elakkan kongsi entri yang lari dari topik atau tema group mahupun fanpage berkenaan. Contohnya, anda kongsi entri mengenai kisah artis atau selebriti di group yang banyaknya guru ataupun fotografer. Atau kongsi entri anda di fanpage berkaitan soal jawab agama ... memang tak kenalah.
Laman web agregator seperti Kartikel.com, Pingje.net, Busuk.org dan lain-lain adalah sumber trafik yang baik untuk blog. Jika anda ada topik yang segar malar seperti informasi mengenai soalan ramalan SPM, cara-cara daftar servis kerajaan tertentu ... bolehlah kongsikan entri anda di situ. Selalunya, entri-entri sebegini akan kekal memberikan trafik yang baik dan berterusan. Anda perlu ingat, ahli-ahli dalam laman web sebegini akan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari; jadi anda mungkin akan dapat trafik dari mereka yang baru mendaftar.
Bukti Trafik Blog Dari Sumber Google, Facebook, Yahoo, Bing, MSN termasuklah Busuk.org
Dari Pengunjung Akan Dapat Pembaca
Itulah 3 sumber utama yang saya gunakan untuk blog ini mendapatkan pengunjung dan seterusnya mendapat pembaca. Mereka ini mungkin akan kekal ... dan mungkin esok lusa tak datang dah, tapi ia sebagai permulaan untuk blog terima pengunjung. Kehadiran mereka akan meningkatkan pageviews dan mungkin follower blog anda. Kehadiran mereka beri kesan kepada angka yang ada dalam blog, dan angka ini boleh anda gunakan untuk mencari lebih ramai pengunjung dan pembaca blog anda.Apapun, usaha anda perlu berterusan. Ia bukan kerja satu hari. Jika mahu blog anda maju, maka langkah anda juga perlu maju ...
thanks HH...banyak info di sini
BalasPadamTerima kasih Sukma kerana terus beri sokongan ...
Padam"Keyword" memainkan peranan penting dalam meingkatkan traffik blog.
BalasPadamhebatnya :)
BalasPadamakak masih tak paham konsep keyword ni...kena reka sendiri ke keyword tu atau bagaimana
BalasPadamYa, keyword ini atas kita, tapi nak yang pro punya boleh gunakan khidmat yang ada dalam Google Analytics atau Google Adword.
Padamassalamualaikum HH...mmg power la ramai pengunjung dtg sini...tahniah2 yer...;)
BalasPadamBagilah sikit tips entri evergreen
BalasPadamOhh saya pernah tulis mengenainya sebelum ini. :) dah bagi contoh pun, pilihan tajuk dan jenis entri ...semua saya ada terangkan dalam entri tersebut.. kena godek semula.
PadamTuah HH, kalau kita jenis yg tak aktif berfb ni camne ye? Mmg mcm susah je kan nk pergi..,
BalasPadamOk. Saya ada cara untuk mereka yang lebih kerap berFB .... nantikan entri saya ya .. in Sha Allah,saya akan kongsikan kepada Baby Comel ... :)
Padamwahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... SEO tu mainkan peranan yg pentingggggggggggg..
BalasPadamthanks bro HH. sedikit sebanyak ilmu ttg blogging saya bertmbah :)
BalasPadamwoww! sangat kagum.. terima kasih atas perkongsian..tips yang sangat bermanfaat..
BalasPadamT kasih diatas nasihat & tips HH.. :)
BalasPadamterima kasih sungguh berguna blog ini :)
BalasPadamterima kasih admin...
perlu banyak belajar lagi dari hh
BalasPadamhope dapat buat macam yang di atas tu lagi, info terbaik bro
BalasPadamSaya pun nak berkongsi apa yang saya tahu...
BalasPadamthanks...dpt info..bg org baru cam saya...:)
BalasPadamMrnarik
BalasPadamkeywords die ida suka tgk kt google keywords planner..memang bgus..anyway good share
BalasPadambanyak ilmu yang saya dapat dari blog abang HH.
BalasPadamselamat sukses selalu buat abang HH
Memang evergreen entri ni. Baru nak godek blog ni. Bertambah lagi satu pembaca.
BalasPadamAssalam.. hye HH.. sy nk tnye.. mcm mne sy nk tw ad orang commen dlm blog sy atau ad orang reply commen sy?? sbb sy x trima email or notification.. email sy aisyahyusof06@gmail.com .. trime kasih.. =)
BalasPadamOk. Nanti saya buat satu tutorial ringkas .. kejap lagi saya tulis ye ..:)
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.