Jangan Salahkan Tukang Komen

Kadangkala ada blogger yang tersentap dengan komen-komen yang ditinggalkan. Biasa, saya sendiri banyak kali tersentap dengan komen-komen yang ditinggalkan di blog ini. Tapi dalam sentap-sentap tu, saya rasional juga. Fikir mengapa komen sebegitu ditulis. Mesti ada salah dan silap mana-mana, ye kan?

Jangan salahkan mereka yang sudi tinggalkan komen. Itu pendapat ikhlas mereka, berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang mereka anda. Mungkin mereka betul, mungkin tidak. Hormati pendapat yang mereka berikan.

Ada blogger yang adakala kurang senang dengan komen ditinggalkan, lalu padam komen tersebut. Ehemm .. saya sendiri pun pernah buat, tak tahan dengan ayat pedaslah katakan (tapi cakap terror makan kari ..). Tapi, lambat laun akan terfikir juga, kalau tanpa komen sebegitu, kita sendiri akan hanyut dengan bayang-bayang sendiri. Teguran ini perlu dan baik untuk perkembangan diri, apatah lagi untuk blog.

Bukan semua entri kita tulis dalam blog itu akan buat pembaca suka. Ada yang tak berapa berkenan. Jadi komen dijadikan tempat untuk menegur dan meninggalkan apa yang dirasa, dan apa yang difikirkan. Terima mana yang baik, dan yang tak berapa nak baik itu dijadikan peringatan.

Agak-agak tak mahu orang komen, maka jangan buka ruang komen. Mudah. Tak perlu fikir. Tak perlu kusut.

Erkk .. oh ya, boleh salahkan tukang komen yang komen ntah apa-apa semata-mata nak tinggalkan URL spam blog mereka. Haaa .. yang itu patut kena tegur, bukan apa; nanti akan bawak masalah .. bukan masalah pada blog tersebut sahaja, malah pada kredibiliti si tukang komen. Bila dah kena spam, nanti kena blocked, lepas tu akan kehilangan blog. Susah tu. Sapa yang nak bertanggungjawab ye tak?

Tukang komen - sila komen dengan betul .. :)
Pemilik blog - jangan sentap dengan komen-komen diberikan.


Jangan Salahkan Tukang Komen

{ 28 comments.. read them below or add one }

nur faizuddin nur faizuddin November 28, 2013
yup.sebab tukang komen cume berkongsi apa yang mereka rasa kan :)
Cikgu Hailmi Cikgu Hailmi November 28, 2013
hu3.. saya punya entri pasal soalan bocor spm tu, tukang komen siap riuh rendah bergaduh kat sana... hmmm
baby comel baby comel November 28, 2013
ok faham dah Tuan HH, saya bila komen kat blog orang mmg senang 'ter'emosi tapi bila baca org komen kat blog sendiri setakat ni takde lah lagi tersentap lebih ke apa. dulu adalah bila dia kata 'kau tak layak la nak digelar blogger' masa tu i'm too young utk faham benda ni.. tapi la ni alah bisa tegal biasa
Abe Kie Abe Kie November 28, 2013
jaga2 bila nak taip komen tu..
Kak Tie Kak Tie November 28, 2013
betullah HH...kadang2 ada komen tu amat menyentuh sensitiviti...panas gak ...sbb tu apap2 komen kena tapi dulu..:)
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 28, 2013
Yang penting tak kira sama ada tukang komen ataupun pemilik blog, hati mesti ikhlas dan jangan bersikap hasad dengki sudahlah.
Bro Framestone Bro Framestone November 28, 2013
> komen Pedas <

Ada rasa pedas x? he...23x

www.broframestone.com
Sukma Haron Sukma Haron November 28, 2013
kadang-kadang takut nak beri komen sebab ada kang yang kecil hati....
Leeza Zailan Leeza Zailan November 28, 2013
Sy punya post baru-2 ni ada yang orang tak puas hati . bergaduh dekat ruang komen . nak senang citer saya draft balik je post sy tu haha
mahmud thalut mahmud thalut November 28, 2013
Assalam
"Bagi mengelak dari dikritik, jangan bercakap apa-apa, jangan lakukan apa-apa, jangan jadi apa-apa" - kata Elbert Hubbar
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy November 28, 2013
ada juga saya delete satu komen yang saya rasa tak sesuai akan kewujudannya...sbb komen tu berkaitan tentang ketidapuashatian dia terhadap satu pihak...
Dkna Abza Dkna Abza November 28, 2013
kadang2 nk komen kat blog orang kene fikir dulu.. takot ada hati yang tersentap :)
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad November 29, 2013
Ada blogger jenis memalukan blogger lain di dalam entrinya sendiri than linkkan entrinya tu ke entri blogger yang dikomen melalui entrinya tanpa pengetahuan blogger tu. Blogger yg camni, memang terus kena delete la komen2nya... sebab melibatkan banyak pihak. Dahla tak tanya dan tak usul periksa, terus serbu tak pakai helmet. So, better beware ngan komen atau entri nak dibuat kan sifu? mcm2 dunia blog ni...
nur faizuddin nur faizuddin November 29, 2013
singgah sini abng hasrul, minta jasa baik untuk join segmen yang tak seberapa yang saya anjurkan.. :)
http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/segmen-aku-blogger-malaysia.html
cikserai cikserai November 29, 2013
selalu jugak nak komen kat blog orang. bila taip je, padam balik. takut tak sesuai. huhu
Raudzah Z Raudzah Z November 29, 2013
Kalau komen dengan jujur tak ada masalah..yang masalahnya bila komen menggunakan anonymous, then bahasa juga kurang enak.
Nadia Dscarnia Nadia Dscarnia November 29, 2013
err.. setakat ni belum pernah delete komen orang yang pedas-pedas (sebab tak banyak pengomen kat blog), tapi kalau delete komen di atas sebab-sebab yg lain selalu laa.. (flood, spam etc..)
Lynn Munir Lynn Munir November 29, 2013
Komen tegur-tegur manja, tak kan lah sentap kut ? Tak stailo la kan ?
cleverspider55 a.k.a alam1cinta cleverspider55 a.k.a alam1cinta November 29, 2013
Hmm...bila ada orang komen tu tandanya ada yang bagi perhatian dgn kita punya post. Rasanya tak perlulah nak tersentap tak kira komen tu kita suka atau tak.
Ezelovesse7en Ezelovesse7en November 30, 2013
Kritikan merupakan suatu benda yang baik. Sekurang2nya kita dapat fikir mana silap kita dan betulkan semula.

Tapi, kalau si pengomen suka kutuk2 saja nak memburukkan si blogger, buat2 tak nampak je komen tu...
Amirul Bin Ramli Amirul Bin Ramli December 01, 2013
Kadang-kadang bila selalu dapat komen2 yang membina tu yang buat makin semangat untuk berblog. Tapi kalau komen2 kritikan tu bagus juga sebab bila kita balas kritikan tu dengan baik, pengunjung secara tak langsung pun nampak kredibiliti blog kita. =)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 02, 2013
Kena hati2 dalam dunia blog ... bukan semua benda indah belaka...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 02, 2013
Itu sbb saya tak benarkan annon tinggalkan komen, banyak yang spam nanti.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 02, 2013
Pandai-pandailah menilai komen yang ditinggalkan dalam entri2 blog. Berlapang dada, dan terima dengan baik, namun jika ada komen yang boleh mencetuskan sengketa, baik padam ..... itu lebih baik dari menyemarakkan kebencian.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.