Blogger Wajah Cantik Tapi Blog .....

Kalau sebut blogger kacak dan lawa, anda tentu sudah ada senarai nama sendiri kan? Saya, zaman remaja dah berlalu maka nama-nama blogger cantik kacak pun yang ada dalam ingatan semua dah jadi bini dan mak orang dah. Tapi, itu bukan persoalan yang ingin saya bincang dan kongsi dengan anda semua, tapi mengenai isi kandungan blog blogger yang kacak dan cantik ini. Berbaloikah baca blog mereka? Adakah dek kerana kecantikan dan kekacakkan yang ada buat anda mahu singgah di blog mereka?

Blogger Wajah Cantik Tapi Blog .....

Siapa yang tak suka cantik? Saya sendiri menyukai akan perihal kecantikkan. Pemandangan cantik, persekitaran mempesona, wajah cun jelita, mata ayu memikat, makanan yang dekorasinya menawan. Cantik ada tarikannya. Buat yang punyai kelebihan ini, ia boleh dianggap satu bonus, terutama buat blogger Malaysia.

Blogger Malaysia yang cantik jelita, kacak menambat jiwa memang ada, ramai juga ...jika rajin blogwalking pasti akan terjumpa. Ramai blogger baru ada kelebihan dan bonus ini. Tapi ... agak malang, blog tidaklah secantik tuan punya.

Cantik blog bukan bererti kena berhias sakan dengan salji atau bunga sakura berguguran. Ohh bukan begitu, apa yang saya maksudkan ialah berkenaan isi kandungan. Apa yang dikongsi dan disampaikan. Apa yang dicerita dan apa yang dikarang, itu yang ingin ditonjolkan.

Menulis perlu dengan ikhlas, perlu dengan ilmu, perlu ada isi, perlu sesuatu yang ada nilai untuk pengunjung dan pembaca. Cerita kosong sahaja takkan bawa blog ke mana. Biarlah blog menjadi wadah anda.

Blogger wajah cantik kacak ada kelebihan. Maka, gunakan kelebihan itu dengan cara terbaik. Jangan sia-siakan akan bonus yang Tuhan berikan. Ada sebab ia dianugerahkan pada diri. Sebaik guna, gunakanlah untuk tujuan yang akan membawa anda ke arah kebaikan dunia akhirat. In Sha Allah.


Blogger Wajah Cantik Tapi Blog .....

{ 25 comments.. read them below or add one }

Umi DZA Umi DZA November 11, 2013
Terima kasih atas teguran dan perkongsian/tips2 berguna. Mohon saudara komen blog saya yg baru belajar bertatih ni..
Aben Mpun Aben Mpun November 11, 2013
Guna kelebihan dengan sebaik yang mungkin.. Terima Kasih bro HH..
smbotak smbotak November 11, 2013
hehe, ramai blogger cantik/kacak akan letak muka sendiri kat header...
Ayu Zan Ayu Zan November 11, 2013
hehe. cantik tu bonus. tapi biar isi blog selari cantik. ye kan?
Invisible Me Invisible Me November 11, 2013
muka cantik, isi blog cantik, kelebihan. :)
Bro Framestone Bro Framestone November 11, 2013
gua blogger biasa2 je... xtayang muka, tapi tayang perut... ramai yang nampak perut dulu berbanding muka walaupun telah cuba dicover...

nak tengok perut empunya blog boleh?

www.broframestone.com
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 11, 2013
Semua perlu diisi dengan kelebihan dan kesenian alam. Paling penting beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi.
Mat Gebu Mat Gebu November 11, 2013
..che mat blogger cikai aje...takde apa2 yang nak dibanggakan, syukur Alhamdulillah dengan apa yang telah diberi...biarlah tiffinbiru menjadi 'simbol' mat gebu...
mahmud thalut mahmud thalut November 11, 2013
Assalam
Terima kasih Tuan HH.
kucha lana kucha lana November 11, 2013
yg ni dh macam blogger retis kan..sbb ensem ada org follow...hu3
adi junaidi adi junaidi November 11, 2013
Terima kasih bro Hasrul atas teguran yang di beri, hope bro dapat jengah blog saya untuk berikan pandangan dan tips berguna

Entry Terbaru Juara Dunia Termuda Dalam Sejarah
Seri Selaseh Seri Selaseh November 11, 2013
lagi penting isi blog tu cantik. tgh belajar cemana nak buat isi cantik. Minta tunjuk ajar ye.
Sukma Haron Sukma Haron November 11, 2013
tu sebab segala entry yang dikarang sendiri perlu ada fakta dan maklumat untuk pembaca...
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin November 12, 2013
good sharing.. thank you. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
Oh, entri ini tidak merujuk pada mana-mana individu, ia hanya satu penulisan biasa ntuk pedoman am buat semua blogger Malaysia.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
Ya, gunakan kelebihan yang ada. Terima kasih kembali.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
Oh saya kacaklah juga ehhh? Hehehehe... terima kasih terima kasih ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
Ya betul tu Ayu Zan, biarlah selari.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
Hahahaha... tunggulah six pax tu muncul, sedang usaha keras ni .. :P
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
Blogger cikai apanya cik mat ... popular tu .... popular dengan hasil kreativiti sendiri .. itu lebih bermakna che mat
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
:) Bagus blog pasal motor je, teruskan dengan niche tersebut.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
Ya betul tu. Cerita sendiri pun boleh ada berfakta.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 12, 2013
Hahaha... blogger retis ehhh? Hmm ada je blogger yang tak nampak batang hidung, ramai je follow ...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.