Sejujurnya, saya sokong dengan pendirian Faizal Ismail untuk meletakkan jawatan sebagai penyampai radio +hotfm976 . Mengapa? Sebab ini lumrah manusia, perlu anjakan paradigma. Kita takkan selamanya berada di satu-satu tempat, akan tiba masa ... kita mesti mencari haluan seterusnya untuk berjaya. Bagi saya, apabila Faizal Ismail (FBI) umumkan perletakkan jawatannya sebagai penyampai radio HotFM berkuat-kuasa serta merta hari ini (24 Oktober 2013) ... ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Faizal Ismail (FBI) Letak Jawatan Penyampai Radio Hotfm

Gambar Faizal Ismail dengan Hanis Zalikha (Blogger Terkenal)
Siapa yang berhak untuk tentukan halatuju diri dan kehidupan? Adakah anda yang mendengar celoteh dan #gelaksakan AMKrew dengan kendalian Faizal Ismail, Fara Fauzana serta AG? Ini kehidupan seorang individu yang mahukan sesuatu kelainan. Mengapa perlu dihalang? Apa hak kita untuk tentukan di mana dia patut bekerja, apa yang patut dia lakukan?
Faizal Ismail Letak Jawatan Penyampai Hotfm 24 oktober 2013


Apabila Faizal Ismail tweet untuk letak jawatan, ramai yang nampaknya tidak rela dengan keputusannya itu. Malah, ada yang sifatkan pengumuman itu hanya satu gimik dan cara untuk menaikkan namanya sebagai penyampai radio.

Mahu Fokus Kepada FBI Entertainment?

Tapi, daripada apa yang saya tahu, Faizal Ismail kini sudah ada syarikat sendiri yang dinamakan FBI Entertainment. FBI Entertainment ini merupakan syarikat event management Faizal Ismail yang menguruskan dan menyediakan servis untuk sebarang acara syarikat seperti makan malam tahunan, hari keluarga, video korporat, persembahan pentas dan pelbagai lagi.


Maka, berilah peluang untuk Faizal Ismail berhijrah untuk satu permulaan baru yang lebih baik untuk dirinya. Takkan kita nak suruh dia duduk dalam konti sampai ke sudah, kelak nanti ... dia tetap akan keluar dari HotFM; cuma bezanya ialah peluang .... peluang sekarang terbuka luas untuk Faizal Ismail berdikari.

Mungkin ini merupakan azam baru buat Faizal Ismail sempena Maal Hijrah 1435.

In Sha Allah, akan ada kejayaan buat mereka yang mahu berubah kepada yang lebih baik.

p.s: Harapnya ini bukan Tweet Hangit Faizal Ismail (FBI) ....

Kredit Gambar: http://nanirostam.blogspot.com

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

31 Komen

rasanya kalau dia dah ada syarikat sendiri, no problem.

Reply

Betul.. setuju kalau keputusan dia keluar adalah yang terbaik untuk dia dan keluarga... maka penghijarahan itu perlu :)

Reply

Ya. Faizal Ismail ni boleh kira sebaya dengan saya. Dan merupakan antara follower twitter dan blog ini (perasan je lebih)

Reply

Good for him...naik lagi satu anak tangga...

Reply

Assalam
Untuk Faizal B I ,semoga terus maju jaya di lapangan baru.

Untuk Tuan HH , jangan 'pencen' dulu ya . Banyak lagi saya nak belajar ilmuan berblog dari Oh Blogger Malasia ni :)

Reply

Harapnya ini bukan Tweet Hangit Faizal Ismail (FBI) ..hahaha

Reply

letak jwtn sebagai penyampai jerk .. mgkn dia dpt naik pangkat kat HotFM kot ..

Reply

tu la.. rasanya smua orang nak dapat lebih baik. anjakan paradigma.

Reply

jarang dengan hotfm...tetapi sebagai satu anjakan paradigma yang baik....

Reply

satu anjakan paradigma yg berani.

Reply

ohhhh.. xpela, masing2 ada pendapat msing2.. semoga FBI maju jaya dgn keputusan beliau. wiwiwiw

Reply

patutla pagi tadi tak dengar suara dia..

Reply

setuju..mencari peluang yg lebih baik...x slah

Reply

agreed with this..kalau dia nak concentrate dengan FBI Ent tu memang sy sokong 100%..baik berkerja untuk naikkan company sendiri daripada makan gaji...

Reply

Ya, naik satu lagi tahap pencapaian yang bagus.

Reply

Pernah ke dia buat tweet hangit ehh?

Reply

Heh... saya pun pasang waktu pagi masa nak hantar anak kat sekolah. Lepas tu tak adalah melainkan ada topik bagus, saya buka di 8TV

Reply

bagus la tu dia dah ada bisnes sendiri..sampai bila dia nak makan gaji kan...hu3

Reply

FBI dah ada nama..so tak kisah sangat la camtu :D

Reply

Perubahan perlu untuk memajukan diri. Sebab tu dlm satu2 organisasi kita juga perlu bertukar department atau mencari angin baru bila dah lama sgt berada di situ. :)

Reply

Buat la apa sahaja yg terbaik.. kami tetap sokong

Reply

Sebentar tadi pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang perletakkan jawatan FBI.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

Reply

wah FBI review entry ini di fanpage dia. Tahniah abg hasrul

Reply

Itulah yang sering saya ingatkan pada blogger Malaysia. JeNAMA.... bukan nama sahaja ... :P

Reply

itulah yang terbaik buat Faizal, semoga pelapis yang baru akan muncul.

Reply

Faizal nama besar dalam list DJ di Malaysia. Yes, satu anjakkan perlu dilakukan untuk perubahan dalam hidup. Keep itu up FBI! =)

SH

Reply

Berhujrah untuk lebih baik. Ramai pun penyampai radio yang berhijrah dan ramai mereka yang berjaya. Ambil contoh boss HotFM sekarang pun asal deejay juga. Malah kalau semua masih ingat David Lau deejay Era dulu sekarang sudah memiliki stesen radio sendiri berpengkalan di Pulau Pinang. Selamat berjaya untuk FBI.

Reply

pilihan yang bijak & tepat ...semoga berjaya FBI...

Reply

betui2..bagi aku biaq la dia nak buat apa pun..itu keputusan dia..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.