Tips untuk dapatkan trafik kali ini adalah berkaitan dengan kotak carian. Saya ingat semua blog ada kotak carian, rupanya ada juga blog yang tidak meletakkan widget kotak carian ini di sidebar. Aduh ... rugi tu. Kotak carian adalah salah satu cara blog boleh tingkatkan pageviews. Nak blog ada pageviews beratus .. beribu, maka kenalah letak kotak carian tu.

Kotak Carian Tingkatkan Pageviews

Kotak carian penting buat pengunjung mahu cari cerita dan artikel yang telah kita tulis. Kadangkala widget seperti LinkWithin, Outbrain, nRelate atau related-post gagal papar apa yang dikehendaki berdasarkan kata kunci tertentu, jadi di sinilah letaknya fungsi kotak carian itu. Kotak carian bukan sahaja mudahkan pengunjung dan pembaca, tetapi ia sebenarnya satu alat untuk diri kita sendiri mencari artikel lain bagi memudahkan buat pautan secara manual.
Tips tingkatkan pageviews blog - kotak carian

Tak perlu letak kotak carian, kalau anda fikir entri lama-lama anda tu dah dikira expired dan tak guna dibaca dah.

Ish ... adakah anda tidak mahu orang baca entri lama-lama anda tu? Jangan sombong ... bagi lebih kepada pengunjung anda, letaklah kotak carian supaya mereka boleh dapat lebih daripada apa yang sedang mereka baca.

Dan lagi, andai ada yang tidak tahu, kotak carian juga boleh mendatangkan pendapatan kepada blog. Kepada mereka yang ada akaun Adsense, boleh letakkan widget Google Search dan terima komisen menerusinya. :) Kod tersebut anda boleh ambil menerusi akaun Google Adsense anda.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

16 Komen

Tak payah kod .. hanya buka blogspot anda, lepas tu add widget SEARCH yang ada ...

Add SEARCH dalam senarai widget blogspot..

Reply

SETUJU 100%. Kotak carian (search engine) memang sangat membantu menaikkan pageview.

Reply

memang sangat membantu bila letak widget kotak carian ni...tak perlu kita nak geledah semua entri...cuma search je nak cari apa kat blog tu...kan mudah..:D

Reply

Assalam Tuan HH. Saya baru jer letakkannya di blog. Terima kasih ya kerana beri panduan.

Reply

Sya pakai kotak carian google hehe

Reply

T kasih sharing info saudara HH.. :)

Reply

nice info saya belum buat lagi......

Reply

Hari ni baru faham kegunaan kotak carian tu. hehe... walaupun dah lama letak kotak carian dlm blog. Terima kasih sifu :)

Reply

O ya, teringin juga guna akaun google adsense tu tapi depa tak pernah approve lagi. Mungkin blog sy tu tak seperti yg depa inginkan kot... huhu

Reply

ohyeke. cx baru tahu. terima kasih banyak2 untuk info ini!!! :)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.