Berbaloi Rasanya Apabila Berikan Kejayaan Pada Blogger Lain

Satu ketika dahulu, saya bina dan buat blog ini antara lain adalah untuk kongsikan gambar-gambar yang saya tangkap hasil hobi saya dalam fotografi. Ketika itu, saya buat blog untuk kongsikan gambar yang saya ambil menggunakan kamera DSLR Sony A200. Itulah kamera DSLR pertama saya.

Apabila Apa Dicurahkan Dirasakan Berbaloi

Kemudian, apabila saya mula menulis mengenai tips blogging, ramai yang nampaknya mahu tahu lebih lagi mengenai cara berblog yang betul, cara mendapatkan trafik ke blog, cara nak tambah follower, dan bagaimana untuk menjadi blogger yang berjaya.

Saya usahakan diri saya untuk maju setapak demi setapak. Dengan bantuan beberapa blogger yang dah memang berjaya, saya cuba cedok segala ilmu yang ada. Ketika itu, blogwalking menjadi agenda saya setiap hari. Saya singgah dari blog ke blog, terutama blog yang dapat ramai pengunjung dan ramai pembaca, saya kaji, saya selidik ... dan cuba dapatkan rahsia blogger dan blog itu capai kejayaan.

Alhamdulillah, akhirnya dengan ilmu yang sedikit ada, saya dapat capai apa yang saya mahukan. Lalu, saya terdetik hati .. bahawa kejayaan kecil ini patut dikongsi oleh semua. Ilmu yang saya dapat, saya mahu beritahu pada yang lain ... dan akhirnya blog ini menjadi Panduan Blogger untuk blogger-blogger Malaysia. Syukur, blog ini diterima baik oleh semua.

Usaha saya ini, dari hari ke hari membuahkan hasil. Ramai blogger yang dulunya kecil kini sudah nampak gah. Ramai blogger yang dulunya hanya buat blog suka-suka, sudah dapat jana pendapatan sampingan sendiri. Ada yang dulunya bengap SEO kini dah handal dalam bab SEO Blogspot (maaf guna bengap ...:P). Ada yang dulunya blog kucar-kacir, kini dah ada blog yang tersusun dan sedap mata memandang.

Itu antara impian saya, melihat ramai blogger terutama blogger yang kosong ilmunya menjadi seorang blogger Malaysia yang ada pengetahuan.

Kejayaan mereka, merupakan kegembiraan saya. Bukan sedikit rasa, tapi amat bermakna. Terima kasih kepada ramai rakan blogger yang ikuti blog ini. Terima kasih tak terhingga kepada blogger-blogger yang sudi singgah hari-hari dan cedok segala ilmu percuma yang disampaikan.

Apalah guna ilmu andai tidak diamal. Apalah guna ilmu andai ia tidak disebarkan. Terima kasih semua.


{ 8 comments.. read them below or add one }

kucha lana kucha lana October 31, 2013
blog bro mmg terbaik..mungkin dalam tak sedar..aku adalah salah seorang blogger dtg mencedok ilmu dekat sini..halalkan ilmu tu yer bro..tak pernah minta izin pun..hahaha
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid October 31, 2013
menjadi seorang blogger memang penting untuk menjadi blogger yang berilmu kan abang HH... saya sentiasa mencari dan berusaha untuk belajar dengan lebih lagi dari sehari ke sehari walaupun masa adakalanya membataskan...
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad October 31, 2013
Hehe... memang bengap pown sy dulu... la ni baru je nak jd sikit cerdik. Tunjuk ajar sifu amat2 dihargai. Terima kasih ya sudi jadikan sy contoh kat blog hebat sifu ni :)
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim October 31, 2013
Terima kasih HH. Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi halal dan berguna di kemudian hari. Amin,insyallah.
Maria Firdz Maria Firdz October 31, 2013
Alhamdulillah.. ilmu yg bermnafaat pasti akn beri mnfaat pda semua...
kimi jamai kimi jamai October 31, 2013
Terima kasih HH atas semua ilmu yg pernah dikongsikan.. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.