Penipuan Servis LIKE Facebook

Ada ramai yang dah terkena. Dek kerana mahukan LIKE yang banyak beribu-ribu, ada yang sanggup melabur untuk dapatkan LIKE ini, walhal saya pernah tampilkan cara percuma untuk dapatkan LIKE Facebook menerusi Pagetab, tapi ramai tak nak ikut ... oh ya, lupa lak ... tu untuk orang tak berduit macam saya. Kalau ada duit, mungkin tak jadi masalah.

Penipuan Servis LIKE Facebook

Kan dah terkena, hanya mahu LIKE yang banyak, dah kena tipu bulat-bulat. Bukan sedikit kes tipu-tipu servis LIKE Facebook ni. Ramai yang dah buat entri, ramai dah berikan pengalaman perit tapi masih ada yang terkena. Nak kata yang dok offer tu licik errrr tak juga .. direct je promosi yang diberikan .. alahai alahai.
OHblogger Malaysia - servis like penipu

Saya bukan nak halang atau sekat bisnes orang, tapi kalau anda seorang yang nak dapatkan servis LIKE ni, kenalah pasti bahawa apa yang mereka tawarkan tu benar, bukan tipu-tipu. Tak tahu cara nak kenalpasti atau nak handle kes macam ni, anda boleh baca entri rakan blogger ini - Waspada Servis Like Fanpage Scam.


Pada yang buat servis begini, cuba terang dengan benar lagi membenarkan, tak perlu selindung-selindung, cakap je anda guna Facebook Ads untuk dapatkan LIKE buat satu-satu page. Cerita je dengan jelas yang ada sebenarnya guna software tertentu untuk wujudkan LIKE dari akaun hantu.

Bagi saya, LIKE Page yang genuine mesti dari klik jari jemari seseorang yang memang benar sukakan page anda, bukan dengan cara memaksa (walaupun kadangkala saya guna gak teknik ni). Andai page tu ada faedah, follow je. Kalau tak, Unlike. Errkk Unlike ... rugi tak kalau anda dah beli servis bayar RM100-200... bayar RM50 tapi last-last yang Like dah Unlike ... rugi ke tak?

Tak payah nak paksa-paksa, sebab bila paksa, mudah buat orang lupa, mudah buat orang meluat, mudah buat orang bosan. Ala .. cam kawin paksa, tak dapat restu ... kahwin ikut saluran tak betul ... akhirnya apa jadi? Haaa .. tambahkan statistik pasangan lafaz talak je... aduhai aduhai.

Telus Dengan Apa Yang Anda Promosikan

Saya pernah buat servis ni, nak LIKE page .... bayara RM50, saya kata kat pelanggan saya tu, saya guna akaun paypal untuk urusan menggunakan Facebook Ads, RM20 sebagai bayaran khidmat dan penggunaan akaun, manakala lagi RM30 saya gunakan untuk bayar pengiklanan Facebook. Alhamdulillah, pelanggan saya tu puas hati walaupun tak dapat ribu-ribu LIKE, janji yang dah LIKE tu memang yang benar-benar mahu tahu mengenai Page tersebut.

Dahla, tak perlu la nak tipu-tipu kepada yang buat servis ni.

Dan buat mereka yang nak dapat LIKE page tu ... ada banyak cara percuma, murah dan tak kena tipu punya yang boleh anda buat. Rajinlah sikit ..... takkan semua nak benda senang je pun... haisshhh ...

Anda ada pengalaman? Kasik cerita ..


{ 26 comments.. read them below or add one }

muhammad naim Abdullah muhammad naim Abdullah September 12, 2013
Semoga kita lebih2 berhati-hati , takut terperangkap penipuan licik ini
Carlos Santiago Carlos Santiago September 12, 2013
tak pernah pakai pun servis bagai ni.
Aku Penghibur Aku Penghibur September 12, 2013
mmg x pernah guna service macam tu
kucha lana kucha lana September 12, 2013
kalau setakat nk bg nampak ramai like page kita..baik tak payah...setakat kosmetik, makeup je tebal...hu3..tapi fan page aku xde org nk like pun..hahaha
Mahirah Ridzuan Mahirah Ridzuan September 12, 2013
tak percaya service tu sbb sy pun terpikir cam bro fikir huhu..
Norazizah Hashim Norazizah Hashim September 12, 2013
belum buat page untuk blog. Hehe. :) nombor penaik semangat... Mungkin sebab tu ada yang guna servis ni.
AhkakGojes AhkakGojes September 12, 2013
Baru aje terniat nak mnta servis tu..hoho..rupanya cengitu...
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi September 12, 2013
Dulu pernah ambil servis LIKE... Then kene tipu, bot pulak yang masuk... Tengok enteri sy yang lama ada mengeluh pasal nie...
Ummi Hanie Fadzil Ummi Hanie Fadzil September 12, 2013
tak tergamak lg nak gunakan servis tu... hehe
Raudzah Z Raudzah Z September 12, 2013
Tak terfikir nak guna HH..let it comes naturally..kalau dia orang suka dengan page tu, dia orang akan like..tak perlu paksa and make it mandatory..yang naturally akan bertahan..yang paksa cepat pudar dan hilang...
mrhanafi mrhanafi September 13, 2013
belum pernah buat yang berbayar..
Dianaa Dianaa September 13, 2013
tak pernah terfikir nak guna servis cenggitu. biar diorang sendiri rasa nak like
Hafriz Abd Hamid Hafriz Abd Hamid September 13, 2013
Pernah terfikir nak guna. Tapi nak buat kalau Like dari hantu. Sket pon xmembantu. So xpayah. Kalau nk LIKE, LIKE dengan ikhlas =P
pendidik2u pendidik2u November 20, 2013
Pernah juga try wusha harga..
mcm2 pakej ada..tapi adakah like itu benar2 berkualiti..
fake akaun je yg like x guna jugakkan..
mama puteri mama puteri February 04, 2014
Salam,
macam mn nk ambil pakej yang ditawarkan yea...
harap ia dapat membantu meningkatkan like bagi fb page saya.
andy kimin andy kimin March 27, 2014
hubungi saya di https://www.facebook.com/rysha.shandy
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 27, 2014
Ya betul tu, LIKE yang ikhlas tu lagi bagus ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 27, 2014
Betul tu, kalau tak tak best la kan, biar yang betul suka je LIKE ..ehh dah like ke?
Faisal Reza Faisal Reza April 14, 2014
Salam, saya mohon maaf sebelumnya kalau ada salah kata.
Saya juga menjual jasa servis berbagai social media seperti facebook,twitter, instagram,youtube dan lain-lain..
Karena article ini sangat menganggu beberapa penjual jasa termasuk saya yang benar2 tidak menipu si pembeli, maka saya ingin meluruskan apa yang anda tulis.

Memang dah banyak yang menjual jasa ini, tapi tak semua tipu sebab like yang saya jual ni dari real people dan tidak pakai software apapun, lain cerita kalau autolike tu memang 100% robot dan pakai software.

Dilihat dari tema JUAL JASA FACEBOOK LIKE, berarti si penjual mendapatkan like kepada si pembeli jasa, kalau pembeli jasa merasa ditipu karena banyak like tapi dia tidak ada penjualan dari product yang dia jual di facebook tu bukan salah penjual jasa sebab dah jelas si penjual jasa hanya menjual jasa like, bukan untuk mendapatkan penjualan kepada si pembeli. kalau si pembeli jasa ingin mendapatkan keuntungan seharusnya dia beriklan di google.
Like facebook ini berguna untuk menambah kepercayaan kepada orang yang ingin membeli product dari orang yang membeli jasa tadi dan secara tidak langsung juga si penjual jasa memasarkan halaman facebook si pembeli jasa karena setiap orang yang like itu mempunyai teman dan akan tampil di beranda teman2nya dan di lihat juga oleh teman2nya.
Dan pada dasarnya like itu artinya suka, berarti orang yang menyukai halaman tersebut bukan berarti akan membeli product yang ada di halaman facebook tersebut

Saya disini hanya meluruskan apa yang orang pikir saja, mohon maaf kalau ada kata yang salah.

Terima Kasih.
ridhwan hussin ridhwan hussin April 17, 2014
saya sependapat dengan Faisal Reza..
Servis like yang di jual di facebook ataupun di laman carian google adalah untuk membantu naiikan like pada page penjual di facebook sahaja..dengan cara ni,x perlu la nk bersusah-payah nak invite friend untuk like page kita..lagi satu,memang servis yg di tawarkan xkan menjamin barang yg di jual pada page tersebut akan laku keras kerana servis like cuma membantu admin page tersebut untuk meningkatkan like pada page tersebut sahaja..
macam saudara Faisal Reza bagitau,jika like pada page tersebut ramai,ia akan meningkatkan lgi kepercayaan org lain untuk membeli product tersebut..
lagi pun harga like yg di tawarkan lagi murah dari kita beli dari facebook ads..
Kopi Pink Kopi Pink June 07, 2014
Macam-macam servis sekarang ni yang berkisar pada facebook... Nasib baikla saya tak berapa suka guna servis sebegini kecuali jika saya betul betul perlukan....
faizal faizal July 04, 2014
saya suka entri ini. terima kasih sifu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 04, 2014
Sama-sama ... :) baca juga komen2 tu .. bagus untuk pencerahan.
MG schmidt MG schmidt August 18, 2014
salam..
beribu like sama ada robot/human ada baik buruknya
byk like utk page jualan akan bagi impression yg baik pada mereka yg baru jumpa page tu
byk like kalau robot so, tak guna la sbb tadak sale
byk like human, untungla owner page masyuk :)

adela baik bruknya
tp berpada pada
pastikan kita byr nak up like page tu berbaloi :)
sekian .
aiai aiai October 14, 2014
Yup betul tu.

My friend beli 20k like untuk page bisnes dia. dari 20k tu likes terus naik naik dan naik sampai jadi 70k likes sekarang. And bisnes dia boleh tahan kencang. So, ada keburukan dan ada kebaikan guna servis like ni. Terpulang pada masing2 kan.. Peace....

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.