Entri Bernilai RM350 !

Syukur alhamdulillah. Tak sangka pula dalam sempit-sempit dan hangat-hangat mengenai kenaikan #20sen terselit rezeki kurniaan Allah Taala menerusi sebuah kontes - Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?. Entri yang telah saya sediakan dan tulis awal bulan ini (4 September 2013) telah membolehkan ia menang hadiah tempat pertama bernilai RM300 beserta sebuah hadiah misteri.

Entri Bernilai RM350 !

Ya, ia sebuah entri bernilai RM300. Malah menerusi entri itu juga, saya menerima hadiah tambahan RM50 untuk referral terbanyak. Bermakna, ia bukan lagi entri bernilai RM300 tetapi RM350! Syukur alhamdulillah.

Menulis entri berkualiti dan baik ada harganya. Jika kita menulis berdasarkan apa yang kita tahu dan pengalaman sendiri, in Sha Allah, ia akan bernilai dan berbaloi untuk kita tulis. Jadi, siapa kata menulis entri di blog tidak boleh mendatangkan income? Hanya dengan menulis, seperti contoh ini, anda dah berjaya mendapat tunai RM350. Ditulis di waktu santai dan senang, ditulis tatkala anda menghirup teh o ais, ditulis tanpa ada yang suruh dan perintah.

Buat Duit Dengan Menulis

Bagaimana nak hasilkan sebuah entri yang punyai nilai seperti ini? Ramai blogger dah bagi petua dan pedoman. Anda tidak perlu pun skill yang terlalu mahir untuk menulis sesuatu yang anda suka. Jika anda suka mengenai sesuatu, anda pasti boleh bercerita lebih daripada 300 .. malah 600 atau 1000 patah perkataan sekalipun.

1000 patah perkataan? Mana mungkin? Itu mungkin kata sesetengah orang. Tapi lihat sahaja mereka yang menulis menerusi Ebook. Dan kemudian, lihat hasil pendapatan mereka menghasilkan income menerusinya. Dalam tidur pun mereka boleh menjana wang hasil penulisan bermutu mereka.

Jadi, entri bernilai RM350 bukan entri yang patut anda wow kan ... tetapi lihat betapa hebatnya mereka yang telah berjaya menulis dengan baik sehingga berjaya hasilkan pendapatan - bukan setakat satu atau dua entri, bukan 100-300 patah perkataan.

Itu untuk anda fikirkan.

Apapun, tahniah pada rakan-rakan blogger lain yang telah berjaya menang bersama dalam kontes anjuran Santaikata.com ini.

www.khairulzamri.com, www.bloggerlelaki.com, Norazizah.org, MenulisMenconteng.my, Hafizmohd.com

Mereka merupakan nama-nama blogger/blog yang tidak asing lagi, malah mereka antara yang sangat mesra di blog ini.

{ 38 comments.. read them below or add one }

kucha lana kucha lana September 17, 2013
nilai entri bro lagi mahal da..berbaloi-baloi..tahniah bro
Faizal Kamarulzaman Faizal Kamarulzaman September 17, 2013
Alhamdulillah bro..rezeki bro...
S.K.A S.K.A September 17, 2013
Alhamdulillah =) bro HH mmg ptt dpt..sbb entri2 dalam blog ni mmg terbaik dn kesukaan bloggers..Tahniah..
Fazrol Fazrol September 17, 2013
Tahniah.
semoga rezeki bertambah murah...
Nie yg semangat nak join contest nie... he he..
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 17, 2013
Tahniah... mmm... semuanya berdomain sendiri seperti yang pernah saya katakan dalam entri ini> http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/09/panduan-blogging-6-jangan-takut.html
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K September 17, 2013
waauu dahsyat..TAHNIAHHH..
tarmizi tarmizi September 17, 2013
Tahniah baru tau semalam tentang blog santaikata ni
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal September 17, 2013
Assalammualikum..HH,

Tahhniah bro moga anda sukses selalu...

mselim3
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum September 17, 2013
assalamualaikum
singgah pagi
apa khabar hari ini
kucha lana kucha lana September 17, 2013
betul tu..sebenarnya aku terpenagruh dgn blog HH ni la yg menjerumuskan aku ke dunia blogging ini..hu3
Eyriqazz Eyriqazz September 17, 2013
Tahniah bro..murah rezeki
Sukma Haron Sukma Haron September 17, 2013
tahniah HH....rezeki tuh....
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy September 17, 2013
Tahniah HH..sape nak bagi kan...hasil usaha kita nie dihargai..
Hairul Hafiz Hairul Hafiz September 17, 2013
Tahniah bro, sangat bernilai tu....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Hanya pengunjung dan pembaca yang pandai menilainya. Saya? Hanya menulis apa yang saya tahu untuk anda peroleh manfaatnya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
HAhahaha... terjerumus ehhh .. harap beri impak positif.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Terima kasih. Blog tuan juga dah makin mantap.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Terima kasih Eraz. Rezeki datang dari Allah S.W.T. Sedikit dan banyak, perlu bersyukur dan redha.
Ainim Suju Ainim Suju September 17, 2013
tahniah HH..wah, banyak tu nilainya
Cik Matahariku Cik Matahariku September 17, 2013
saya pernah baca entri yang dimaksudkan tu, memang bagus dan layak untuk menang.tahniah HH..:)
Zaza Zaza September 17, 2013
tahniah HH, sukses selalu :)
MY@R MY@R September 18, 2013
Tahniah kepada semua pemenang..
Lin Azlina Lin Azlina September 18, 2013
untung pndai menulis blog ni... berkualiti shingga mndpt penghargaan...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 18, 2013
Kena kerja keras, cedok ilmu, selidik sana sini. Nak pandai bukan mudah terutama bagi saya yang IQ tak berapa tinggi ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 18, 2013
Terima kasih ... GTO bila nak tukar profile?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 18, 2013
Terima kasih Mohd Selim.:)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 18, 2013
Terima kasih. Memang seronok bila entri dibuat dapat sesuatu habuan.
aynora nur aynora nur September 18, 2013
mr HH masih ingat tak komen saya pada artikel yang menang ni? nampaknya tekaan saya dan pendapat saya setepat sang santaikata...tahniah!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.