Dapat cek dari Adsense dalam minggu lepas, alhamdullilah, ada rezeki daripada syarikat pengiklanan Google Adsense. Ini merupakan hasil pendapatan blog daripada blog-blog lain, yang juga berbahasa Melayu - walaupun ada 1-2 blog berbahasa Inggeris. Teruja dapat cek Adsense, saya pun mahu 'tunai'kan cek ini di bank tempatan. Alangkah hampa saya bila ketahui cara untuk tunaikan cek Adsense ini di bank tempatan.

Sekiranya anda punyai akaun Adsense dan jumlah income yang terkumpul sudah boleh dikeluarkan, salah satu caranya ialah dengan menggunakan cek. Pihak Adsense akan terus menghantar cek kepada anda di akhir setiap bulan andai kata jumlah untuk dikeluarkan telah cukup seperti yang telah dipersetujui.

Dalam kes saya ini, saya telah hadkan nilai terkumpul sebanyak USD$100 untuk cek dikeluarkan. Untuk info, nilai cek yang saya dapat bukanlah tepat-tepat USD$100 tetapi lebih; memandangkan tutup akaun hujung bulan Adsense saya punyai nilai lebih daripada USD$100.

Cara Tunaikan Cek Adsense di Bank

Saya telah membawa cek tersebut ke bank CIMB. Mulanya, saya ingat cek boleh diproses seperti biasa menggunakan mesin deposit cek, tetapi ditendang keluar. Jadi, saya dapatkan khidmat pelanggan CIMB Bank untuk meneruskan urusan saya.

Apabila kakitangan mendapati cek saya merupakan cek luar, terus diminta untuk mengisi borang, dan menjadi kehampaan pada saya apabila mengetahui bahawa cek tersebut hanya boleh diproses di cawangan bank yang mengeluarkan buku simpanan sahaja. Hampa sebab perlu balik kampung untuk tunaikan cek, maka saya beralih ke bank lain.

Saya telah pergi ke cawangan Maybank, kerana akaun saya dibuka di situ. Selepas mengisi borang yang disediakan untuk deposit cek, saya diberitahu bahawa terdapat beberapa perkara mengenai cek luar terutama melibatkan matawang asing.

3 Perkara Patut Tahu Masukkan Cek Adsense di Bank

  • Cek luar hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun atau ditunaikan menerusi cawangan bank yang membuka akaun.
  • Cek akan ambil masa untuk proses selama 2 minggu sehingga paling lama 2 bulan.
  • Cek akan dikenakan bayaran khidmat sebanyak USD12 untuk satu-satu cek luar.
Kesilapan saya dalam hal ini ialah saya kurang ambil perhatian mengenai bagaimana cek dari luar negara dapat dimasukkan ke dalam akaun, jadi masalah timbul ... bukan apa, sebelum ini tak terfikir pun bahawa saya akan dapat cek dari Adsense secepat ini.

Dan lagi, kesilapan saya ialah saya tidak tahu menggunakan khidmat Western Union yang didakwa mudah dan senang untuk pemindahan tunai daripada luar. Ramai blogger cekap Adsense telah memberikan nasihat ini.

Apapun, alhamdulillah, ada rezeki saya menerusi pengiklanan Adsense ini.


16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bro HH.. kenape tak gune paypal jer? duit dalam paypal leh withdraw gune local bank ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paypal bukan kena charge untuk keluarkan ke? Saya hari tu nak keluar, kalau lebih USD400 baru free. Kalau setakat dua ratus .. tiga ratus kena caj.

      Padam
    2. yup, hehe.. tapi kalo nak cepat, tu la jalan nya.. tapi macam bro HH buat pun ok, cume amik masa je ..

      Padam
  2. kalau kena macam aku bank yg tempat aku buka akaun tu dah tutup mcam mana.. hehehe

    BalasPadam
  3. 2 minggu ke 2 bulan.
    boleh tahan lama proses tue..
    hehe..
    x canggih lagi ler sistem.

    BalasPadam
  4. masyuk tu..dpt cek dari Adsense..tapi mcmleceh la pulak nak tunaikan cek tu

    BalasPadam
  5. uish..lamanya erk....smpai 2 blan.. mcm leceh jer.. xpernah merasa pun cek oversea...

    BalasPadam
  6. Kena buat pakai western union ni

    BalasPadam
  7. Sebenarnya saya pelik mengapa saudara guna cek.

    Adsense sudah gunakan pembayaran menggunakan western union utk Malaysia sejak 3-4 tahun lepas. Ambil nombor, pergi bank, isi borang dan tunjuk IC.

    Duit dapat on-the-spot. Tak ada bayaran komisen pun.

    8-9 tahun lepas memang Google bayar pakai cek. Kalau saudara nak terus pakai cek, RHB antara yg paling murah utk cash out Adsense. Jangkamasa 1 bulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah.Saya sudah maklum mengenai perkara tersebut.

      Padam
  8. Salam. Saya pun dah tersilap guna cek utk AdSense ni. Saya tanya CIMB bank diaorg kata boleh kena caj sampai USD50! Terus saya tak jadi tunaikan. Boleh ke kalau kita suruh Google stop cek tu dan reissue ke western union?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haida .. jika cek dah dikeluarkan memang tak boleh rasanya.

      Padam
  9. Boleh minta tolong?
    Saya baru daftar Google ad word.tujuannya cuma nak belajar saja.ssetelah saya teliti syarat rupa2 nya kena bayar klu ada orang click iklan atau call kita.

    Macam mana nak tamatkan / keluarkan pendaftaran saya dalam Google adword

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm mesti tak baca panduan adword tu ehh? Hmmm saya jujurnya tak tahu pasal adword. Nak tolong tapi tak tahu nak tolong camner. Boleh tanya pada mereka yang lebih pakar, cuba cari sifu adword - syamsuriyadi.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement