Langkau ke kandungan utama

Buat Duit Agen Dropship EdyMall

Dropship, serupa seperti affiliate, ia salah satu cabang dari banyak untuk buat duit secara online. Ia satu program yang semakin laris sekarang ini di media maya. Seperti affiliate, menerusi dropship, anda akan diberikan komisen dengan penjualan produk menerusi link anda, cuma yang membezakannya ialah, kebanyakkan produk merupakan produk fizikal.

Buat Duit Sebagai Agen Dropship EdyMall

Salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan online dropship ialah EdyMall. Menerusi dropship, ada dua cara untuk anda jana pendapatan.
Jana pendapatan online sebagai agen dropship edymall


  • Anda promosi produk di blog, ada pelanggan mahu beli, anda ambil butiran pelanggan dan bayaran kepada produk. Kemudian, anda ke laman niaga pembekal (syarikat dropship), anda kemukakan bayaran untuk pembelian dengan harga agen, pembekal ambil butiran dan terima bayaran, lalu mereka akan hantar produk kepada pelanggan. Beza harga antara pelanggan dengan agen menjadikan ia keuntungan niaga anda.
  • Anda promosi produk menggunakan url link di blog, ada pelanggan mahu beli, mereka klik pautan diberikan, redirect pelanggan tersebut ke laman perniagaan pembekal. Pembeli beli di laman pembekal dengan harga ditawarkan. bayaran diterima dan anda terima komisen.
Perkara yang utama yang perlu anda ambil perhatian ialah anda perlu peka dengan produk serta stok yang ada. Ini adalah kerana kebanyakkan produk ini adalah produk fizikal, maka jumlah stok sangat penting untuk anda tahu sebelum anda promosikan sesuatu produk di blog mahupun media sosial yang lain.

Namun jangan risau, ada banyak pilihan dengan harga menarik yang boleh anda promosi dan pasarkan.
Jana pendapatan online sebagai agen dropship edymall

Menerusi dropship EdyMall, anda dengan mudahnya boleh wujudkan blogniaga anda sendiri atau mewujudkan laman Facebook Page sendiri bagi memasarkan produk-produk dropship. Anda tidak perlu risau mengenai soal transaksi kerana ia akan dipermudahkan di sistem EdyMall. Stok juga bukan anda yang simpan.

Apa yang perlu anda lakukan setelah daftar dengan EdyMall, hanyalah mempromosikan produk-produk yang ada, dan dapatkan pelanggan menerusi link yang akan diberikan kepada anda.

Berminat berniaga online? Daftar percuma di EdyMall sekarang (klik).

Daftar sekarang anda mungkin ada peluang untuk menang hadiah seperti Samsung Galaxy S4!


Komen

  1. Assalammualaikum...HH,

    Perkongsian yang menarik tentang buat duit guna blog... bagus bagi mereka yg inginkan pendapatan tambahan...

    mselim3

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Cuba je, bukan kena bayar pun...:)

      Padam
  3. thanks atas perkongsian nie...menarik jugak

    BalasPadam
  4. banyak cara we can earn money online kan ^^

    BalasPadam
  5. lagi satu peluang untuk kita masyukkan poket kita..gud info bro HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada peluang .. kongsi sama-sama, takkan nak kaya sorang2 je ye tak?

      Padam
  6. menarik ni.. saya dah pun menjadi pengedar eksklusif di edymall... In Shaa Allah... istiqamah dengan sistem buat duit online cara dropship... berbisnes dengan lebih realistik - produk fizikal..

    BalasPadam
  7. Thanks bro HH. Tak salah nak cuba nih. Cuma pendapatan tu jer yang kureng sket. Tidak dibayar dalam bentuk cash. Ia diberi dalam bentuk eWallet yg boleh di-claim untuk join bengkel atau seminar.

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Sharing sikit saya belajar dropship hanya dengan fb, sekarang pendapatan rm200-rm500 perbulan. hanya pakai facebook:)

    BalasPadam
  9. dh reg cmna nk promot? aduh pening.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…