Automatic Sharing Entri di Facebook

Saya seorang yang agak malas kadangkala. Biasalah Melayu tipikal.... hahahaha... tapi malas-malas pun kena juga bijak dari segi tindakan. Jangan malas tapi tak ada tindakan dibuat sebelum tu. Dek kerana malas inilah, saya menggunakan kaedah automatic sharing entri terbaru blog, yang akan membolehkan entri-entri dari blog ini dikongsi secara automatik (tanpa perlu copy-paste url) ke Facebook.

Kongsi artikel dari blog secara automatik ke laman Facebook dan Twitter memang ramai blogger yang sudah mempraktikkannya. Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu. Maka entri ini akan mendedahkan cara dan kaedah mudah untuk anda berkongsi entri-entri terbaru blog anda tanpa perlu anda ping secara manual di laman-laman Facebook terutama group blogger yang berlambakan.

Cara Kongsi Entri Terbaru Blog di Facebook Secara Automatik

Apa yang saya gunakan ialah dengan menggunakan khidmat aplikasi Facebook - RSS Graffiti on Facebook
Menggunakan aplikasi ini, anda boleh dapatkan sumber ping dan terus kongsikan ke dinding Facebook anda - samada di dinding (wall) peribadi, group atau fanpage yang dikendalikan oleh anda. Ada Sources dan ada Target.

Anda boleh letakkan seberapa banyak sumber perkongsian untuk anda paparkan di dinding facebook. Ia akan menjadikan dinding Facebook anda kaya dengan informasi.

Menerusi RSS Graffiti ini, anda boleh konfigurasi sumber perkongsian anda dari segi masa untuk diterbitkan, jumlah post, sumber post dan target post anda.

Mudah kan?

Lihat hasil penggunaan RSS Graffiti ini di dinding Facebook saya.

Automatic Sharing Entri di Facebook


 

Cara Untuk Buat Autosharing Entri Blog Menggunakan RSS Graffiti

  • Anda perlu login terlebih dahulu ke akaun Facebook anda.
  • Pergi ke aplikasi ini RSS Graffiti on Facebook
  • Tekan Add New Publishing Plan
  • Masukkan url sumber anda - samada url atau url rss feed blog anda, contoh: http://feeds.feedburner.com/hasrulhassan
  • Masukkan target, ia akan senaraikan target buat anda ... pilih mana satu yang menjadi pilihan anda.
  • Klik preview untuk lihat hasilnya.
  • Save konfigurasi RSS Graffiti anda.

Siap, maka anda boleh dengan secara malasnya berkongsi entri blog secara automatik - tanpa perlu anda login dan ping sendiri ke wall facebook.

Selamat mencuba.


{ 8 comments.. read them below or add one }

kamil salleh kamil salleh September 01, 2013
Terima kasih tuan HH sudi berkungsi maklumat yang amat penting ini. Semoga ramai yg dapat menikmarinya nanti. TQ
bloggerlelaki.com bloggerlelaki.com September 01, 2013
Satu info...mudah lagi menyenangkan...tp akaun fb aku dh kena block
Anarm Khairul Anarm Khairul September 02, 2013
Biasa guna Twitterfeed je..
cahaya air cahaya air September 02, 2013
wahh..memang memudahkan...
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 03, 2013
mudah juga ni. setakat ni, sy guna networked blog je
Cik Matahariku Cik Matahariku September 03, 2013
saya dah cuba juga, terima kasih bagi info kat orang2 yg " "malas" macam sy ni..hehe..malas tapi still ada strategi ek..:)
Hafiz Auction Property Hafiz Auction Property October 07, 2013
Assalamualaikum tuan. Ingin bertanya, bagaimanakah caranya untuk "automatik delete post" apabila sampai masa/tarikh yang telah ditetapkan dalam post tersebut? Harap dapat membantu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 07, 2013
Tak boleh delete secara automatik.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.