Ok. Sebelum membuat kesimpulan mudah, anda perlu baca entri ini sehingga habis. Jangan konklusi terlalu awal. Lihat dan baca 3 sebab kenapa tak perlu tulis entri setiap hari di blog anda, dan kemudian barulah anda berikan pendapat dan komen. Itupun kalau ada perkara nak komenlah ... :)
3 Sebab Kenapa Tak Perlu Tulis Entri Setiap Hari

Anda hanya perlu menulis dan menerbitkan entri setiap hari jika dan hanya jika ....
Anda Seorang Blogger Sepenuh Masa
Jika anda bukan seorang blogger sepenuh masa, jangan khuatir untuk mencari masa dan idea untuk membolehkan hari-hari ada posting atau entri terbaru di blog. Hanya blogger sepenuh masa yang memerlukan blognya menjana trafik = pendapatan yang perlu bersengkang mata, memerah idea untuk menulis entri setiap hari (malah setiap beberapa jam). Jangan memaksa diri seandainya anda bukan seorang blogger yang saya katakan tadi.
Anda Seorang Penulis Blog Berbayar
Haaa .. kalau anda dibayar untuk menulis, maka memang perlulah. Kalau tak, siaplah kena saman.... hahahaha.... seorang penulis blog yang dibayar mesti dan perlu menyediakan entri kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan. Apatah lagi, blogger tersebut dibayar bagi setiap entri yang ditulis dan diterbitkan. Andai anda bukan seorang penulis blog yang diberikan gaji, maka tak perlu risau untuk memastikan ada entri untuk diterbitkan di blog setiap hari.Anda Merupakan Salah Satu Kumpulan Penulis Blog
Ada blog yang mempunyai beberapa orang penulis. Maka, sangat penting sekali anda sebagai sebahagian daripada penulis blog berkenaan menyediakan idea dan menyumbang hasil penulisan anda. Contohnya ada blog dengan dua hingga lima kategori niche tertentu, sudah pasti setiap entri itu akan ada penulisnya tersendiri. Dan anda sebagai salah seorang daripada kumpulan penulis, perlu dan mesti menyediakan bahagian anda untuk diterbitkan.Ok. Dah ... jika anda tergolong dalam sebab yang telah saya sebutkan tadi, maka tak perlu gusar dan bimbang sangat, tiada entri blog setiap hari tidaklah mengapa, tetapi jangan sampai tiada entri sampai berminggu dan berbulan lamanya.
Ada blogger yang mahu meningkat naik, mencuba untuk terbitkan entri baru setiap hari. Memang bersemangat tetapi elakkan sampai anda jadi tension dan stress dengan blog.
Amacam? Agak melegakan bukan; bagi mereka yang fikir .. "Oh aku perlu buat entri setiap hari ... "
hihihi.. gempak.. mama bukan ketiga-tiga golongan di atas...
BalasPadamHmm .. jadi tak perlu resah gelisah lagi kalau blog cam tak update hari ini ... :)
PadamKomen saya adalah tiada komen :)
BalasPadamhmmm bolehlah...
BalasPadammuja berusaha update tetiap hari,, tapi tak de la sampai stress kalau tak update for few days tu,,, and bab jadi admin blog lain tu, muja dah memilih sekarang. kalau berbayar and tak terikat barulah muja join. maksudnya kalau tulis dapat, kalau tak tulis tak dapat. itu lagi best. boleh tulis ikut mud. malas dah terikat, macam 'sehari kena lima entry' ekekekee
BalasPadamHmm, bila dah jadi blogger yang kena ikut cakap orang, memang seksa sikit.
Padamhehehee...dkna pon tak tergolong dalam kategori tersebut :)
BalasPadamsy pun tidak tergolong dalam kategori di atas.
BalasPadamHehehee...:) legalah tu ehh?
PadamMemang tak larat nak tulis hari-hari rasanya
BalasPadamsaya cuba juga publish entry setiap hari :)
BalasPadamBaguslah. :)
Padamfuhhh lega sikit kiki
BalasPadamMorning Zakiah
BalasPadamSaya bukan di senaraikan di atas...kalau dalam sehari ..banyak pulak saya post entry..kadang2 dalam sehari tiada langsung saya post entry kikiki
BalasPadamTak teringat tak mengapa.
Padamsaya bukan dalam kategori tersebut....
BalasPadamSaya pula blogger penuh masa.
Padamkadang2 bergantung kepada keadaan. pernah juga saya tak menulis selama sebulan lebih.
BalasPadamLama tu, kalau tak ada ikatan dengan pengiklan tak mengapa.
Padamsaya pon bukan blogger yg di atas... tapi tulis blog just nk berkongsi cerita je.. sebab seronok bile ade yg terima info berguna yang kita sendiri sampaikan... kan kan kan...
BalasPadamHmm betul, kita menulis untuk kongsi informasi yang telah memberikan panduan kepada kita, dan kita mahu orang lain juga dapat manfaat.
Padammgkn mereka minta untuk menaip dan bekongsi cerita setiap hari..walaupun suka2..rasanya x salah..hehe
BalasPadammai xtergolong dlm ketiga2 kategori tu...kte update blog bila ada idea ape nk taip..
BalasPadam:) ramai yang boleh sbb hobi. Blogger di Malaysia masih lagi di tahap bukan jadi sebagai kerjaya lagi.
PadamDulu pernah hari2 menulis. Siap auto publish lagi. Idea tak pernah kering. Skrg, ikut kelapangan & kepentingan baru menulis. Bukan sape nak bayar pun... Nuffnang & 8share je setakat ni yg nampak.. haha. Wecliks baru sikit masyuk. Jomniaga masih tak nampak hasil
BalasPadamSekarang tulis apa yg terlintas... So...x tentu.. Sehari brp entry... Tak kisah la org nak baca atau tak sbb mnulks utk kongsi ilmu info dan pngalaman... Guna gadjet lagi mudh utk mnulis...
BalasPadamBagi mereka yang menulis sekadar hobi (Seperti saya satu ketika dahulu) jadi ia mungkin bukan sesuatu yang perlu diambil berat.
Padamsaya pun bukan blogger yang dimaksudkan..cuma bila dtg idea nak menulis, sehari sekali atau seminggu sekali, saya tulis je..:)
BalasPadamHmmm, idea memang kadangkala sukar nak datang.
PadamRasanya belum tiba masanya untuk saya menerbitkan entry tiap2 hari. Spt yg HH pernah sebut sebelum ini, Kualiti lebih penting dari kuantiti.. So bagi yang otak lembab macam saya nie, kena ambil masa berhari jg la buat kajian untuk entry yg terbaik dan berkualiti.
BalasPadamSaya pun kadang-kadang terlepas gak update untuk setiap hari,biasala komitmen kerja yang tak menentu,tapi kalau dapat update setiap hari dengan entri bermutu memang pakej yang lengkap sebagai blogger tegar
BalasPadamTak mampu nak buat entri tiap-tiap hari, kerja-kerja harian kadang-kadang sampai ke malam, dah pastinya entri tak dapat dibuatkan. Ini bermakna trafik yang hadir tak begitu mengalakkan...
BalasPadamidea menarik....
BalasPadamsy update blog setiap hari sbb google adsense haha..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.