Hari-hari godek dan belek blog.... arghhhh apsal tak gerak-gerak hits blog ni. Tension. Stress. Anda dah ada blog sejak sekian lama, tapi tak ada sesuatu yang boleh anda jadikan satu kebanggaan bagi anda berkaitan blog. Trafik macam tu gak, sama sejak dua tiga tahun dahulu. Belum lagi kisah earnings dari blog, sehingga satu tahap jual surat khabar lama pun lagi untung.

Idea tak datang, tension hari-hari nak tulis entri, nak dapatkan jumlah trafik yang baik, nak update blog yang semakin hari semakin layu. Orang lain boleh buat, kenapa diri tak boleh?

3 Perkara Berkaitan Stress

Sebagai seorang manusia, anda seharusnya tahu ada 3 perkara berkaitan stress iaitu;
  1. Perkara yang kita boleh kawal
  2. Perkara yang kita boleh pengaruhi untuk diubah
  3. Perkara yang di luar kawalan kita.
cara tanggani tekanan blogger

Maka, apabila kita dah tahu, senang bagi kita sedar mengenai stress. Dan kita perlu bijak untuk tanggani. Stress atau tekanan memang tak akan hilang kerana ia akan wujud sentiasa. Yang bezanya ialah bagaimana kita nak urus agar ia tidak bebankan kehidupan dan aktiviti kita seharian.

Tension Tulis Entri, Stress Dengan Blog

Tulis entri blog, masalah berkaitan blog - kita stress; ini merupakan perkara yang boleh kita kawal. Masa nak tulis entri, tajuk entri, kandungan blog, SEO blog, arah tuju blog - ia merupakan aspek yang kita boleh kawal dan perkara yang kita boleh pengaruhi untuk diubah.

Namun, seperti yang disebutkan tadi ada perkara yang di luar kawalan kita terutama berkaitan takdir, berkaitan hasil. Kita dah lakukan sepenuh jiwa raga, usaha bertubi-tubi dari hari ke hari, namun pengakhiran tidak seberapa - ini merupakan perkara di luar kawalan kita. Maka, dengan menyedarinya, kita dapat kawal tahap tekanan pada diri. Kita sedar bahawa setiap usaha itu tidak semestinya memberikan hasil yang diharapkan.

Stress dengan blog kerana belum nampak kejayaan. Kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata. Ia bukan sesuatu yang boleh kita duga, ia perkara di luar kawalan kita. Cepat atau lambat ia hadir bukan ditentukan oleh kita secara mutlak, namun kita boleh sentiasa berusaha ke arah itu memandangkan aspek yang boleh kita kawal untuk meraih kejayaan masih lagi ada.

Redha atas hasil, asalkan kita telah berusaha. Jangan redha tapi tanpa usaha - sampai bila-bila tak jadi apa.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

16 Komen

"Redha atas hasil, asalkan kita telah berusaha. Jangan redha tapi tanpa usaha - sampai bila-bila tak jadi apa."

Setuju dengan ayat di atas.. Terbaik bro.. :)

Reply

yezza.. kena pandai handle stress

Reply

terima kasih, betul tu, semua orang hadapi stress, sama ada boleh kawal dan tidak sahaja, dan tahu cara selesaikannya..

Reply

betul tu..semua orang akan hadap dengan stress...:)

Reply

Jangan terlalu memaksa diri, Jadikan blog satu hobi dan minat yang mendalam dengan meneroka rahsia dan ilmu di dalamnya umpama mencari harta yg tidak ternilai harganya...
Jangan jadikan ianya satu, Insyaallah...pasti anda tidak stress.

Reply

* Ralat : Jangan jadikan ianya satu keperluan, Insyaallah...

Reply

Usaha adalah tangga kejayaan...jangan mudah putus asa untuk mencapai kejayaan..www.tepakku.com

Reply

saya stress kalau computer buat hal, padahal idea banyak.....huhu

Reply

Ada. Mungkin yang baru berblog tak terasa lagi.

Reply

Bukan semua orang ada sifat penyabar yang jitu.

Reply

Cik Matahariku ... boleh jadi pakar motivasi ni ..hehehe

Reply

usaha dan terus usaha tanpa rasa bosan...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.