Pengurusan Masa Buat OHBlogger Malaysia

As-Salam. Apabila anda seorang blogger yang sudah punyai keluarga, amat penting sekali anda cekap dengan pengurusan masa. Kalau anda tidak cekap, paling tidak anda seharusnya tahu untuk menguruskan masa. Pengurusan masa buat blogger Malaysia penting supaya boleh memastikan perkara lain tidak terabai.

Pengurusan Masa Buat OHBlogger Malaysia

Saya sendiri sering terbabas bila mengendalikan soal masa ini. Secara amnya, semua orang ada 24 jam kan? Tiada siapa pun yang diberikan masa tambahan, mahupun dikurangkan masanya. Masa yang terasa pendek dan singkat bukan sebab kita kekurangan masa, tetapi disebabkan diri kita yang tidak pandai untuk urus masa dengan baik.

Bila berkata soal berblog, urus masa perlu dipergunakan dengan bagus agar antara blog dengan kehidupan sentiasa seimbang. Ini termasuklah kepada blogger sepenuh masa dan juga separuh masa. Blogger sepenuh masa lagilah .... memang kena ada jadual khusus, atau setidaknya punyai buku catatan untuk memastikan antara aktiviti berkaitan blog dengan keluarga tidak dicampur aduk atau dielakkan daripada berlaku pertindihan.
OHBlogger - Kepentingan pengurusan masa

Pengurusan masa penting agar nanti tidak sampai tahap anda berada di dalam dilemma. Yelah, kadangkala, ada blogger yang rezeki agak baik, diterima untuk hadir satu-satu event atau acara yang boleh memberikan pendapatan lumayan. Atau tidakpun menerima tawaran untuk buat satu entri atau posting yang dibayar. Dan pada masa yang sama, ada pula perkara lain berbangkit dengan hal keluarga. Penting, blogger mesti tahu mana yang perlu didahulukan dan diutamakan.

Dengan pengurusan masa yang cekap, seorang blogger Malaysia boleh berikan terbaik buat dua-dua aspek - kehidupan dan juga minat serta kerjaya seorang blogger.

Bukan apa, ada kes bila seorang blogger mengorbankan masa bersama keluarga semata kerana blog; yang akhirnya membuatkan dirinya menyesal sampai ke sudah. Jadi, saya tak mahulah perkara-perkara tak baik berlaku dalam kehidupan seorang manusia hanya kerana blog.

Dalam soal kerjaya sekalipun, keluarga itu mesti diutamakan. Yang lain boleh datang kemudian. Rezeki dari blog in Sha Allah, akan hadir lagi jika kita tahu apa tujuan hidup yang telah ditetapkan kepada kita.

Berikan priority yang sepatutnya - Agama, diri dan keluarga.




{ 9 comments.. read them below or add one }

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy August 20, 2013
insyallah..sedang berusaha ke arah itu..masa berlari terlalu pantas tanpa kita sedarkan HH..
ipengurusan ipengurusan August 20, 2013
yup.. pengurusan masa yg berkesan akan memberikan impak yang positif kepada diri dan kerjaya..
Norazizah Hashim Norazizah Hashim August 20, 2013
masa itu emas :). Dulu boleh mengadap blog bila2 masa. Bila dah berkeluarga, kesihatan dan masa untuk keluarga antara keutamaan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 20, 2013
Betul tu. Terjejas kesihatan, yang rugi adalah diri sendiri.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 20, 2013
Masa tidak akan tunggu, ia pasti berlalu.
efatin eman efatin eman August 20, 2013
kadang-kadang masa saya jugak terjejas. oh masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid August 20, 2013
terima kasih atas peringatan...
Izzat Eshak Izzat Eshak August 20, 2013
walaupun pembaca bukan blogger juga perlu pandai dalam bab pengurusan masa ni. kalau tak banyak benda sia-sia sahaja takde faedah
MY@R MY@R August 21, 2013
Pengurusan masa sangat penting untuk semua orang..www.tepakku.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.