Cara Letak Iklan Terapung Ikut Saiz Banner

Memang lumrah buat sebuah blog yang mahu menjana pendapatan, akan ada paparan iklan. Namun begitu, semua sedia maklum bahawa ruang dalam blog sangat terbatas. Apatah lagi andai anda terlalu banyak informasi mahu dikongsikan. Perletakkan iklan yang berkesan penting agar apa yang anda iklankan dalam blog dapat diperlihatkan kepada pengunjung.

Apabila ruang dalam blog menjadi masalah, terutama kepada blogspot, maka penting anda mencari satu alternatif untuk memungkinkan iklan yang - samada anda punya, tapak iklan yang disewakan atau sumber iklan yang lain diselitkan di dalam blog untuk paparan.

Kedudukan iklan yang baik akan memungkinkan iklan tersebut menjana pendapatan menerusi blog.

Salah satu cara untuk optimasi iklan dalam blog ialah dengan menggunakan cara iklan terapung. Untuk entri ini, saya akan kongsikan cara dan kaedah untuk meletakkan iklan terapung, yang lengkap dengan butang tutup (close) sebagai salah satu option kepada pengunjung jika tidak mahu diperlihatkan iklan tersebut.
Cara letak iklan terapung dalam blog dengan butang tutup

Cara dan kaedah ini sesuai digunakan kerana anda boleh meletakkan pelbagai saiz banner iklan yang anda suka, selain butang tutup untuk membolehkan pengunjung yang tidak dapat melihat isi kandungan blog anda sepenuhnya, menyahaktifkan iklan tersebut.

Cara Letak Iklan Terapung Ikut Saiz Banner

Salin kod HTML di bawah ini dan lakukan beberapa ubahsuaian yang akan saya sebutkan kemudian. Letakkan ke dalam blog dengan Add HTML/Javascript menerusi Layout blog anda.


Untuk ubah saiz banner yang anda mahu letakkan dalam iklan terapung ini, anda perlu lihat beberapa pembolehubah..
  • Pada bahagian bsadsbase; ubah nilai height dan width iaitu dengan nilai atau saiz banner anda.
  • Pada bahagian tutup (x) tu, gantikan url blog saya www.hasrulhassan.com dengan url blog anda.
  • Masukkan kod HTML iklan yang anda mahu letakkan pada bahagian KOD IKLAN ANDA itu ... dan seterusnya simpan (save).

Mudah je kan? Tapi harus diingatkan, iklan seperti ini kadangkala menghalang robot enjin carian untuk gelintar blog anda, dan dari segi aspek penampilan sebuah blog yang baik, seharusnya tiada iklan terapung seperti ini dalam blog - yang memungkinkan gangguan kepada sesetengah pengunjung, walaupun telah tersedia butang tutup untuk memberikan pilihan.


Selamat mencuba.


3 comments.. read them below or add one

anyss anyss August 26, 2013
Assalamualaikum,
secara personal, saya tak suka blog2 yang ada iklan terapung macam ni. Dahlah computer slow, bila klik pangkah kat iklan tu pun bukan main liat lagi nak nyahaktif. akhirnya, computer yang hang. Asal Nampak aje iklan terapung begini, saya terus keluar dari blog berkenaan secepat mungkin.

Sekadar berkongsi perasaan.
Sukma Haron Sukma Haron August 27, 2013
iklan terapung nie saya rasa macam menyusahkan bloggers @ readers yang menjengah kat blog kita....menyebabkan ada gangguan dan readers akan lari dari blog kita...
musafir musafir June 13, 2014
Same la. Tak suke. Walau pn ade hati nk letak iklan trapung.

#jom lepak dan borak2 dgn ramai teman baru. Sembang sepuas-puasnya cmusafirmaya.blogspot

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.