Cara Betul dan Tips Dapatkan Income 8Share-ChurpChurp

Panas isu berkaitan penipuan klik iklan 8Share dan juga ChurpChurp ni, sebenarnya bukan dua platform ini sahaja yang dijadikan bahan, malah banyak lagi. Konsep tetap sama, anda tidak boleh paksa orang lain terutama pengunjung blog serta rakan-rakan anda di media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk iklan yang anda kongsikan. Namun, sebagai manusia, tidak menjadi satu kesalahan walau sekelumit andai anda sendiri - yang sememangnya dah tahu - untuk klik perkongsian iklan atau informasi yang diterbitkan.

Anggap sahaja perbuatan anda itu satu sedekah amal jariah. Anda juga seharusnya prihatin bahawa ramai blogger yang mahu menjana income menerusi iklan di blog mereka. Dengan menggunakan platform 8Share dan juga ChurpChurp, ia satu kaedah dan cara mudah bagi menerima ganjaran setiap klik 20sen.

Tak ada salahpun anda klik iklan yang diberikan, malah tiada kerugian bagi pihak anda - kerana bukan anda yang membayar. Anda hanya klik tanpa jejas sedikit pun duit poket yang anda ada.

Cara Betul dan Tips Dapatkan Income Menerusi 8Share dan ChurpChurp

Yang panas dan menjadi isu adalah kerana cara yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang dianggap kurang telus dan memaksa. Boleh sahaja anda selitkan iklan-iklan tersebut asalkan jangan memperdaya atau menunjukkan bahawa kaedah itu seperti memaksa untuk klik. Ia seharusnya berlaku secara sukarela dan semulajadi.

Sebagai contoh, lihat perbedaan antara kedua ini:

  1. Join segmen ini dengan perlu klik iklan berikut: Klik Iklan 1, Klik Iklan 2
  2. Dah join segmen, meh lihat promo iklan ini: Jom Lihat Harga Kereta Proton Terbaru Suprima S dan Kontes oleh Digi Menang Hadiah Wang Tunai

Nampak tak perbezaan yang ada dalam dua cara di atas tersebut. Ini dinamakan telus, kerana anda memberitahu pengunjung, pembaca blog anda mengenai apa yang anda kongsikan. Jika mereka berminat, mereka akan klik dan berikan ganjaran 20 sen yang patut anda terima menerusi perkongsian informasi.

Cara 1, anda buta-buta suruh pembaca klik iklan tersebut tanpa fikir samada mereka mahu atau tidak mahu lihat, sebaliknya dengan cara 2 ... anda dah beritahu awal-awal apa yang bakal mereka akan lihat.

Tatacara di atas sama terpakai apabila anda kongsikan iklan tersebut di laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.

Contoh Kongsi Iklan 8Share dan ChurpChurp

Mari lihat apa yang saya lakukan kongsi iklan +8Share di Facebook Fanpage saya yang ada jumlah LIKE tak seberapa itu.


Iklan 8Share dikongsi dengan guna #Promo - tunjukkan pada orang bahawa ia merupakan satu iklan. Dengan guna ayat sendiri, saya cuba mendapatkan perhatian rakan-rakan dalam Facebook untuk klik iklan tersebut bagi menghasilkan ganjaran tunai seperti di bawah ini (sila lihat tarikh 20 Ogos 2013) jika anda ingin pengesahan.

Tips Dapatkan Income 8Share dan ChurpChurp Menerusi Facebook

Nampak kan? Ini cara saya gunakan, tak paksa dan tak mengelirukan sangat. Anda juga boleh cuba gunakan untuk membolehkan perkongsian anda menerima ganjaran yang anda mahukan. Tak susah mana pun, hanya dengan satu butang klik dan kongsi je.

Ada banyak cara dan kaedah mengikut kreativiti anda tanpa perlu anda memperdaya atau membuat penipuan klik iklan 8Share mahupun ChurpChurp. Semuanya boleh dilakukan dengan cara yang baik dan berkesan.

Cara Ini Tidak Akan Buat Anda Jadi Kaya

Ya, mungkin income dijana ini tak seberapa seperti yang saya kongsikan ini, setakat RM100-200 in Sha Allah boleh dapat dalam masa sebulan dua, tapi apaguna dapat sesuatu dengan cara tidak betul sehingga boleh jana income RM300-RM500 dan beli iPhone, iPad, Samsung Galaxy S4 atau Samsung Tab dengan cara yang nanti buat timbangan sebelah kiri lebih berat dari yang kanan?

Saya tak berapa bijak dalam soal nak dapatkan income online ni sebab saya ini hati lurus.

Saya tak kaya dengan income blog - percayalah, kerana itu saya masih letak banyak iklan dalam blog hanya untuk memastikan saya ada cukup dana bagi menghidupkan blog ini.

Oh ya, jika anda seorang blogger atau mungkin seseorang yang mahu jana pendapatan online mudah dengan berkongsi informasi atau sesuatu yang menarik di blog mahupun laman sosial, sila daftar tanpa ragu secara percuma.


Selamat mencuba.


{ 24 comments.. read them below or add one }

cahaya air cahaya air August 26, 2013
Tidak pernah cuba buat iklan macam nie..tapi mungkin akan dicuba juga nanti
dear xila dear xila August 26, 2013
nice sharing...rasa mcm telus entry ni hee
Eira Aikawa Eira Aikawa August 26, 2013
tips yang sangat berguna..
Eira baru nak berjinak-jinak...
Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid August 26, 2013
nice sharing, jadi panduan pada blogger baru seperti mama...
Ikhmal Malique Ikhmal Malique August 26, 2013
setiap minggu ada hamba allah ni hantar msg di pesbuk senarai link untuk di klik. hahaha..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2013
Cubalah, setakat ini cara dan kaedah ini memang berjaya.
Intan Zulhilmi Intan Zulhilmi August 26, 2013
kdg2 diorang selit iklan ni kat shoutbox dgn ayat 'jom singgah blog saya'...tp sbnrnya xpg pn kt blog dia, pg kt iklan dia tu...bkn skali dua lak tu dr org yg sama...emmm...
Suria Lekatlekitgurl Suria Lekatlekitgurl August 26, 2013
bila kita terlampau ghairah nak cari duit kadang2 kita dah tak fikir keberkatan halal & haram cara kita buat duit tu.. semua orang pernah buat silap jadi dengan perkongsian macam ni kita boleh la menjana pendapatan sampingan dengan cara yang sihat & jujur..
missepafazwin missepafazwin August 26, 2013
huu. sy pun join 8shared ni. selalu buat entri pasal iklan. letak di fb mcm tu je. guna laptop mak ayah click kat iklan. dapat la rm1 utk satu iklan. tak kaya pun. -,- grrr
Nazif Hakim Nazif Hakim August 26, 2013
bgus panduan ini, boleh beri sedikit ilmu pada siapa2 yang bermula main 8share dan churp2 ini
Sukma Haron Sukma Haron August 26, 2013
selalu juga saya buat iklan melalui 8share, tapi bukan cara pertama yang suruh orang klik, klik,,,,,,saya buat cara ke 2.....
tarmizi tarmizi August 26, 2013
Saya dah buat seperti yang di suruh..
baby comel baby comel August 26, 2013
saya xbuat pape lagi tentangnya.. rugi kan saya ni nampaknya..
Kathy Rbain Kathy Rbain August 26, 2013
tqvm bro..ini contoh terbaik..
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad August 27, 2013
Wow! Amat membantu saya. Memang sdg cari kaedah yg berkesan dan betul utk 8share & churp2 ni. Terima kasih banyak2 sifu
pha is pha is August 27, 2013
nice share.. insyaAllah, akan cuba amalkan lepas nih..
Alin Marlini Alin Marlini September 27, 2013
walaupun dah lama register...saya masih konpius. Jika jam 9.00 kita tlg klik iklan A untuk sahabat, kemudian jam 1 petang kita klik sekali iklan A. Adakah pendapatan sahabat 0.20 ataupun 0.40 sen?
nor elyana nor elyana October 04, 2013
This comment has been removed by the author.
asha hana asha hana December 26, 2013
mcm mana pulak nak letak iklan nie dekat sidebar erk?
kifli bakeri kifli bakeri September 28, 2014
Saya cuba keduanya...8share agak senang berbanding churp2. Baru je mula
Cik Ash Cik Ash November 30, 2014
link 8share letak dalam blog... ada yg baik hati tolong klik masuk duit... blh la nak wat intenet ni....
Along Polimas Along Polimas February 09, 2015
1 perkongsian yang baik..
btul kata HH dengan 20sen tak membuat kita kaya raya TAPI dengan 20sen boleh mencukupkan nilai kepada rm1 juta dan sebagainya..berusaha dengan rasa baik dan rezeki yang halal pasti akan berkat..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 09, 2015
Ya, in Sha Allah ... dari nilai kecil boleh dapat besar.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 09, 2015
Hmm baguslah begitu .. :) alhamdulillah, harapnya entri ini akan bantu lagi dan lagi buat duit dengan 8Share dan ChurpChurp

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.